Saturday, January 11, 2014

roda kehidupan impian....

“ bila kita berada di atas, jangan kita lupa untuk melihat ke bawah,
 Kerana dari situ asalnya kita.
Bila kita berada di bawah, jangan kita malu untuk mendongak ke atas,
 Kerana dari situ kita sedar bahawa luasnya rahmat dan nikmat Allah.”


                Kata2 ni diinspirasikan dari abah soulmate saiya ^_^, disampaikan kepada saiya dan diedit sikit menjadi sedap bagi jiwa ini.

Menyedarkan diri dan memuhasabah jiwa bahawa semua yang kita rasakan menjadi milik kita hakikatnya bukan milik kita...hakikatnya tiada apa yang menjadi milik kita hatta diri ini sekalipun...segalanya hanya milikNya...

Tatkala berada di atas, jangan kita mendabik dada, mengorak langkah penuh bangga...kerana kita takkan sedar ada halangan di depan kita yang bisa menyungkurkan kita menyembah bumi dalam sekelip mata...

                Berada di atas dalam konteks yang ingin dimaksudkan ini bukan sekadar menjadi pemimpin atau berjaya..luaskan skop pemikiran kita...sebarang kelebihan walau sedikit pun dah menjadikan kita tinggi sikit jika dibandingkan dengan hamba Allah yang lain. Muhasabah diri balik dearest friends and dearest soul of mine. Andai ada yang memuji, don’t just simply say, “ x da la,”; “ biasa ja,”..instead of saying that...jom ubah yang lagi comel, “semuanya dari Allah dan akan kembali padaNya,”; kerana hakikatnya apa yang kita rasakan menjadi milik kita sebenarnya hanya pinjamanNya termasuklah ahli keluarga, harta and etc yang kita takkan mampu hitung.
                Oleh itu, apa yang kita impikan tak menjadi milik kita, jangan bersedih kerana ssemuanya milik Allah dan Dia berhak mengurniakan kepada sesiapa yang Dia nak. Redhalah...syukurlah kerana apa yang telah kita miliki  sekarang sudah lebih dari cukup  yang hakikatnya semuanya pinjaman dan pada saat kita kembali padaNya, semua ni akan dipersoalkan balik. Ke arah mana kita gunakan? Bagaimana kita manfaatkan? So, sedar ke belum? Yang apa yang kita ada sekarang ni sebenarnya amanah dan tanggungjawab. Jadikan semua yang kita ada sebagai platform mendekat padaNya. Manfaat sebaiknya demi meraih redhaNya.


                Dan ingatlah, suatu saat kita jatuh, jangan terus menyimpuh diri di bawah. Berusahalah untuk kembali bangkit. Muhasabah! Apa sebab kita jatuh? Apa sebab kita lemah? Apa yang menghalang kita dari bangkit semula dan maju ke hadapan? Masih adakah urusan kita yang belum selesai yang menghalang dan mengepung diri kita dari terus bangkit dan melangkah? Jangan terus menyalahkan halangan di depan yang menyebabkan kita jatuh sebaliknya muhasabah diri kenapa tak siapkan diri menghadapi cabaran itu? Mungkinkah kita terlalu laju mengorak langkah memanjat ke atas sehingga kita lupa bahawa dahan yang kita pegang sebenarnya rapuh? Tempat kita berpijak sebenarnya tak kukuh?
Mungkin juga semuanya telah kita jaga namun Allah sayang lebih. Dia hadirkan ujian dan tak Dia biarkan kita senang2 dapatakn sesuatu yang kita nak. Tak semudah tu Dia limpahkan kita dengan kesenangan, dibiarkan kita bersusah agar kita lebih menghargai sesuatu...

Biarlah seketika kita di bawah, tapi jangan malu untuk mendongak ke atas kerana matlamat dan impian yang ingin kita capai itu masih jauh dan terlalu tinggi. Perjalanan dan pengorbanan yang perit menjadi mahar untuk mencapai kejayaan yang kita impikan itu.

