Tuesday, December 31, 2013

'daun baru' in the process...COURAGE is needed...


 2013 into 2014...

It just numbers...only numbers...no need to wait till new year to get ‘azam tahun baru’ walaupun it is ‘tahun baru’...no need to wait till ur age increased by one more year walaupun birthday kite hujung tahun...no need to wait for even one more minutes...if u want to turn into a new leaf...no need to wait...just do it..now!!...because the feeling will not wait till u make it...it will fade...and so soon it will dissapeared...so...again...NO NEED TO WAIT...don’t wait...

Balik dari renew visa...bermalas-malasan sambil dengar lagu...silih berganti till an idea tiba2 datang menjengah...and hai there...

Mencari yang maha satu –unic ft cat farish

Don’t know why...selalu ja dengar..tapi kali ni bila dengar rasa sesuatu walaupun bila check lirik sebenarnya bukan macam tu yang dimaksudkan pun...terasa yang Allah dah bagi ruang untuk kita berubah, Allah dah bagi peluang dan hidayahNya...teguran dan ajakan apatah lagilah...sejak zaman Rasulullah lagi...al-Quran...tapi still x sedar, itu maknanya...kita baca tapi x hayati...see?? tinggal kita ja nak mengatur dan memulakan langkah...act...x payah atur pun, sebenarnya Allah dah aturkan untuk kita, but still, we have to plan what we have to do...

Dan memang kita ini benar2 pendosa yang x kenal erti syukur...bila dah diberi peluang, kita buat apa?berapa kerat ja yang memang guna sehabis baik peluang tu...kebanyakan yang lain, mungkin tersentuh sebentar...kononnya la...tapi lepas tu, back to the old u...memang, senang nak berubah tapi susah untuk istiqamah but still mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis...and ada juga mungkin yang x terasa pun...bila Allah anugerahkan rasa nak berubah tu pada kita, means, Allah masih sayangkan kita, Allah masih peduli tentang kita dan pastinya Allah sedang bagi peluang pada kita...tinggal Cuma bagaimana kita merespon pada rasa tu...nak berubah...tekad...nak berubah, tapi sayangkan kehidupan dunia...come on! Hati yang dalam diri tu dah meronta2 nak balik kepada Pencipta...kenapa diri masih x nak memahami hati sendiri???!!!
So, cuba fahami hati sendiri...fitrah hati itu sentiasa inginkan kebaikan...Cuma nafsu yang selalunya kita menangkan...

jom jadi jambatan penyambung hati untuk kembali kepada Penciptanya...dan secara x langsung jadi wasilah untuk diri meraih redha dan syurgaNya insyaAllah...

Untuk penamatnya...still tahun baru ni Cuma angka...tapi boleh je kita nak jadikan satu titik pemula untuk kita start jadi orang lama dengan perangai yang baru...x payah susah2 nak jadi macam orang lain yang kita nampak hebat...just be urself...a better u of course...

Conclusionnya...jom! turn into a new leaf dengan acuan Rasulullah berpandukan al-Quran...jadi hamba yang Allah redhai hidupnya, umat yang Rasulullah rindu untuk bertemu, anak yang menjadi aset membawa ibubapanya menuju jannah, sahabat yang mengingatkan sahabatnya kepada Allah, dan pastinya seorang yang bermanfaat untuk orang lain walaupun tanpa disedari dan dihargai...keep smiling^_^

andai hati ini dah terlalu keras untuk dilentur...untuk dibentuk...dicuci..kerana dosa yang penuh...kurniakan kami hati yang baru Ya Allah...dan setelah berjuta peluang yang Kau hamparkan..setelah selautan kasih sayang Kau curahkan...Cuma satu kami pinta...pinjamkan kami kekuatan yang berterusan Ya Allah...kuatkan kami untuk membawa hati ini menuju redhaMu...


p/s : As for me myself...still the same...want to be a better me...

-nurfarosfida1012@31122013.7.33pm-


Saturday, December 28, 2013

1st : TASBIH UKHUWAH...^_^


TASBIH UKHUWAH...



