Dah lama menyepi, tak bermakna hati ini pun sunyi melupakan.
Takkan mungkin bisa nak ditinggalkan laman ini. Andai ditinggalkan, terasa
dikhianti niat asalku terhasilnya laman ini.
And again, setelah sekian lama terhenti...Bismillahirrahmanirrahim...
Here u go...
Got something from one of ceramah yang tiba-tiba baru
terdetik nak dengar walhal sudah lama bersarang dalam hard disc. Ustaz mana
yang menyampaikan saiya tak pasti. Tentang 5 keistimewaan menjadi umat Rasulullah.
Pernah suatu hari, Rasulullah berdukacita dan Malaikat
Jibril pun turun, “ wahai Muhammad, apa yang engkau dukacitakan? Allah beri
keistimewaan kepada umatmu 5 perkara :
1. Aku mengikut persangkaan hambaKu kepadaKu
Bila kita solat, kita bersangka baik dengan
Allah, solat kita Allah terima. Bila kita bertaubat, kita bersangka baik dengan
Allah, taubat kita Allah terima. Bila kita berdoa, kita sangka baik dengan
Allah, doa kita Allah makbulkan. Ketika seseorang hendak meninggal, dia
bersangka baik dengan Allah, Allah akan ampunkan dosanya.
Orang alim, saat meningal, kita tengok dia
terseksa. Apa kita kata? Allah angkat
darjat dia dari yang sedia ada.
Orang fasiq, saat meninggal dia terseksa.
Respon kita? Mudah-mudahan Allah ampunkan dosanya.
Sebab tu bila kita tengok orang yang
meninggal, dahinya berpeluh, kering bibirnya, berair matanya menunjukkan rahmat
Allah telah turun. Berpeluh dahinya tanda dia malu kepada Allah bertemu Allah
dengan membawa dosa menggunung. Tapi kerana dia pandai malu dengan dosanya,
biiznillah dengan rahmat Allah, Allah ampunkan dia. Mengalir air matanya kerana
takut dengan azab Allah. Maka dengan rahmat Allah juga diampunkan dosanya.
Tapi semua ni hanya alamat dari orang-orang
yang berilmu dan berpengalaman. Jangan kita guna untuk menghukum orang pula.
2. Sesiapa yang menutup aib orang Islam, Allah
akan menutup aibnya di hari akhirat
Selalu kita dengar phrase ni, tapi tak
sangka kan yang ni pun keistimewaan yang Allah anugerahkan kepada kita?
3. Dosa orang-orang yang beriman itu terampun
dengan menyebut kalimah ‘Laa Ilaha Illallah’
“sesiapa yang akhir kalamnya laa ilaaha
illallah, akan dimasukkan ke syurga tanpa hisab”
Sebab itu disunatkan kita mengajarkan orang
yang hendak meninggal supaya mengucap kalimah ini. Habis pendek, tersekat-sekat
dan nak memudahkan cukuplah kalimah Allah.
4. Taubat hamba itu diterima oleh Allah
sebelum nyawa sampai di sini ( kerongkongan)
Pernah suatu hari Malaikat Jibrail turun. “
wahai Muhammad, Allah ampunkan dosa umatmu setahun sebelum dia meninggal.
“ wahai Jibril, lama sangat tempoh tu,”
Rasulullah menjawab. Malaikat jibrail pun balik, tidak berapa lama kemudian
turun balik, “ wahai Muhammad Allah berkirim salam kepadaMu. Allah ampunkan
dosa umatmu sebulan sebelum dia meninggal.”
“ lama sangat tu wahai jibril,” Rasulullah
membalas. Malaikat Jibrail pun balik dan turun semula tidak lama selepas itu, “
wahai Muhammad, Allah berkirim salam kepadamu. Allah ampunkan dosa umatmu
sehari sebelum dia meninggal.”
“ wahai Jibril, itupun lama,” balas
Rasulullah. Malaikat Jibrail pun balik dan tidak lama turun pula, “ Wahai
Muhammad, Allah berkirim salam kepadamu. Allah ampunkan dosa umatmu satu jam
sebelum dia meninggal,”
“wahai jibril, itupun lama,” baliklah
jibril kemudian turun pula, “ wahai muhammad, Allah ampunkan dosa umatmu
sebelum dia ‘ghar-ghar’( sebelum nyawa sampai).” Barulah Rasulullah diam
menunjukkan Nabi sayang kepada kita. Sama seperti peristiwa difardukan solat
semasa malam isra’ mikraj cuma berbeza Malaikat Jibril menjadi perantara.
5. Dosa orang yang telah meninggal dunia
terampun dengan doa orang-orang yang hidup
Doa untuk ibu bapa kita, doa untuk seluruh
umat Islam. Jadinya bila berdoa tu, jangan selfish. Jangan doa untuk diri
sendiri sja, doakan sama orang-orang lain. Mudah-mudahan bila kita mati nanti,
orang yang hidup akan turut mendoakan kita.
