Terlintas di minda untuk berfikir sejenak...untuk setiap apa
yang kita lakukan, kita nak jadikan ianya suatu yang sia2 dan buang masa dan
tenaga atau nak jadikan ia satu pengalaman/pengajaran/ibrah @ sumber ilmu yang
boleh dikutip untuk upgradekan status diri dan iman kita?
How you gonna take it?
Semuanya bergantung atas jiwa dan kehendak masing2...nak
menangkan nafsu atau iman...pilihlah sendiri.
Satu check point dalam explorace hampir setahun lalu,
mengajak kita membersihkan jiwa, melembutkan hati dan memuhasabah diri
kembali...
Apakah kita gembira dengan kehidupan ini?
Apakah kita berani bahagia dengan kehidupan yang muncul
selepas kematian?
Dan penting, bagaimana pengakhiran kita?
Hari ini kita bisa bahagia, tersenyum,
berbangga...mengatakan kita umat Islam, ibadah tak pernah tinggal, etc...tanpa
kita sedar kita tak pernah berterima kasih pada insan agung yang menyampaikan
Islam itu pada kita. Penuh susah derita, Baginda tetap setia...demi kita,
ikhwannya yang sangat Baginda rindui.
Seringkali Baginda menangis mengenangkan kita, mengenangkan
nasib kita...hatta hingga saat akhir nafasnya, masih kita yang Baginda
fikirkan, Baginda risaukan. Namun, untuk menangis dan bersedih kerana deritanya
perjalanan dakwah Baginda...tak pernah!
Cuba kita lihat diri kita hari ini. Cari cermin suluh diri,
cuba usha hati tu macam mana? Cuba recall balik berapa kali kita menangis walaupun setitik airmata
kerana rindukan Baginda? Berapa lama hati kita merintih mengharapkan pertemuan
dengan Baginda?
Alhamdulillah bagi yang selalu...
Syukur bagi yang pernah...
Bagi yang tak pernah, tembak diri sendiri...zalimnya kita.
Kejamnya kita. Kerasnya hati kita. Terhijab sungguh hati kita. Sedang para
sahabat dulu sangat menderita saat tak berpeluang melihat Baginda.
Saat Baginda wafat, seisi alam menangis namun kita? Di mana
letaknya jiwa dan hati kita?
Pernahkah kita terfikir apa perasaan Baginda mengetahui
bahawa kita tak pernah merindui Baginda? Hati ini jarang sekali menangis kerana
Baginda?
Sedarlah wahai diri...pupuklah diri merindui
Baginda...pupuklah jiwa mengharapkan pertemuan dengan Baginda...
Namun diri...tegarkah kau bertemu dengan Baginda saat diri
dan hatimu diselimut dosa dan dunia???
Tidak bimbangkah diri tak terlihat oleh Rasulullah kerana
terhijab dengan dosa yang menghitam???
pupuklah diri mencintai Baginda...
suburkan dalam diri segala sifat Baginda...
terapkan dalam hidup segala sunnah Baginda...
mekarkan dalam jiwa rindu hanya untuk Baginda...
kuatkan diri memperjuangkan risalah yang dulu
dipertahankan Baginda...
lazimkan bibir dan hati mengucapkan selawat dan salam
rindu buat Baginda...
mudah-mudahan Allah menyampaikan selawat dan salam rindu
kita kepada Baginda...
moga2 saat di akhirat kelak...
saat kita teraba-raba mencari sinar, Baginda hulurkan
tangan menerangi kita...
saat kita terhuyung-hayang di atas titian sirat, Baginda
hulurkan tangan memimpin kita...
dan...
saat kita melangkah masuk ke syurgaNya, Baginda hulurkan
tangan menyambut kita...
amin ya Rabbi...
allahumma solli ‘ala saidina habibina Muhammad...
~nurfarosfida1012@14032014.0808pm~
No comments:
Post a Comment