Durratul Hani.
Sebaris nama itu menjengah ke mindaku. Ah! Betapa hati ini merindui dirinya dan kalam-kalam tarbiyah tanda cintanya. Kenangan bersamanya kembali bermain di kotak memoriku. Pertama kali bertemu dengannya dahulu, aku bukanlah aku yang sekarang. Fatin Nur Athirah hari ini sangat berbeza dengan Fatin Nur Athirah yang dulu. Sebelum bertemu dan berusrah serta berukhuwah bersama insan istimewa ini, aku hanya dengan duniaku. Tak mengenal erti bersaudara dan berukhuwah. Sekadar tahu berkawan. Bergelak ketawa bersama. Bergembira bersama. Bila sedih, aku hanya akan memendam sendiri.
Durratul Hani.
Insan inilah yang menjadi wasilah dalam membentuk diriku yang sekarang. Dialah yang membawa aku keluar dari duniaku melangkah ke taman-taman ukhuwah yang indah. Mengenalkan aku dengan dunia baru yang membuka ruang buat aku untuk melangkah ke syurgaNya. Memimpin tangan aku melewati hari-hari sukarku. Menyambut aku kala aku hampir terjatuh menyembah bumi. Ya Allah, indahnya dunia yang dia kenalkan pada aku. Dunia ukhuwah. Hingga kini, aku masih terus hidup di dunia ukhuwah itu. Walaupun tanpa dia di sisi, tapi indah itu masih terasa.
Terasa saat perkenalan kami kembali diputarkan di minda bagai rakaman yang dimainkan semula. Pertama kali aku menyertai usrah. Di sekolah yang baru. Dalam suasana yang baru. Dari situlah pertama kali aku bertemunya.
Sejak tingkatan 1 sehingga tingkatan 3, aku hanya bersekolah di sekolah menengah biasa. Dahulunya aku tidak tahu, apa mimpinya mamaku tiba-tiba menghantar aku ke sekolah agama swasta. Jiwa remaja yang biasa bebas tiba-tiba diikat, pastinya memberontak. Tapi kudrat anak nyata tak mampu melawan ibunya. Biarpun merajuk, memberontak seteruk apa pun, bila melihat airmata ibu jatuh kerananya pastinya tak sanggup membantah. Lalu, dalam terpaksa aku melangkah juga kaki ini menuruti hasrat mama.
Namun kini, ucapan terima kasih dan syukurku panjatkan kerana Allah gerakkan hati si ibu untuk memberikan dunia baru yang sebenar-benar dunia buat anaknya. Dunia yang menjanjikan kebahagiaan hakiki yang abadi buat anak tunggalnya ini. Terima kasih mama…syukur padaMu Ilahi.

            #                      #                      #                      #                      #                      #


Usrah pertama aku.
“argh…boringnya…patutnya aku boleh rehat-rehat ja hari minggu ni. Tiba-tiba je ada apa benda entah program ni. Sekolah dulu tak ada pun usrah-usrah ni,” rungutku dalam hati. Bicara dari naqibah langsung aku tidak endahkan. Berlalu begitu sahaja dibawa bayu pagi itu.
“ baiklah, sebelum kita akhiri usrah pertama kita hari ni, kak mira nak taakhikan adik-adik usrah kak mira ni dulu.  Sekarang adik-adik ada enam orang, jadi tiga orang akan cabut kertas ni. Di kertas ni ada tertulis nama taakhi adik-adik. Jadi, akak nak Sofea, Fatin dan Izzah cabut,” terdengar namaku disebut barulah aku bagaikan tersedar dari duniaku. Aku pun mencabut.
Durratul Hani.
Nama yang pelik bagi aku saat itu. Walhal nama itulah yang memberi kesan yang mendalam dalam hidupku. Aku melihat si empunya nama. Sekadar tersenyum nipis padanya. Berbeza dengan dia yang menghamparkan senyum manis buatku. Namun aku hanya memandangnya sepi. Bermula dari saat itulah, kisah hidupku mulai ingin berubah. Tanpa aku sedar, aku sedang memegang kunci untuk ke sebuah dunia indah bila aku dan Durratul Hani ditaakhikan.
Dan usrah pertamaku itu berakhir dengan helaan nafas legaku. Akhirnya! Habis juga. Baru gaya ingin kumelangkah pulang ke bilikku, tanganku terasa digapai. Langkahku terhenti.
“kejap, Hani ada benda nak bagi kat taakhi Hani ni,”dikeluarkan sesuatu dari begnya dan disuakannya padaku.
“salam ukhuwah ya ukhti,” hanya itu yang terkeluar di bibirnya sebelum berlalu. Aku hanya memandang sepi kotak kecil di tanganku sebelum aku juga melangkah pulang ke bilikku.
Sampai di bilik, aku terus menghempaskan badanku ke katil. Seketika aku teringat pemberian Hani tadi. Aku capai dan kubuka kotak kecil yang awalnya kuletakkan di meja belajarku saja. Sekeping kad kecil dan seutas tasbih.

