Wednesday, July 9, 2014

Misi Ramadan 1435



Misi Ramadhan 1435
1.       Khatam tadarus dan tadabbur Al-Quran
2.       Qiam dan terawih setiap hari
3.       Sedekah jariah, sedia juadah berbuka

Buku catatannya ditutup setelah catatan menyambut Ramadannya itu siap ditulis. Mengharapkan Ramadan kali ini bisa menjadi yang terbaik buatnya.

“ Wawa, malam ni iftar di markaz jom. Ada ceramah sikit, sambut Ramadan ni,” ajak Hawa Yumna, teman baik Khaulah Al-Azwar sepanjang di bumi Mesir ini. Dia sekadar mengangguk memberi persetujuan. Ya. Namanya Khaulah Al-Azwar. Meminjam nama srikandi berkuda misteri yang digeruni pada zaman Rasulullah dahulu. Namun dia bukanlah seperti srikandi itu. Baru juga dia mengenal sinar hidayah yang sebenar tatkala menjejak kaki di bumi berdebu ini. Di celah debu-debu Mesir ini ditemukannya permata. Mengharapkan permata itu sempat digilap sebaiknya sebelum dia kembali.

“ Jangan kita menjadi hamba Ramadan. Bulan Ramadan pulun bersungguh kejar semua benda, habis Ramadan terkubur segala amalan macam tu je. Jadilah hamba kepada Tuhan bulan Ramadan tu. insyaAllah habis ramadan, amalan kita sepanjang Ramadan sebati dengan kita dan dapat diteruskan walaupun bukan berada di bulan Ramadan. Bukan bermakna bulan Ramadan ni ibadah kita sambil lewa. Buat ibadah dan amalan sungguh-sungguh sebab kita nakkan keberkatan Ramadan tu. Dan mungkin ini akan jadi Ramadan terakhir kita juga untuk kita kejar segala kelebihan Ramadan yang takkan ada pada bulan-bulan yang lain.”

Zapp!!!

Bergetar jantungnya mendengar kalimah itu. “ Mungkin ini Ramadan terakhir kita.” Khaulah Al-Azwar teringat kembali beberapa sahabat yang dikenalinya, yang sebaya dengannya dijemput Allah sebelum sempat merasa kenikmatan Ramadan kali ini. Alhamdulillah, dirinya masih diberi kesempatan. Moga kesempatan ini berpanjangan sehingga ke penghujung Ramadan ini Ya Allah. Sempat dia memanjatkan segaris doa di dalam hatinya.

“Best kan Ramadan kali ni walaupun baru first day. Tapi tak sempat nak habiskan ramadan kat sini. Nanti kita dah nak balik malaysia,” ujar Hawa Yumna dalam perjalanan pulang dari Masjid Ar-Rahman usai bertarawih malam itu.

“ tak pe. Kat mana-mana pun sama ja Ramadan. Bezanya cara kita mengimarahkan dan meraikan Ramadan tu. Kalau di Malaysia, suasananya lain. Kalau di sini, suasananya lain. Suasana tu bagi semangat kat kita tapi jangan pula kita down bila tak da suasana yang membangkitkan kita. Kitalah yang bawa tanggungjawab mencetuskan suasana macam tu kat tempat kita. Am i right?” spontan ayat itu keluar dari bibirnya menjawab kata-kata sahabatnya. Namun, bila difikirkan semula, itulah hakikatnya. Mereka menggalas bebanan tanggungjawab untuk muslim di Malaysia turut merasai sebgaimana yang mereka rasai di sini. Rasa nikmatnya meraikan dan mengimarahkan Ramadan. Bukannya nikmatnya ternanti-nanti Syawal yang akan tiba selepas Ramadan. Mereka bukan anak kecil yang dimomokkan dengan duit raya, dengan juadah sedap tatkala berbuka, dengan baju raya, baru mereka akan berpuasa. Mereka sudah terlebih dewasa utnutk menilai erti dan maksud sebenar berpuasa. Walaupun berbuka hanya dengan air sejuk dan kurma, tapi itulah bagi mereka nikmatnya Ramadan.

            #                             #                             #                             #                             #

Sepuluh pertama Ramadan berlalu bersama rahmat yang dijanjikan. Menyusul fasa pengampunan dari Allah pada pertengahannya. Dunia Islam dikejutkan dengan serangan bertubi-tubi ke atas saudara seakidah mereka di Gaza, Palestin.
Tidur malam Khaulah sejak mendengar khabar itu bagaikan tidak tenang. Terasa sesuatu yang hilang daripadanya. Terasa bagai ada yang tidak lengkap selama hidupnya. Hawa Yumna di katil sebelahnya sudah lama dibuai mimpi setelah pulang dari masjid sebentar tadi. Jam pun sudah menginjak ke angka 12.00, namun matanya belum mahu terpejam.

"Khaulah Al-Azwar...kau Khaulah Al-Azwar..!!” bisikan itu menemani lenanya malam itu. Bisikan yang menyeru-nyeru namanya tanpa henti.

Khaulah al-azwar. Khaulah al-azwar. Khaulah al-azwar.

Terdengar bunyi bingit di  sekelilingnya, Khaulah Al-Azwar membuka matanya perlahan-lahan. Terkedu dia melihat suasana di depannya. Suasana peperangan. Perang??? Semakin dia keliru. Apa yang terjadi sebenarnya ini. Seorang anak kecil dalam lingkungan usia 10 tahun berdiri tidak jauh darinya. Nampak comot mukanya dengan singlet nipisnya dan seluar pendeknya. Di tangan ada plastik berisi batu. Matanya melilau seperti mencari-cari tetapi Khaulah Al-Azwar tidak pasti sama ada kanak-kanak tiu sedang mencari sesuatu atau lari dari sesuatu. Seketika matanya bersabung dengan mata anak kecil itu. Dia tidak mampu mentafsir makna di sebailk sinar mata anak itu, namun ada sesuatu yang dia faham. Pengharapan. Jelas kanak-kanak itu mengharapkan sesuatu.