Saat jiwa terasa lelah, kaki lenguh melangkah, tangan sudah penat mencengkam, memanjat dan mendaki, berhentilah seketika...renung kembali ke belakang, lihatlah betapa panjangnya perjalanan yang kita dah tempuh dan berpa banyak pengorbanan yang telah kita lakukann. Semua yang di belakang tu dah berjaya kita tempuh dan lalui. Then, pandang depan semula, dongak ke atas. Perhatikan perjalanan yang bakalkita tempuh dan perhatikanlah langit yang luas terbentang. Luasnya rahmat dan nikmatNya, x terbanding dengan perjalanan singkat kita di persinggahan sementara ini. Mohon kekuatan seteguh gunung yang tak tergugah dengan ribut yang melanda. Minta ketenangan seluas langit yang membiru dan sedamai bayu yang menghembus lembut. Pinta bantuan dari Allah sebagaimana Dia telah membantu hambaNya yang lain. Hembus nafas...bersama segalan keperitan dan kepayahan dan hiruplah udara baru yang penuh ketenangan dan kedamaian. Moga Allah permudahkan kita menuju ke puncak kejayaan di dunia dan akhirat kelak.




            Hidup ni ibarat roda. kadang di atas dan ada saat kita di bawah. Tetaplah teguh...meski badai melanda, kerana perjalanan hidup ni x semudah yang dirancang, dan pasti perancangan Allah yang terbaik. Tatkala langkah telah bermula, teruskan cita hingga hujung nyawa. Kerana di akhir nanti, bahagia menanti. Tidak di dunia, pastinya yang abadi di akhirat.



p/s : Islam seperti roda. maka berputarlah kamu bersama Islam saat ia berputar. 
       menangnya Islam nanti, pastikan kita merupakan salah seorang penyumbangnya. 
       keep strong, keep smiling ^_^


~nurfarosfida1012@11012014.1.28pm~

                

Tuesday, January 7, 2014

ujian Allah tanda Dia RINDU...


“ Jom makan anak-anak!” laung ummi a.k.a Zai, salah seorang ahli bait Jannah. Nama manja untuk ahli bait ni memang pelik dari yang biasa dengar. Imah dipanggil ammi. Irah dapat mama. Dan Aisyah digelar ibu. Rumah ini ahlinya lebih suka panggil rumah ibu-ibu tunggal. Kenapa? Mungkin nak bagi lagi matang. InsyaAllah.

 Dan tak seperti selalu, Aisyah diam ketika makan bersama. Walaupun makan setalam, saling menyuap, tapi mindanya tidak di situ. Jiwanya kosong tanpa rasa. Sunyi. Ahli bait yang lain kecoh bercerita. Maklumlah, imtihan makin dekat. Selain makan dan solat, masing-masing akan berada di bilik. Spesifik lagi atas katil berkelubung selimut. Ujian di musim peperiksaan pertengahan di sini, sejuknya alam setia menemani.

Usai makan, Aisyah menawarkan diri membersihkan dapur. Ahli bait yang lain terus kembali ke tempat masing-masing, meneruskan usaha demi imtihan. Pada Zai, Imah dan Irah, Aisyah nampak biasa. Mungkin kerana sikap matang yang selalu terlihat orang padanya menyebabkan mereka tak sedar Aisyah sedang berperang. Berperang dengan rasa. Rasa futur, rasa lemah, rasa ingin berputus asa.

Matanya mula berair. Menanti masa menitis dan merembes. Jiwanya berbicara antara dua rasa.

“ aku tak kuat. Ini bukan jalan yang sepatutnya aku ambil. Aku tak mampu untuk meneruskan. Andai aku mampu untuk kembali, sudah lama aku kembali memilih. Yang pasti bukan bidang ini.”

“ Aisyah, yakinkan diri. Ini memang bukan pilihanmu, tapi pilihan Allah untukmu. Tetap kuat dan sabar wahai diri. Ummah perlukan kamu di bidang ini. Dan yang pasti, kamu perlukan Allah di sisi juga hatimu.”

“ tapi, aku tak rasa aku mampu. Rasa berat sangat kat jiwa ni. Tengok kawan-kawan lain, aku jealous. Aku tak rasa aku mampu jadi sehebat mereka dalam bidang ini. Yang lain memang minat mereka di bidang ini. Tapi aku? Berat rasanya nak meneruskan, tapi untuk berpatah balik pun aku tak mampu.”

Airmata mula mengalir.

Imannya yang tipis kembali memujuk.

“ kau kena yakin, Allah tak lorongkan kau kat jalan ni melainkan ini yang terbaik untuk kau. Kita rasa kita tak kuat, tapi tak rasa ka ni la caranya Allah nak kuatkan kita. Banyak ayat-ayat Allah yang tak perlu nak mention, memang kau boleh recall sendiri apa yang dah tahu tu. Yakinlah dengan perancangan Allah. Dia hadirkan rasa ni supaya kau kembali sujud padaNya. Meminta kekuatan dariNya kerana hanya Dia yang mampu dan berkuasa.”