“ moga ukhuwah yang terjalin antara kita ibarat untaian tasbih. Ada awal tiada penghujung. Dibahagi kerana cintaNya. Diratib demi redhaNya..”


Itulah ayat yang tertulis. Pendek tapi cukup bermakna. Namun, bagi seorang Fatin Nur Athirah yang saat itu baru hendak mengenal dunianya yang baru itu, kata-kata itu tidak membawa apa-apa makna buatnya. Disimpannya kembali dan dibiarkan menyepi pemberian itu di dalam laci mejanya.
Semenjak hari itu, selalu saja Hani datang menegurku. Sering saja ada kad-kad kecil yang diletakkan di mejaku. Kadang-kadang diselitkan di celahan Al-Quranku. Walaupun secara diam-diam, aku tahu dari siapa. Hanya dia yang rajin melakukannya walau tanpa aku hargai. Walaupun tanpa aku endahkan. Masa terus berlalu. Durratul Hani masih begitu. Dan aku juga masih begini.


Sehinggalah suatu saat Allah takdirkan aku jatuh. Jatuh ke lubuk kekecewaan dan kesedihan yang sangat dalam. Keputusan peperiksaan akhirku merosot. Mamaku meninggal kerana kanser. Mama sakit lama tapi dia rahsiakan. Aku murung berhari-hari. Tiada siapa yang berani mendekat memandang selama ini aku hanya dengan duniaku. Walaupun dikelilingi ramai orang namun aku tidak pernah membuka ruang untuk orang masuk ke dunia aku atau memberi peluang kepada diri sendiri untuk merasai dunia orang lain. Hanya yang masih setia tanpa jemu hanyalah dia. Durratul Hani. Benar-benarlah dia mutiara. Mutiara yang penuh dengan kasih sayang.

“ Allah tak hadirkan sesuatu dengan sia-sia. Sama ada baik atau buruk. Bahagia atau sedih. Kita suka atau tidak. Semuanya ada maknanya tersendiri. Kitalah yang kena menilainya dan cari hikmahnya.”

Kata-kata ini hadir bersama bahunya buat aku bersandar. Bersama telinganya buat aku meluahkan. Bersama tangannya buat mengesat air mataku. Aku curahkan segala-galanya pada Hani. Aku sendiri tidak tahu bagaimana aku boleh luahkan semuanya. Apa yang aku lalui, apa yang aku rasa, apa yang aku fikir dan apa yang aku harapkan. Telinganya mendengar dengan setia. Tanganku digenggamnya sehinggalah aku habis bercerita.
“ Alhamdulillah. Allah sayang Fatin.” Itulah ayat pertamanya setelah aku selesai bercerita.
“Allah hadirkan ujian, Allah hadirkan rasa itu tandanya Dia sayang. Dia mahu Fatin kembali padaNya. Dia mahu Fatin mengadu padaNya. Dia mahu Fatin meminta padaNya. Kembalilah pada Dia. Mengadulah pada Dia. Berharaplah pada Dia. Allah rindu Fatin tu. Sebab tu Dia bagi ujian yang Fatin rasa berat ni. Bila rasa berat dan tak da siapa boleh tolong, jangan lupa kita masih ada Dia. Dia tak pernah lupakan kita tau. Dan Dia takkan uji benda yang kita tak mampu nak tanggung.” 

Buat pertama kalinya, hati ini rasa disentuh. Rasa hiba. Rasa syahdu. Indahnya kalam insan ini.
“soal mama Fatin. Memang Hani tak pernah jumpa, tapi Hani selalu je tengok masa mama Fatin datang melawat Fatin. Dari riak wajahnya, Hani dapat lihat keinginan seorang ibu. Hatinya sangat menginginkan anaknya ini menjadi bidadari. Menjadi anak solehah yang akan mendoakan dia. Mungkin mama Fatin dah tahu hidupnya tak lama, jadinya dia nak lihat anaknya ini mampu bahagia dan berjaya di dunia dan di akhirat. Mampu mendoakan dia bila dia dah tiada. Sabarlah. Tunaikan impian mama Fatin ya. In sya Allah, Hani ada. Allah pun ada. Doakan mama selalu ya,” Aku terus menangis. Terharu dan sedih. Masih ada insan yang sepertinya. Yang sudi menemani aku walaupun selama ini aku tak pernah hiraukan dia.
“terima kasih Hani.”
“tak perlu, Allah yang hantar Hani untuk tenangkan Fatin. Sebab Dia sayang, sebab Dia cinta. Tanpa syarat.” Sepatah-sepatah Hani ucapkan. Hati ini semakin hiba. Terima kasih ya Allah.
“kenapa Hani masih sudi teman Fatin walaupun Fatin tak pernah layan Hani?” aku ajukan soalan dan dia balas dengan senyuman.
“ sebab Fatin Nur Athirah ini amanah Allah buat Durratul Hani.” Masih tersenyum. Tersentak aku dengan jawapannya. Sucinya hati insan ini.

