Wednesday, October 29, 2014

Terasa Beruntung Tapi Di Mana Syukurnya?

Dah lama menyepi, tak bermakna hati ini pun sunyi melupakan. Takkan mungkin bisa nak ditinggalkan laman ini. Andai ditinggalkan, terasa dikhianti niat asalku terhasilnya laman ini.

And again, setelah sekian lama terhenti...Bismillahirrahmanirrahim...

Here u go...
Got something from one of ceramah yang tiba-tiba baru terdetik nak dengar walhal sudah lama bersarang dalam hard disc. Ustaz mana yang menyampaikan saiya tak pasti. Tentang 5 keistimewaan menjadi umat Rasulullah.

Pernah suatu hari, Rasulullah berdukacita dan Malaikat Jibril pun turun, “ wahai Muhammad, apa yang engkau dukacitakan? Allah beri keistimewaan kepada umatmu 5 perkara :

1.       Aku mengikut persangkaan hambaKu kepadaKu

Bila kita solat, kita bersangka baik dengan Allah, solat kita Allah terima. Bila kita bertaubat, kita bersangka baik dengan Allah, taubat kita Allah terima. Bila kita berdoa, kita sangka baik dengan Allah, doa kita Allah makbulkan. Ketika seseorang hendak meninggal, dia bersangka baik dengan Allah, Allah akan ampunkan dosanya.
Orang alim, saat meningal, kita tengok dia terseksa.  Apa kita kata? Allah angkat darjat dia dari yang sedia ada.
Orang fasiq, saat meninggal dia terseksa. Respon kita? Mudah-mudahan Allah ampunkan dosanya.

Sebab tu bila kita tengok orang yang meninggal, dahinya berpeluh, kering bibirnya, berair matanya menunjukkan rahmat Allah telah turun. Berpeluh dahinya tanda dia malu kepada Allah bertemu Allah dengan membawa dosa menggunung. Tapi kerana dia pandai malu dengan dosanya, biiznillah dengan rahmat Allah, Allah ampunkan dia. Mengalir air matanya kerana takut dengan azab Allah. Maka dengan rahmat Allah juga diampunkan dosanya.

Tapi semua ni hanya alamat dari orang-orang yang berilmu dan berpengalaman. Jangan kita guna untuk menghukum orang pula.

2.       Sesiapa yang menutup aib orang Islam, Allah akan menutup aibnya di hari akhirat

Selalu kita dengar phrase ni, tapi tak sangka kan yang ni pun keistimewaan yang Allah anugerahkan kepada kita?

3.       Dosa orang-orang yang beriman itu terampun dengan menyebut kalimah ‘Laa Ilaha Illallah’

“sesiapa yang akhir kalamnya laa ilaaha illallah, akan dimasukkan ke syurga tanpa hisab”
Sebab itu disunatkan kita mengajarkan orang yang hendak meninggal supaya mengucap kalimah ini. Habis pendek, tersekat-sekat dan nak memudahkan cukuplah kalimah Allah.

4.       Taubat hamba itu diterima oleh Allah sebelum nyawa sampai di sini ( kerongkongan)

Pernah suatu hari Malaikat Jibrail turun. “ wahai Muhammad, Allah ampunkan dosa umatmu setahun sebelum dia meninggal.
“ wahai Jibril, lama sangat tempoh tu,” Rasulullah menjawab. Malaikat jibrail pun balik, tidak berapa lama kemudian turun balik, “ wahai Muhammad Allah berkirim salam kepadaMu. Allah ampunkan dosa umatmu sebulan sebelum dia meninggal.”
“ lama sangat tu wahai jibril,” Rasulullah membalas. Malaikat Jibrail pun balik dan turun semula tidak lama selepas itu, “ wahai Muhammad, Allah berkirim salam kepadamu. Allah ampunkan dosa umatmu sehari sebelum dia meninggal.”
“ wahai Jibril, itupun lama,” balas Rasulullah. Malaikat Jibrail pun balik dan tidak lama turun pula, “ Wahai Muhammad, Allah berkirim salam kepadamu. Allah ampunkan dosa umatmu satu jam sebelum dia meninggal,”
“wahai jibril, itupun lama,” baliklah jibril kemudian turun pula, “ wahai muhammad, Allah ampunkan dosa umatmu sebelum dia ‘ghar-ghar’( sebelum nyawa sampai).” Barulah Rasulullah diam menunjukkan Nabi sayang kepada kita. Sama seperti peristiwa difardukan solat semasa malam isra’ mikraj cuma berbeza Malaikat Jibril menjadi perantara.