Hatinya masih berbolak-balik. Namun dipaksakan kakinya melangkah ke bilik air, berwudhu’ dan menghadap Ilahi. Niatnya Cuma satu. Ingin mengadu, menangis dan meminta padaNya.

Zahratul Aisyah merintih dalam sujudnya yang terakhir. Airmatanya setia di pipi seawal takbiratul ihramnya sehingga sujudnya yang terakhir ini.

“ Allah...Engkau maha Tahu keadaan dan rasa hatiku ini. Kuatkan aku Ya Allah, yakinkan aku ini pilihanMu yang terbaik untukku. Aku tak mampu bersendiri ya Allah, aku tak mampu meluahkan pada mereka, namun aku yakinkan hati juga diri, Engkau lebih tahu, Engkau lebih memahami. Maka Ya Allah, pinjamkan aku sedikit kekuatan ya Allah...untuk aku meneruskan jalan yang Kau pilihkan untuk aku, untuk terus istiqamah dengan segala yang baik, untuk aku bangun malam bertemuMu, untuk aku berubah menjadi yang lebih baik. Bantu aku ya Allah, kuatkan aku ya Allah. Sungguh, aku takkan mampu tanpaMu.”

Jiwanya merintih dan menangis. Matanya pedih kerana menangis. Namun airmata itu tak mampu dihentikan, kerana saat ini jiwanya benar-benar lemah. Benar, Allah ingin Aisyah kembali padaNya.

Teringat Aisyah saat dia menceritakan resahnya ini kepada seorang sahabat rapatnya. Jawapan sahabtnya itu terasa menamparnya seketika.

“ hari ni berapa kali enti selawat? Last tahajud bila dear?”

Pendek tapi terasa akan kelalaian dirinya sendiri.

“ Allah ingin mendidik aku menjadi lebih baik, lebih kuat, lebih tabah dan pastinya lebih dekat denganNya.”

Bibir tersenyum nipis namun air mata tetap begitu. Aisyah hanya membiarkan saja.

“ air mata ini menjadi saksi dan bukti, aku curahkan semuanyya pada Allah. Air mata ini hanya Dia yang melihatnya. Takkan ku biarkan insan lain melihatnya. Kerana aku lemah bukan kerana mereka. Aku lemah kerana aku jauh dariNya, dan aku akan kuat hanya bila aku kembali padaNya.”

Malamnya, tidur Aisyah bertemankan airmata. Juga seuntai doa mohon dikuatkan diri dan hatinya. Terlena dia dalam airmata dengan harapan esoknya bahagia menanti.




                #                             #                             #                             #                              #

Semua orang pasti pernah rasa begini. Dan penting untuk kita sentiasa motivate diri balik supaya kita tak jatuh dan futur. Keep motivated, for Allah is always by your side.

Dan ayat-ayat pujukan Allah telah lama tertulis dalam lembaran Al-Quran.

“ dan Kami teguhkan hati mereka ketika mereka berdiri lalu mereka berkata, “ Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi;...” ( 18:14 )

-          * Allah akan bantu kalau kita sendiri yang berusaha. Allah akan bantu. Pasti!

“ dan janganlah kamu (merasa) lemah dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu beriman” (3:139)

-          * Sifat mukmin takkan bersedih meskipun kecewa dan diuji. Kenapa? Kerana dia yakin Allah setia bersamanya dan sedang mengaturkan yang terbaik buatnya.

“ dan berjihadlah kamu ke jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia tidak akan menjadikan kesukaran untukmu dalam agama....” ( 22:78 )

            * Bila Allah pilih kita untuk sesuatu perkara, maksudnya memang kita mampu. Allah takkan bagi yang kita tak mampu. Dan sememangnya Allah telah katakan yang kehidupan ni takkan mudah, tapi Allah janji Dia akan bersama kita. So, jangan takut! Kita ada Allah.



-       #bicarazahratulaisyah#

Tatkala diuji, jangan cepat melatah, jangan cepat bersedih. Tapi muhasabah diri dan fikir kembali. Allah uji tanda Dia sayang dan peduli. Tanda Dia rindu untuk kita kembali padaNya dan mengadu padaNya...ingat! ujian Allah tanda sayang dan rinduNya. Maka beruntunglah orang-orang yang diuji.

^_^ especially ujian hati dan rasa, it’s complicated but still...keep smiling J


~nurfarosfida1012@07012014.6.36pm~