Bermula dari saat itu, aku mula memberi peluang kepada diri aku untuk melangkah ke dunia seorang Durratul Hani. Dunia yang penuh ukhuwah, mahabbah dan tarbiyah. Perlahan-lahan meninggalkan dunia aku yang suram dan kelam sendirian. Aku mula mengenal makna ukhuwah. Aku mula memahami kata-kata pada kad pertamanya dahulu. Aku kembali mengenal makna bahagia dan makna kehidupan yang sebenar-benarnya. Dan satu perkataan menggambarkan kehidupan aku sekarang, INDAH! Dengan hati yang tenang dan jiwa yang bahagia.

            #                      #                      #                      #                      #                      #

Zaman persekolahanku kini sudah berakhir. Aku kini di bumi Mesir menyambung pengajianku dalam bidang kedoktoran. Hani pula ke bumi Syam mengutip mutiara ilmu di sana. Kami masih terus berhubung. Jika dahulu, kad-kad kecilnya sering saja hadir di meja dan di celahan Al-Quran, tapi kini warkah cintanya hadir di kotak emelku pula. Bila saja aku rasa sedih dan lemah, aku mesejkan ke facebooknya. Dan pasti dia membalasnya dengan balasan yang mengubat jiwaku. Walaupun aku belajar bidang perubatan tapi dialah yang terlebih dahulu memegang status doktor bagiku.
            Kini, sudah dua tahun kami berpisah. Sudah dua tahun tidak bertemu mata. Hanya emel dan facebook yang menghubungkan kami.
Suatu hari, ada emel yang aku terima dari Hani.

Assalamualaikum buat srikandi ummah…bakal bidadari syurgaNya….
Apa khabar sahabatku sekarang…? Moga Allah pelihara dirimu juga imanmu. Saja emel sebab tiba-tiba rasa rindu and nak share something. Tak pe ja kan?

Allah berfirman: “ sesungguhnya hanya di sisi Allah ilmu tentang hari kiamat; dan Dia yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada di dalam rahim. Dan tidak ada seorang pun dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan dikerjakannya pada besok. Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sungguh Allah Maha Mengetahui, Maha Mengenal.”            (surah Luqman ayat 34)

Dari ayat ni banyak yang kita boleh dapat kan?
11)      jangan berputus asa. Kita tak tahu apa akan berlaku. Mungkin sama atau tidak dengan apa yang kita mahu. Tapi tak semestinya kita tak boleh meminta dan berdoa. Kerana Allah dah berjanji kalau kita minta Allah akan kabulkan. Jadi, teruslah meminta dan berdoa.

22)      Rancanglah hari esokmu dan berusahalah. Yes, kita tak tahu apa akan berlaku pada besok hari tapi tak bermaksud kita tak boleh merancang. Kerana orang yang gagal adalah mereka yang gagal merancang.

33)      Didik jiwa untuk sabar dan redha. Kerana Allah juga ada perancanganNya…^_^…dan pastinya perancangan Allah itu yang terbaik. Sabarlah dengan kesakitan yang dialami, redhalah dengan derita yang menimpa. Tetap tersenyum…J
“dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman.”     ( surah ali imran ayat 139).
Rasa sedih itu wajar. Rasa lemah itu biasa. Tapi bagi orang yang beriman, yang percaya Allah bersamanya, dia takkan rasa lemah atau sedih sebab dia yakin Allah ada.

