Friday, March 14, 2014

sia-sia atau terasa??

Terlintas di minda untuk berfikir sejenak...untuk setiap apa yang kita lakukan, kita nak jadikan ianya suatu yang sia2 dan buang masa dan tenaga atau nak jadikan ia satu pengalaman/pengajaran/ibrah @ sumber ilmu yang boleh dikutip untuk upgradekan status diri dan iman kita?

How you gonna take it?

Semuanya bergantung atas jiwa dan kehendak masing2...nak menangkan nafsu atau iman...pilihlah sendiri.
Satu check point dalam explorace hampir setahun lalu, mengajak kita membersihkan jiwa, melembutkan hati dan memuhasabah diri kembali...

Apakah kita gembira dengan kehidupan ini?

Apakah kita berani bahagia dengan kehidupan yang muncul selepas kematian?

Dan penting, bagaimana pengakhiran kita?

Hari ini kita bisa bahagia, tersenyum, berbangga...mengatakan kita umat Islam, ibadah tak pernah tinggal, etc...tanpa kita sedar kita tak pernah berterima kasih pada insan agung yang menyampaikan Islam itu pada kita. Penuh susah derita, Baginda tetap setia...demi kita, ikhwannya yang sangat Baginda rindui.

Seringkali Baginda menangis mengenangkan kita, mengenangkan nasib kita...hatta hingga saat akhir nafasnya, masih kita yang Baginda fikirkan, Baginda risaukan. Namun, untuk menangis dan bersedih kerana deritanya perjalanan dakwah Baginda...tak pernah!

Cuba kita lihat diri kita hari ini. Cari cermin suluh diri, cuba usha hati tu macam mana? Cuba recall balik berapa  kali kita menangis walaupun setitik airmata kerana rindukan Baginda? Berapa lama hati kita merintih mengharapkan pertemuan dengan Baginda?

Alhamdulillah bagi yang selalu...

Syukur bagi yang pernah...

Bagi yang tak pernah, tembak diri sendiri...zalimnya kita. Kejamnya kita. Kerasnya hati kita. Terhijab sungguh hati kita. Sedang para sahabat dulu sangat menderita saat tak berpeluang melihat Baginda.

Saat Baginda wafat, seisi alam menangis namun kita? Di mana letaknya jiwa dan hati kita?
Pernahkah kita terfikir apa perasaan Baginda mengetahui bahawa kita tak pernah merindui Baginda? Hati ini jarang sekali menangis kerana Baginda?

Sedarlah wahai diri...pupuklah diri merindui Baginda...pupuklah jiwa mengharapkan pertemuan dengan Baginda...
Namun diri...tegarkah kau bertemu dengan Baginda saat diri dan hatimu diselimut dosa dan dunia???
Tidak bimbangkah diri tak terlihat oleh Rasulullah kerana terhijab dengan dosa yang menghitam???


 Ayuhlah wahai diri yang masih punya iman...
pupuklah diri mencintai Baginda... 
suburkan dalam diri segala sifat Baginda...
terapkan dalam hidup segala sunnah Baginda...
mekarkan dalam jiwa rindu hanya untuk Baginda...
kuatkan diri memperjuangkan risalah yang dulu dipertahankan Baginda...                                                                                                                                      
lazimkan bibir dan hati mengucapkan selawat dan salam rindu buat Baginda...


mudah-mudahan Allah menyampaikan selawat dan salam rindu kita kepada Baginda...
moga2 saat di akhirat kelak...
saat kita teraba-raba mencari sinar, Baginda hulurkan tangan menerangi kita...
saat kita terhuyung-hayang di atas titian sirat, Baginda hulurkan tangan memimpin kita...
dan...
saat kita melangkah masuk ke syurgaNya, Baginda hulurkan tangan menyambut kita...
amin ya Rabbi...


allahumma solli ‘ala saidina habibina Muhammad...



~nurfarosfida1012@14032014.0808pm~

bahtera dakwah

~ SC: satu cinta ke syurgaNya ~


Pernah dahulu,
Ada hati terpalit noda,
Ada jiwa bersarang debu,
Ada diri tanpa nakhoda.

Namun segalanya berubah,
Tatkala sentuhan tarbiyah menyapa indah,
Hati yang gersang terasa dibaja,
Layar di jiwa terasa kukuh,
Terasa  iman mula menaungi,
Nafsu terdampar di penjuru hati,
Ukhuwah terasa berbunga di hati,
Saling menyayangi kerana Ilahi,
Satu cinta hingga jannahNya.

Saling mengingatkan kala terlupa,
Kerana kita hanya insan biasa,
Yang berusaha menjadi luar biasa,
Kerana syurgaNya terlalu istimewa,
Bukan untuk yang biasa-biasa.

Sejuk mahupun panas,
Ribut ataupun bayu,
Suka dan juga duka,
Peritnya terhapus dek manisnya,
Kerana bukan sekadar tangan yang digenggam,
Hati juga turut terikat,
Saling menguatkan antara kita.

Demi Dia Yang Esa,
Untuk Islam yang mulia,
Kerana Rasul tercinta,
Moga kita kan tetap  thabat,
Dalam memikul beban dakwah,
Semoga penghujung lelah itu ada harganya.


P/s: kenapa bahtera dakwah? kerana kita x mampu berseorangan. x mungkin mampu...kita perlu hidup dalam komuniti, masyarakat, jemaah, usrah, keluarga...yg pasti bukan sendiri...keran kita ini bersaudara...kerana bantuan Allah datang kepada jemaah...kebersamaan itu menjadi kekuatan..:) jangan pernah sendiri, dan tak mungkin juga kan sendiri, kerana Dia selalu ada...

cc : angah kicik...:P...angah besar pun silalah join sekaki...(andai korang bace, hihihi)


~nurfarosfida1012@14032013.0800pm~