5.       Dosa orang yang telah meninggal dunia terampun dengan doa orang-orang yang hidup

Doa untuk ibu bapa kita, doa untuk seluruh umat Islam. Jadinya bila berdoa tu, jangan selfish. Jangan doa untuk diri sendiri sja, doakan sama orang-orang lain. Mudah-mudahan bila kita mati nanti, orang yang hidup akan turut mendoakan kita.
3 amalan yang tidak terputus pahala walaupun seseorang itu sudah meninggal. Anak soleh yang mendoakan orang tuanya, ilmu yang bermanfaat dan sedekah jariah.

Apa-apapun, hanya rahmat Allah yang akan menyelamatkan kita dari azab seksaan akhirat nanti. Jangan hanya ditunggu sampai nyawa di hujung baru nak bertaubat. Kita tak tahu pengakhiran kita macam mana. Tak semua akan ikut perancangan dan plan kita. Persiapkan diri kita dari awal, kita takkan rugi. Di dunia ni lah, kita bina tempat rehat yang selesa untuk hari akhirat nanti.

Pernah diceritakan zaman Bani israel dulu, ada seorang yang beribadat di atas bukit selama 500 tahun. Dekelilingi air masin, air tawar memancar dri tmpt dia beramal, buah delima subur berbuah. Dia berdoa,” ya Allah, matikan aku semasa aku sujud.”
Di akhirat kelak, Allah perintahkan, “ masukkan dia ke syurgaKu dengan rahmatKu.” Hamba itu menolak dan meminta untuk dimasukkan ke syurga dengan amalannya. Maka Allah perintahkan malaikat menimbang amalan selama 500 tahunnya itu dengan nikmat Allah sekadar mata memandang. Ternyata rahmat dan nikmat Allah lebih berat dari amalan selama 500 tahun itu.

“ dah tu, kalau pulun sekarang pun apa gunanya? Nanti Allah timbang dengan rahmatNya tak lepas juga kita ni.”

Itulah istimewa sesiapa yang dinaungi rahmat Allah. Dan secara sunnatullahnya pun, siapa buat dia dapat. Kita sendiri pun, nak sesuatu dari mak ayah kita, kita buat baik dulu, ya tak? Macam tu jugak la kita dengan Allah. Allah bagi akal, fikirkan sebaiknya.

Allah dah bagi terlalu banyak dekat kita. Keistimewaanya menjadi umat Nabi Muhammad. Umat yang terakhir tetapi akan menjadi yang pertama dihisab di akhirat kelak sehingga Nabi Adam berkata, “untungnya menjadi umat Muhammad. Aku buat silap diusir dari syurga. Umat Muhammad buat dosa, bertaubat akan dimasukkan ke syurga. Aku berbuat dosa dan meminta ampun, taubatku diterima di Mekah. Umat Muhammad berbuat dosa, taubat mereka diterima dari mana-mana tempat. Aku berbuat dosa, tertanggal semua pakaianku. Umat Muhammad berbuat dosa, Allah tutup aib mereka sehingga hari kiamat.”

Tidakkah kita merasa beruntung menjadi umat nabi Muhammad? Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? Andai terasa beruntung, terasa istimewa, mana lafaz syukur kita? Mana bukti kesyukuran kita? Sekadar di bibir tak bermakna tanpa dizahirkan dengan pembuktian fizikal. Sekadar memenuhi tuntutan fardhi, solat...puasa...tahajud...qiam...dah cukup ke? Terima kasih kita kepada Rasulullah mana? Sunnah terbesarnya kita laksanakan tak? Apa sunnah terbesarnya? Dakwah! Sampaikan dariku walaupun sepotong ayat. Kalau nak dikeluarkan dalil-dalil dan hadis-hadis berkenaan suruhan berdakwah, i need a new post for that only. Next time biiznillah.

Sahabat and dear self, jangan hanya pandai bercakap tapi tak laksanakan. Memang! tak mudah. Sebab jalan nak ke syurga itu bukan mudah dan syurga pun bukanlah untuk orang yang bermudah-mudah di dunia. Diri sendiri pun takut nak bercakap kerana apa yang kita cakap akan Allah uji kepada kita selepas ni. Tapi tak salah kita push diri kita to be a better person, umat yang terbaik, umat yang boleh Rasulullah banggakan di hari akhirat kelak. Sama-samalah kita...

Last but not least,
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Allahumma solli ala saidina wa habibina wa maulana Muhammad.

p/s: Ayat yang saiya sendiri tidak berapa puas hati. Dont know why but can’t help for now. Ambil mana yang baik, mana yang silap perbetulkan. Sekadar berkongsi berdasarkan apa yang didengar. May Allah bless. Salam maal hijrah 1436. Doakan sama-sama.

maaf tiada gambar. line kurang tenaga skit this time.

nurfarosfida1012-29102014@08.36pm