44)      Persiapkan diri untuk hadapi detik kematian. Detik yang menghilangkan kemanisan dunia. kerana orang yang mencintai kekasihnya, pasti rindu untuk bertemu dengannya. Dan jika kita ingin bertemu Allah, perlulah persiapkan diri kita dengan sebaiknya.
“…maka barangsiapa yang mengharap pertemuan dengan Tuhannya maka hendaklah dia mengerjakan kebajikan dan janganlah dia mempersekutukan dengan sesuatupun dalam beribadah kepada Tuhannya.”   ( surah al-kahfi ayat 110)
Persiapkan diri dari sekarang untu bertemuNya…kerana kita tak tahu bila dan di mana nyawa kita akan diambil. Bila tiba saat itu, takkan terlewat atau awal walaupun sedetik.

Banyak je lagi hikmah dan ibrah yang kita boleh dapat dari ayat ni. Bukan ayat ni saja. Bahkan setiap ayat di dalam Al-Quran itu istimewa. Ada maknanya yang tersendiri. Kalaulah kita ni memerhatikan dan menilai dengan hati dan iman. Bukan sekadar dengan mata kasar.
Dan Hani baru tahu sesuatu pasal ukhuwah ni. Kalau kita sayangkan sahabat kita tu kerana Allah, kita kena bagitahu dia kita sayang dia kerana Allah. And now, Fatin Nur Athirah….Hani sayang kamu kerana Allah….!
Hani tak tahu la bila kita nak jumpa pula, cuma Hani harap Fatin selalu doakan Hani tau. Kalau kita tak sempat jumpa kat dunia ni, moga Allah pelihara kita dan iman kita serta pertemukan kita di jannahNya.
Pesanan akhir Hani…jaga diri, jaga iman, kuat selalu, yakinlah dengan janji Allah….walau apa jua yang berlaku, lihatlah hikmah dan maksud yang tersembunyi….jangan putus asa dari rahmat Allah dan sentiasa husnudzon dengan Allah ye….
Walaupun seisi dunia tinggalkan Fatin…walau seisi dunia bencikan Fatin…saat Fatin rasa kesunyian, kesepian dan tak da sesiapa yang mampu memahami…saat Fatin rasa terlalu sukar untuk melangkah…saat Fatin rasa tak kuat untuk bertahan…ingat selalu…Allah tak pernah jauh sayang….Dia sentiasa bersama kamu walau tanpa kamu sedar….kerana hakikat sebenar Allah mencintaimu tanpa syarat…balaslah cintaNya…
Setakat ni dulu kot warkah cinta kali ni….moga bertemu lagi di syurgaNya nanti….fi hifzillah ya ukhti…
Uhibbuki fillah Abadan abada ilal jannah…<3

-durratulhani-

Tersentuh hati ini membaca kirimannya. Perlahan bibir ini bergerak.
“uhibbuki fillah aidhon ya ukhti. In sya Allah, sehingga bertemu di syurgaNya. Allah menjadi saksi, Hani sahabat yang terbaik buat Fatin. Memikirkan Hani mengingatkan Fatin padaNya…moga Allah pelihara dan redha dengan kehidupanmu Hani.” Tanganku menggenggam tasbih pemberiannya di awal perkenalan kami dulu. Tasbih itu sudah menjadi teman setiaku di bumi Mesir ini.
Seminggu berlalu tanpa sebarang khabar darinya. Baru sahaja aku membuka facebook ingin menghantar mesej pada bidadari hatiku yang kurindu itu, hatiku bagai dihempap batu yang besar.
“telah kembali kepada Penciptanya saudari Durratul Hani binti Zulkifli. Pelajar tahun dua kuliah syariah universiti Mu’tah, Jordan. Al-Fatihah.”
Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.
Kalimah itu hanya bergema di hatiku. Menyentak seluruh kalbuku. Bagaikan melayang jiwaku mendengar khabar itu. Tasbih pemberiannya kugenggam erat.
“Hani…”hanya itu yang mampu terlahir di bibirku. Airmataku terus mengalir tanpa dapat diseka lagi.
Terimbau bait-bait ayat dalam emel terakhirnya;
 “…Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati…”
“… moga bertemu lagi di syurgaNya nanti…”


            #                      #                      #                      #                      #                      #

Thursday, December 19, 2013

meneladani si kecil PIPIT...


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum...

Sejak usia bila kita mula kenal yang namanya burung pipit ni? Saiya pun dah x ingat...tapi sebenarnya, si kecil pipit ni dah lama disebut2 dalam sejarah para nabi...x percaya???
Jom kita singkap kembali sejarah Nabi Ibrahim...