3 amalan yang tidak terputus pahala walaupun
seseorang itu sudah meninggal. Anak soleh yang mendoakan orang tuanya, ilmu
yang bermanfaat dan sedekah jariah.
Apa-apapun, hanya rahmat Allah yang akan menyelamatkan kita
dari azab seksaan akhirat nanti. Jangan hanya ditunggu sampai nyawa di hujung
baru nak bertaubat. Kita tak tahu pengakhiran kita macam mana. Tak semua akan
ikut perancangan dan plan kita. Persiapkan diri kita dari awal, kita takkan
rugi. Di dunia ni lah, kita bina tempat rehat yang selesa untuk hari akhirat
nanti.
Pernah diceritakan
zaman Bani israel dulu, ada seorang yang beribadat di atas bukit selama 500
tahun. Dekelilingi air masin, air tawar memancar dri tmpt dia beramal, buah
delima subur berbuah. Dia berdoa,” ya Allah, matikan aku semasa aku sujud.”
Di akhirat kelak,
Allah perintahkan, “ masukkan dia ke syurgaKu dengan rahmatKu.” Hamba itu
menolak dan meminta untuk dimasukkan ke syurga dengan amalannya. Maka Allah
perintahkan malaikat menimbang amalan selama 500 tahunnya itu dengan nikmat
Allah sekadar mata memandang. Ternyata rahmat dan nikmat Allah lebih berat dari
amalan selama 500 tahun itu.
“ dah tu, kalau pulun
sekarang pun apa gunanya? Nanti Allah timbang dengan rahmatNya tak lepas juga
kita ni.”
Itulah istimewa sesiapa yang dinaungi rahmat Allah. Dan secara
sunnatullahnya pun, siapa buat dia dapat. Kita sendiri pun, nak sesuatu dari
mak ayah kita, kita buat baik dulu, ya tak? Macam tu jugak la kita dengan
Allah. Allah bagi akal, fikirkan sebaiknya.
Allah dah bagi terlalu banyak dekat kita. Keistimewaanya
menjadi umat Nabi Muhammad. Umat yang terakhir tetapi akan menjadi yang pertama
dihisab di akhirat kelak sehingga Nabi Adam berkata, “untungnya menjadi umat
Muhammad. Aku buat silap diusir dari syurga. Umat Muhammad buat dosa, bertaubat
akan dimasukkan ke syurga. Aku berbuat dosa dan meminta ampun, taubatku
diterima di Mekah. Umat Muhammad berbuat dosa, taubat mereka diterima dari
mana-mana tempat. Aku berbuat dosa, tertanggal semua pakaianku. Umat Muhammad
berbuat dosa, Allah tutup aib mereka sehingga hari kiamat.”
Tidakkah kita merasa beruntung menjadi umat nabi Muhammad?
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? Andai terasa beruntung,
terasa istimewa, mana lafaz syukur kita? Mana bukti kesyukuran kita? Sekadar di
bibir tak bermakna tanpa dizahirkan dengan pembuktian fizikal. Sekadar memenuhi
tuntutan fardhi, solat...puasa...tahajud...qiam...dah cukup ke? Terima kasih
kita kepada Rasulullah mana? Sunnah terbesarnya kita laksanakan tak? Apa sunnah
terbesarnya? Dakwah! Sampaikan dariku walaupun sepotong ayat. Kalau nak dikeluarkan
dalil-dalil dan hadis-hadis berkenaan suruhan berdakwah, i need a new post for
that only. Next time biiznillah.
Sahabat and dear self, jangan hanya pandai bercakap tapi tak
laksanakan. Memang! tak mudah. Sebab jalan nak ke syurga itu bukan mudah dan syurga pun bukanlah untuk orang yang bermudah-mudah di dunia. Diri sendiri pun takut nak bercakap kerana apa yang kita cakap akan
Allah uji kepada kita selepas ni. Tapi tak salah kita push diri kita to be a
better person, umat yang terbaik, umat yang boleh Rasulullah banggakan di hari
akhirat kelak. Sama-samalah kita...
Last but not least,
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Allahumma solli ala saidina wa habibina wa maulana Muhammad.
p/s: Ayat yang saiya sendiri tidak berapa puas hati. Dont
know why but can’t help for now. Ambil mana yang baik, mana yang silap
perbetulkan. Sekadar berkongsi berdasarkan apa yang didengar. May Allah bless.
Salam maal hijrah 1436. Doakan sama-sama.
maaf tiada gambar. line kurang tenaga skit this time.
maaf tiada gambar. line kurang tenaga skit this time.
nurfarosfida1012-29102014@08.36pm
No comments:
Post a Comment