Misi Ramadhan 1435
1.
Khatam tadarus dan tadabbur Al-Quran
2.
Qiam dan terawih setiap hari
3.
Sedekah jariah, sedia juadah berbuka
Buku catatannya ditutup setelah catatan menyambut Ramadannya
itu siap ditulis. Mengharapkan Ramadan kali ini bisa menjadi yang terbaik buatnya.
“ Wawa, malam ni iftar di markaz jom. Ada ceramah sikit,
sambut Ramadan ni,” ajak Hawa Yumna, teman baik Khaulah Al-Azwar sepanjang di
bumi Mesir ini. Dia sekadar mengangguk memberi persetujuan. Ya. Namanya Khaulah
Al-Azwar. Meminjam nama srikandi berkuda misteri yang digeruni pada zaman Rasulullah
dahulu. Namun dia bukanlah seperti srikandi itu. Baru juga dia mengenal sinar
hidayah yang sebenar tatkala menjejak kaki di bumi berdebu ini. Di celah
debu-debu Mesir ini ditemukannya permata. Mengharapkan permata itu sempat digilap
sebaiknya sebelum dia kembali.
“ Jangan kita menjadi hamba Ramadan. Bulan Ramadan pulun
bersungguh kejar semua benda, habis Ramadan terkubur segala amalan macam tu je.
Jadilah hamba kepada Tuhan bulan Ramadan tu. insyaAllah habis ramadan, amalan
kita sepanjang Ramadan sebati dengan kita dan dapat diteruskan walaupun bukan
berada di bulan Ramadan. Bukan bermakna bulan Ramadan ni ibadah kita sambil
lewa. Buat ibadah dan amalan sungguh-sungguh sebab kita nakkan keberkatan Ramadan tu. Dan mungkin ini akan jadi Ramadan terakhir kita juga untuk kita
kejar segala kelebihan Ramadan yang takkan ada pada bulan-bulan yang lain.”
Zapp!!!
Bergetar jantungnya mendengar kalimah itu. “ Mungkin ini
Ramadan terakhir kita.” Khaulah Al-Azwar teringat kembali beberapa sahabat yang
dikenalinya, yang sebaya dengannya dijemput Allah sebelum sempat merasa
kenikmatan Ramadan kali ini. Alhamdulillah, dirinya masih diberi kesempatan. Moga
kesempatan ini berpanjangan sehingga ke penghujung Ramadan ini Ya Allah. Sempat
dia memanjatkan segaris doa di dalam hatinya.
“Best kan Ramadan kali ni walaupun baru first day. Tapi tak
sempat nak habiskan ramadan kat sini. Nanti kita dah nak balik malaysia,” ujar
Hawa Yumna dalam perjalanan pulang dari Masjid Ar-Rahman usai bertarawih malam
itu.
“ tak pe. Kat mana-mana pun sama ja Ramadan. Bezanya cara
kita mengimarahkan dan meraikan Ramadan tu. Kalau di Malaysia, suasananya lain.
Kalau di sini, suasananya lain. Suasana tu bagi semangat kat kita tapi jangan
pula kita down bila tak da suasana yang membangkitkan kita. Kitalah yang bawa
tanggungjawab mencetuskan suasana macam tu kat tempat kita. Am i right?”
spontan ayat itu keluar dari bibirnya menjawab kata-kata sahabatnya. Namun,
bila difikirkan semula, itulah hakikatnya. Mereka menggalas bebanan
tanggungjawab untuk muslim di Malaysia turut merasai sebgaimana yang mereka
rasai di sini. Rasa nikmatnya meraikan dan mengimarahkan Ramadan. Bukannya nikmatnya
ternanti-nanti Syawal yang akan tiba selepas Ramadan. Mereka bukan anak kecil yang
dimomokkan dengan duit raya, dengan juadah sedap tatkala berbuka, dengan baju
raya, baru mereka akan berpuasa. Mereka sudah terlebih dewasa utnutk menilai
erti dan maksud sebenar berpuasa. Walaupun berbuka hanya dengan air sejuk dan
kurma, tapi itulah bagi mereka nikmatnya Ramadan.
# # # # #
Sepuluh pertama Ramadan berlalu bersama rahmat yang
dijanjikan. Menyusul fasa pengampunan dari Allah pada pertengahannya. Dunia Islam
dikejutkan dengan serangan bertubi-tubi ke atas saudara seakidah mereka di
Gaza, Palestin.
Tidur malam Khaulah sejak mendengar khabar itu bagaikan
tidak tenang. Terasa sesuatu yang hilang daripadanya. Terasa bagai ada yang
tidak lengkap selama hidupnya. Hawa Yumna di katil sebelahnya sudah lama dibuai
mimpi setelah pulang dari masjid sebentar tadi. Jam pun sudah menginjak ke
angka 12.00, namun matanya belum mahu terpejam.