Sejarah: Semasa Nabi Ibrahim sedang dibakar oleh Raja Namrud yang zalim, seekor burung pipit berulang-alik daripada sebuah kolam ke lembah tempat Nabi Ibrahim sedang dibakar dengan membawa air kolam tadi dalam paruhnya yang kecil.

Kejadian ini dilihat oleh malaikat Jibril a.s. dan Jibril bertanya kepada sang pipit, adakah air itu mampu untuk memadamkan api yang menggila marak dan besar itu?

Lalu sang pipit menjawab, yang dia tahu bahawa air yang dibawa tidak terpadamkan api yang ganas itu. Namun, sekurang-kurangnya saya telah menjalankan tanggungjawabnya, tidak berdiam diri apabila melihat kekasih Allah dizalimi oleh orang kafir.

Ni sikit je dari sejarah Nabi Allah ibrahim...tengok skit dapat apa dari burung yang kecil nih?
And dari usrah tadi got few things yang boleh saiya simplifykan dalam empat ayat ni:

-          Erti hidup pada memberi
-          Kelebihan itu amanah
-          Banyak memberi tanda bersyukur
-          Allah x lihat hasil tapi USAHA

Ayat yang simple tapi membawa maksud yang sangat mendalam bagi orang2 yang nak berfikir n ambil ibrah...

Erti hidup pada memberi
Hidup kita ni x kan bahagia kalau hidup sorg2 ja...
N bila kita nk menerima sesuatu dari org kita jgak kna mmberi...
Sistem give n take...what u give u’ll get back...
N ingat balik...dh brapa byk yg Allah dh bagi kt kita n bndingkan dgn dh byk mna yg kita sumbang utk agama Allah?
Nk sumbang ntuk agama Allah ni sgat luas...

Kelebihan itu amanah
Apa saja yg kita ada, yg kita lbih dari org, every single things...we can give it to others...
Ada duit... sedekah, derma, sumbang...
Ada bakat...guna, sumbang, asah untuk kepentingan islam...pandai menulis...tulis tentang dakwah, ajak org buat kebaikan melalui penulisan,  kreatif buat lirik...suara sedap...pndai lukis...pandai design guna IT....tunggu apa lagi...? islam prlukan golongan yang profesional...yg berbakat untuk menyumbang...
Ada tenaga...kerahkan demi agama...bantu org, jadi ajk program...ringan tulang...apa sja...
Habis x da apa, ada diri tu, join la program yg org buat...
Setiap apa yg ada kt diri kita ni, sumbangkan walaupun hakikatnya bukan kita punya, tapi Allah pinjamkan untuk kita manfaatkan untk agamaNya jgk...so, y not? N apa tunggu lagi...


Sebab banyak memberi tanda bersyukur... dan bila kita bersyukr nescaya Allah akan tambah lagi, lagi dan lagi...jadi jgan takut untuk memberi kerana dengan memberi kita sedang melabur utk saham akhirat...ingat...apa yang kita bagi, itulah bahagian kita di akhirat nnt...cth kita sedekah...yg kita sedekah tu la bhgan kita sebenarnya...yg ada kt kita tu bleh jdi akan jdi milik Pak Long Led kedai runcit, mgkin milik Pak Su Man kedai makan, mungkin milik Ammu ‘Amid tuan rumah...mungkin milik siapa2 yang lain...tapi yang pasti bhgaian yg kita bgi tu akan jdi bhgian kita yg kekal d akhirat nnt...jgn takut ntuk mmberi...n jdilah hamba Allah yang bersyukur setelah segala yang Dia anugerahkan buat kita selama kita bernafas nih...

Dan selalu ingat Allah x tgok hasil tapi usaha...bila kita dah buat segala yang boleh...serahkan yg selebihnya kepada Allah...do the best and let Allah do the rest...niatkan segalanya kerana Allah and malaikat di kanan kita akn selalu catitkan ntuk kita...tnpa kita sdar...dah berjilid2 kebaikan yg kita buat...insyaAllah...dari sekecil-kecil bnda sehingga sebesar-besar yg kita mmpu lakukan, buatlah krn kita x tahu mna satu amalan kita yg Allah akan terima...n ingt jgk bekerja ntuk islam itu WAJIB!

I’ll stop here...n the rest sahabat2 boleh tambah sniri, boleh fikir sniri...pilihlah ntuk menjadi lbih baik...kerana ianya indah bila jiwa dekat dengan Allah...tenang itu akan hadir...walaupun di tgah kesibukan dunia...^_^...

p/s : terbaca sesuatu yg trkesan di jiwa  brkenaan burung pipit ni...
-          Sampai bila nk jadi burung pipit?
-          Beralasanlah seperti burung pipit tapi bekerjalah seperti Nabi Ibrahim...
Got it?