Bunyi bising dan tembakan terdengar lagi. Khaulah Al-Azwar segera mencari tempat perlindungan tatkala melihat beberapa tentera memegang senjata semakin menghampiri mereka. Dari jauh terlihat kereta kebal yang juga semakin menghampiri ke arah mereka. Tapi, kanak-kanak tadi masih berdiri di situ. Tidak berganjak walau setapak. Menggenggam plastik berisi batu. Kemas. Tanpa gentar. Khaulah Al-Azwar cuba memanggilnya agar bersembunyi namun tidak diendahkannya. Terus dilemparkan plastik yang digenggamnya tadi bila tentera itu semakin dekat dengannya. Tepat mengenai seorang tentera yang berjalan ke arahnya dan berjaya menumbangkannya. Terus tentera-tentera yang lain mengangkat senjata dan mengacukan ke arah kanak-kanak itu. Bersedia untuk melepaskan tembakan dan Khaulah Al-Azwar terus terkaku di situ. Bagaikan menonton drama peperangan yang tragis.

Bang!!!

Menggeletar tubuhnya menyaksikan kanak-kanak kecil itu ditembak tanpa teragak-agak. Tentera-tentera bersenjata itu berlalu dari situ selepas melepaskan tembakan rambang beberapa ketika. Khaulah Al-Azwar yang bersembunyi di balik sebuah dinding yang hampir roboh terselamat. Perlahan dihampirinya kanak-kanak tadi. Kanak-kanak itu sekadar tersenyum kepadanya sehinggalah Khaulah Al-Azwar rapat kepadanya dan memangkunya. Perlahan wajah manis tersenyum itu bertukar menjadi wajah sedih yang menyesal bersama tangisan yang bercampur dengan darah.
“Kau Khaulah Al-Azwar, kenapa kau lari sembunyi? Kenapa kau tak lawan tentera-tentera tu?” perlahan dan tersekat-sekat suara kecil itu menyapa. Khaulah Al-Azwar terkedu lagi. Terketar-ketar bibirnya ingin menjawab namun tiada jawapan yang pasti. Dan tika itu terdengar lagi bunyi tembakan dan tubuhnya terasa sakit yang teramat. Terus dia rebah tanpa sempat mengetahui apa yang sedang berlaku.

     #                             #                             #                             #                             #                             #

“Macam mana boleh demam ni? Semalam elok je balik tarawih semalam?” Hawa Yumna bersuara sambil tangannya mengelap tubuh Khaulah Al-Azwar. Khaulah Al-Azwar sekadar diam. Tapi mindanya masih memikirkan mimpinya semalam. Perlahan air matanya  mengalir. Dia Khaulah Al-Azwar tapi dia tidak seberani Khaulah Al-Azwar. Dia pengecut. Saudaranya mengharapkan dia, tapi dia terus kaku dan lari memnyelamatkan diri sendiri.

“sakit sangat ke Wawa? Sabar la ye, sakit tu boleh menghapuskan dosa,” lembut Hawa Yumna memujuknya. Tapi bukan kerana sakit dia menangis. Tapi kerana dia tidak mampu berbuat apa-apa sedangkan dia seorang Khaulah Al-Azwar. Dia tidak mampu berbuat apa-apa sedangkan dia seorang muslim.dia tidak mampu berbuat apa-apa bahkan lari.
Astaghfirullah hal azim!
Astaghfirullah hal azim!
Astaghfirullah hal azim!

      #                        #                             #                            #                          #                         #

 bicara: mereka saudara kita tapi apa sumbangan kita kepada mereka. kalut mendoakan kebahagiaan hidup sendiri, kesejahteraan hidup mak ayah family...semua tu x salah tapi jadi kesalahan bila kita lupakan meraka-mereka yang sedang berjuang memburu syahid di sana. mereka bersahur di dunia dan mungkin berbuka di syurga. kita sibuk memikirkan nak sahur apa, nak berbuka dengan apa. tapi mereka tak sempat pun nak fikirkan semua tu. anak kecil hilang mak ayah tapi kita???? berseronok bersenang lenang lagi. bangkit dari tidur sahabat. dalam Ramadan yang kita harapkan agar menjadi yang terbaik buat kita jangan kita lupakan saudara kita yang di sana. andai suata hari kita bersua mereka dan ditanya apa yang kau buat untuk bantu kami??? siapkah kita untuk menjawab persoalan itu kalau saat ini kita masih leka lalai dan lupa pada mereka?? kita tak mampu berjihad di sana bersama mereka kerana kita masih punya tanggungjawab lain yang masih belum sempurna di sini. semampu mungkin, doakan mereka...doakan meraka diberi kekuatan, doakan agar Allah menghantar tentera2Nya membantu mereka, doakan...doakan...doakan...berterusan tanpa henti...sehingga mereka mendapatkan kembali hak mereka...kita leka bila dunia sepi tanpa khabar mereka, dan kembali sedar bila hal sebegini berlaku...cermin diri, muhasabah diri,,,apa yang dah kita lakukan untuk mereka dan bandingkan dengan apa yang dah kita lakuakan untuk diri kita...besar kn gap dia????
misi ramadan kita sekadar khatam al-quran, terawih, qiam...tapi misi ramadan 1435 mereka adalah kemenangan ataupun syahid!!!!

p/s: i'm talking to myself...trying to remind me myself, that i'm doing nothing right now for them...keep praying dear self...

 -nurfarosfida1012@2ndphaseoframadan:2200-