"Khaulah Al-Azwar...kau Khaulah Al-Azwar..!!” bisikan itu
menemani lenanya malam itu. Bisikan yang menyeru-nyeru namanya tanpa henti.
Khaulah al-azwar. Khaulah al-azwar. Khaulah al-azwar.
Terdengar bunyi bingit di
sekelilingnya, Khaulah Al-Azwar membuka matanya perlahan-lahan. Terkedu dia
melihat suasana di depannya. Suasana peperangan. Perang??? Semakin dia keliru. Apa
yang terjadi sebenarnya ini. Seorang anak kecil dalam lingkungan usia 10 tahun
berdiri tidak jauh darinya. Nampak comot mukanya dengan singlet nipisnya dan
seluar pendeknya. Di tangan ada plastik berisi batu. Matanya melilau seperti
mencari-cari tetapi Khaulah Al-Azwar tidak pasti sama ada kanak-kanak tiu
sedang mencari sesuatu atau lari dari sesuatu. Seketika matanya bersabung
dengan mata anak kecil itu. Dia tidak mampu mentafsir makna di sebailk sinar
mata anak itu, namun ada sesuatu yang dia faham. Pengharapan. Jelas kanak-kanak
itu mengharapkan sesuatu.
Bunyi bising dan tembakan terdengar lagi. Khaulah Al-Azwar
segera mencari tempat perlindungan tatkala melihat beberapa tentera memegang
senjata semakin menghampiri mereka. Dari jauh terlihat kereta kebal yang juga
semakin menghampiri ke arah mereka. Tapi, kanak-kanak tadi masih berdiri di
situ. Tidak berganjak walau setapak. Menggenggam plastik berisi batu. Kemas. Tanpa
gentar. Khaulah Al-Azwar cuba memanggilnya agar bersembunyi namun tidak
diendahkannya. Terus dilemparkan plastik yang digenggamnya tadi bila tentera
itu semakin dekat dengannya. Tepat mengenai seorang tentera yang berjalan ke
arahnya dan berjaya menumbangkannya. Terus tentera-tentera yang lain mengangkat
senjata dan mengacukan ke arah kanak-kanak itu. Bersedia untuk melepaskan
tembakan dan Khaulah Al-Azwar terus terkaku di situ. Bagaikan menonton drama
peperangan yang tragis.
Bang!!!
Menggeletar tubuhnya menyaksikan kanak-kanak kecil itu
ditembak tanpa teragak-agak. Tentera-tentera bersenjata itu berlalu dari situ
selepas melepaskan tembakan rambang beberapa ketika. Khaulah Al-Azwar yang
bersembunyi di balik sebuah dinding yang hampir roboh terselamat. Perlahan dihampirinya
kanak-kanak tadi. Kanak-kanak itu sekadar tersenyum kepadanya sehinggalah Khaulah Al-Azwar rapat kepadanya dan memangkunya. Perlahan wajah manis tersenyum
itu bertukar menjadi wajah sedih yang menyesal bersama tangisan yang bercampur
dengan darah.
“Kau Khaulah Al-Azwar, kenapa kau lari sembunyi? Kenapa kau
tak lawan tentera-tentera tu?” perlahan dan tersekat-sekat suara kecil itu
menyapa. Khaulah Al-Azwar terkedu lagi. Terketar-ketar bibirnya ingin menjawab
namun tiada jawapan yang pasti. Dan tika itu terdengar lagi bunyi tembakan dan
tubuhnya terasa sakit yang teramat. Terus dia rebah tanpa sempat mengetahui apa
yang sedang berlaku.
# # # # # #
“Macam mana boleh demam ni? Semalam elok je balik tarawih
semalam?” Hawa Yumna bersuara sambil tangannya mengelap tubuh Khaulah Al-Azwar.
Khaulah Al-Azwar sekadar diam. Tapi mindanya masih memikirkan mimpinya semalam.
Perlahan air matanya mengalir. Dia Khaulah Al-Azwar tapi dia tidak seberani Khaulah Al-Azwar. Dia pengecut. Saudaranya mengharapkan
dia, tapi dia terus kaku dan lari memnyelamatkan diri sendiri.
“sakit sangat ke Wawa? Sabar la ye, sakit tu boleh
menghapuskan dosa,” lembut Hawa Yumna memujuknya. Tapi bukan kerana sakit dia
menangis. Tapi kerana dia tidak mampu berbuat apa-apa sedangkan dia seorang Khaulah Al-Azwar. Dia tidak mampu berbuat apa-apa sedangkan dia seorang
muslim.dia tidak mampu berbuat apa-apa bahkan lari.
Astaghfirullah hal azim!
Astaghfirullah hal azim!
Astaghfirullah hal azim!
No comments:
Post a Comment