#ertihiduppadamemberi#kelebihanituamanah#banyakmemberitandabersyukur#

Nurfarosfida1012
Abbasiyah,egypt
19.12.2013@8.18pm







Sunday, December 8, 2013

Istimewanya Dia Si Bunga Agama






Pada aku dia istimewa
Walau hidupnya serba sederhana
Tiada apa baginya di dunia
Negeri abadi baginya lebih utama

Pada aku dia istimewa
Menjadi kesayangan ayahanda tercinta
Perwatakannya juga mirip ayahnya
Mengambil tempat mengganti bondanya
Sehingga digelar ‘ummu abiha’
Saat ayahanda terluka dihina
Dia tampil kedepan membela

Pada aku dia istimewa
Cinta dijaga pada yang selayaknya
Sehingga saat menjadi miliknya
Hidup sederhana tak pernah disesalkannya
Diharungi juga walau terkadang terasa lelahnya
Ucapan ayahanda menjadi penawarnya
Demi mengharap kesenangan di akhirat sana

Pada aku dia istimewa
Dari rahimnya lahir mujahid mujahidah agama
Diberi didikan selayaknya pejuang agama
Menyambung perjuangan menyebarkan risalahNya
Sehingga digelar puteranya ‘ketua pemuda di syurga’

Istimewanya dia bukan biasa-biasa
Istimewanya dia si bunga agama
Itulah dia Fatimah Az-Zahra
Ingin kuikut jejak dan langkahnya
Sehingga diri ini juga menjadi sepertinya
Menjadi kesayangan Rasulullah nabi kita
Moga diri ini terus kuat demiNya...



# http://www.iluvislam.com/inspirasi/7038-kehebatan-fatimah-az-zahra.html

p/s : jom sama2...demi cinta RasulNya...demi redha dariNya...~keep.smiling^_^~





Saturday, November 30, 2013

Teman Menjadi BAIK..





Aku perlukan teman
Yang sudi berjalan bersamaku

Memapah dan membimbingku saatku lemah
Menemani aku saat sukarku
Menghalau sedihku kala ia bertandang
Menguatkan aku saat kelelahan
Menyambut aku kala hampir terjatuh
Dan menarik aku saat aku tersasar

Kerana perjalanan menjadi baik itu
Melelahkan dan penuh rintangan
Namun perluku harungi demi mencapai status baik
Tidak terus dalam kejahatan
Dari baik menjadi solehah
Dari solehah menjadi srikandi
Dari srikandi menjadi bidadari

Kerana aku rela lelah di jalanan
Dalam usaha menjadi bidadari
Dari lemas dalam peluh sendiri
Di akhirat nanti

Dan sesungguhnya
Mencapai status bidadari itu susah
Namun bersama kesusahan itu
Allah janjikan kesenangan
Jadi tetaplah duhai hati
Demi Dia dan keranaNya

nurfarosfida
30/11/2013
7.00pm

Cairo, egypt

 Rasulullah S.A.W bersabda:
“ sesiapa yang Allah menghendaki kebaikan baginya, maka Allah mengurniakannya seorang rakan yang soleh. Jika ia lupa, diingatkannya, dan jika ia ingat, dibantunya.”

p/s: kalau x jumpa sahabat yang seperti yang kita cari, siapkan diri menjadi seperti yang kita impikan...^_^



Friday, November 29, 2013

Membentuk jiwa kental seorang JUNDULLAH....

Bismillah...alhamdulillah...

Erk...ada orang tengok boboiboy la...hihihi...duk negara orang ni...jarang2 nk tengok benda2 macam tu...paling tak pun online fb ja...saiya la...orang len tengok ja...tringat kat mujahid2 kecik kat rumah...dengar je lagu intro boboiboy...yang diluar rumah pun lari masuk dalam...baring terus depan tv tu...hehehe...rindu...
Act..bukan nak cerita pasal boboiboy ni...tapi si mujahid kecik tu...not only mine...but all...every single soul yang masih dalam fatrah membesar dan belajar...mengeksplorasi semua yang ada di sekeliling...

In facts... dalam psychology memang macam tu fitrah jiwa2 yang baru melihat dunia ni...memang tempoh tu tempoh untuk mereka membina personaliti dalaman mereka...
Berdasarkan epigenetic theory by erikson ni...and ditambah ulasan sikit oleh doktor kuliah...antara yang saiya dapat...setiap apa yang berlaku dalam tempoh mujahid kecil ini membesar secara x langsung membentuk dalaman mereka...

Contoh...trust vs mistrust...
This occur during the age from 0-1 year...baby belajar memupuk kepercayaan terhadap orang sekeliling especially their mom...kalau si ibu mengabaikan anak, kesannya bila baby tu dh jadi budak > remaja > dewasa...dia akan susah nak percaya orang...everyone around him/her will be suspicious to him/her...macam tu jugak untuk kita...bila dah dapat kepercayaan orang tu jangan sia-siakan...sekali orang x percayakan kita...selamanya orang akan susah nk percaya kita...so, jangan buatkan orang hilang kepercayaan pada kita...

Lagi...initiative vs guilt
Dalam tempoh usia 3-6 tahun, si kecil mula untuk mnenanam rasa inisiatifnya...membentuk jiwa yang ingin tahu...jangan dilrang...jangan disekat...jangan dimarah...kelak akan tenggelam rasa ingin tahu dan semangat meneroka dan mengkajinya...diganti dengan rasa bersalah...menjatuhkan self esteem yang kian terbina...menjadikan jiwanya seolah-olah membesar dalam penjara...takut untuk melangkah ke depan...takut untuk bersuara...hakikatnya dia hidup namun bagai bayang2 cuma...


Banyak kalau nak diulas satu persatu...namun secara kesimpulannya...dalam membentuk jiwa2 kecil yang baru mengenal dunia ni...jangan gunakan pendekatan yang menghalang dan menegah secara keras...namun sentuh hatinya perlahan...jangan dibunuh rasa yang kian menyubur itu...tapi dikawal dan diajar bagaimana menyalurkan dengan betul...supaya jiwa yang bakal terbentuk nanti jiwa yang kental...jiwa yang mampu menggegar dunia...yang mampu terus teguh berdiri, membawa risalah Islam tatkala ramai yang menyerah dan tersungkur...jiwa yang teguh dan mampu membangkitkan jiwa2 lain untuk turut serta melangkah bersamanya...

Menjadi tugas kita mendidik generasi itu...usah dinanti yang datang sendiri dari rahim kita, mulakan dengan yang ada di sekeliling kita...adik2 kita...jiran2 kita...
Namun sahabat...ingat, mampukah apa yang kita cuba sampaikan akan terus ke jiwa mereka andai diri kita biasa2...? andai kita sendiri masih terawang-awang mencari arah tuju...? mencari identiti yang pasti...? tapi,masihkah hendak dinanti??? Terus menanti kita ‘menyempurnakan’ diri sehingga jiwa2 kecil tadi sudah besar??? Jangan, sahabat...cepat2 didik diri n at the same time...paut yang lain ikut sama...tarik hati lain bersama...ayuh! jadi luar biasa untuk menghasilkan juga yang luar biasa...kerana syurga Allah juga untuk yang LUAR BIASA!

p/s:
-          abaikan grammar yang terabai tu..:P
-          Utk theory epigenetic tu bleh rujuk sini atau klu jmpa mna2 yg lain no hal
-          Saiya budak baru belajar, yg silap tu fitrah manusia...betulkan lah ya...mna yg baik tu ambil la...yang merapu tu abaikan la...


Thursday, November 28, 2013

Al Fatihah : sebuah permulaan...

Alhamdulillah...



Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang...
Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam...
Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang...
Pemilik hari pembalasan...
Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan....
Tunjukilah kami jalan yang lurus...
(iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya, bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat...
~ surah al fatihah : ayat 1-7~

alhamdulillah...setelah sekian lama menyimpan hasrat, akhirnya tercapai...
moga Allah tunjukkan jalan yang Dia redhai...thabatkan hati...moga terus tetap hati ini dengan niat yang telah terpatri...

" demi Tuhan Yang Esa...
untuk Islam yang mulia...
kerana Rasul tercinta.."
~ hijjaz~    

al-fatihah...sebuah permulaan baru...pembukaan...kepada semua...
permulaan ke arah menjadi lebih baik yang pastinya...ke arah lebih mendekat pada Ilahi terutamanya...pembuka jalan menuju bahagia buat semua...
moga menjadi kunci juga untuk membuka jalan menuju syurgaNya...insyaAllah...
keep walking and smiling..^_^