“ Jom makan anak-anak!” laung ummi a.k.a Zai, salah seorang
ahli bait Jannah. Nama manja untuk ahli bait ni memang pelik dari yang biasa
dengar. Imah dipanggil ammi. Irah dapat mama. Dan Aisyah digelar ibu. Rumah ini
ahlinya lebih suka panggil rumah ibu-ibu tunggal. Kenapa? Mungkin nak bagi lagi
matang. InsyaAllah.
Dan tak seperti
selalu, Aisyah diam ketika makan bersama. Walaupun makan setalam, saling
menyuap, tapi mindanya tidak di situ. Jiwanya kosong tanpa rasa. Sunyi. Ahli bait
yang lain kecoh bercerita. Maklumlah, imtihan makin dekat. Selain makan dan
solat, masing-masing akan berada di bilik. Spesifik lagi atas katil berkelubung
selimut. Ujian di musim peperiksaan pertengahan di sini, sejuknya alam setia menemani.
Usai makan, Aisyah menawarkan diri membersihkan dapur. Ahli
bait yang lain terus kembali ke tempat masing-masing, meneruskan usaha demi
imtihan. Pada Zai, Imah dan Irah, Aisyah nampak biasa. Mungkin kerana sikap
matang yang selalu terlihat orang padanya menyebabkan mereka tak sedar Aisyah
sedang berperang. Berperang dengan rasa. Rasa futur, rasa lemah, rasa ingin
berputus asa.
Matanya mula berair. Menanti masa menitis dan merembes.
Jiwanya berbicara antara dua rasa.
“ aku tak kuat. Ini bukan jalan yang sepatutnya aku ambil.
Aku tak mampu untuk meneruskan. Andai aku mampu untuk kembali, sudah lama aku
kembali memilih. Yang pasti bukan bidang ini.”
“ Aisyah, yakinkan diri. Ini memang bukan pilihanmu, tapi
pilihan Allah untukmu. Tetap kuat dan sabar wahai diri. Ummah perlukan kamu di
bidang ini. Dan yang pasti, kamu perlukan Allah di sisi juga hatimu.”
“ tapi, aku tak rasa aku mampu. Rasa berat sangat kat jiwa
ni. Tengok kawan-kawan lain, aku jealous. Aku tak rasa aku mampu jadi sehebat
mereka dalam bidang ini. Yang lain memang minat mereka di bidang ini. Tapi aku?
Berat rasanya nak meneruskan, tapi untuk berpatah balik pun aku tak mampu.”
Airmata mula mengalir.
Imannya yang tipis kembali memujuk.
“ kau kena yakin, Allah tak lorongkan kau kat jalan ni
melainkan ini yang terbaik untuk kau. Kita rasa kita tak kuat, tapi tak rasa ka
ni la caranya Allah nak kuatkan kita. Banyak ayat-ayat Allah yang tak perlu nak
mention, memang kau boleh recall sendiri apa yang dah tahu tu. Yakinlah dengan
perancangan Allah. Dia hadirkan rasa ni supaya kau kembali sujud padaNya.
Meminta kekuatan dariNya kerana hanya Dia yang mampu dan berkuasa.”
Hatinya masih berbolak-balik. Namun dipaksakan kakinya
melangkah ke bilik air, berwudhu’ dan menghadap Ilahi. Niatnya Cuma satu. Ingin
mengadu, menangis dan meminta padaNya.
Zahratul Aisyah merintih dalam sujudnya yang terakhir.
Airmatanya setia di pipi seawal takbiratul ihramnya sehingga sujudnya yang
terakhir ini.
“ Allah...Engkau maha Tahu keadaan dan rasa hatiku ini.
Kuatkan aku Ya Allah, yakinkan aku ini pilihanMu yang terbaik untukku. Aku tak
mampu bersendiri ya Allah, aku tak mampu meluahkan pada mereka, namun aku
yakinkan hati juga diri, Engkau lebih tahu, Engkau lebih memahami. Maka Ya
Allah, pinjamkan aku sedikit kekuatan ya Allah...untuk aku meneruskan jalan yang
Kau pilihkan untuk aku, untuk terus istiqamah dengan segala yang baik, untuk
aku bangun malam bertemuMu, untuk aku berubah menjadi yang lebih baik. Bantu
aku ya Allah, kuatkan aku ya Allah. Sungguh, aku takkan mampu tanpaMu.”
Jiwanya merintih dan menangis. Matanya pedih kerana
menangis. Namun airmata itu tak mampu dihentikan, kerana saat ini jiwanya
benar-benar lemah. Benar, Allah ingin Aisyah kembali padaNya.
Teringat Aisyah saat dia menceritakan resahnya ini kepada
seorang sahabat rapatnya. Jawapan sahabtnya itu terasa menamparnya seketika.
“ hari ni berapa kali enti selawat? Last tahajud bila dear?”
Pendek tapi terasa akan kelalaian dirinya sendiri.
“ Allah ingin mendidik aku menjadi lebih baik, lebih kuat,
lebih tabah dan pastinya lebih dekat denganNya.”
Bibir tersenyum nipis namun air mata tetap begitu. Aisyah
hanya membiarkan saja.
“ air mata ini menjadi saksi dan bukti, aku curahkan
semuanyya pada Allah. Air mata ini hanya Dia yang melihatnya. Takkan ku biarkan
insan lain melihatnya. Kerana aku lemah bukan kerana mereka. Aku lemah kerana
aku jauh dariNya, dan aku akan kuat hanya bila aku kembali padaNya.”
Malamnya, tidur Aisyah bertemankan airmata. Juga seuntai doa
mohon dikuatkan diri dan hatinya. Terlena dia dalam airmata dengan harapan
esoknya bahagia menanti.
# # # # #
Semua orang pasti
pernah rasa begini. Dan penting untuk kita sentiasa motivate diri balik supaya
kita tak jatuh dan futur. Keep motivated, for Allah is always by your side.
Dan ayat-ayat pujukan
Allah telah lama tertulis dalam lembaran Al-Quran.
“ dan Kami teguhkan hati mereka ketika mereka berdiri lalu mereka
berkata, “ Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi;...” ( 18:14 )
- * Allah akan
bantu kalau kita sendiri yang berusaha. Allah akan bantu. Pasti!
“ dan janganlah kamu (merasa) lemah dan jangan (pula) bersedih hati, sebab
kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu beriman” (3:139)
- * Sifat
mukmin takkan bersedih meskipun kecewa dan diuji. Kenapa? Kerana dia yakin
Allah setia bersamanya dan sedang mengaturkan yang terbaik buatnya.
“ dan berjihadlah kamu ke jalan Allah dengan jihad yang
sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia tidak akan menjadikan
kesukaran untukmu dalam agama....” ( 22:78 )
* Bila Allah pilih kita untuk sesuatu perkara, maksudnya memang kita mampu. Allah takkan bagi yang kita tak mampu. Dan sememangnya Allah telah katakan yang kehidupan ni takkan mudah, tapi Allah janji Dia akan bersama kita. So, jangan takut! Kita ada Allah.
- #bicarazahratulaisyah#
Tatkala diuji, jangan cepat melatah, jangan cepat bersedih. Tapi muhasabah diri dan fikir kembali. Allah uji tanda Dia sayang dan peduli. Tanda Dia rindu untuk kita kembali padaNya dan mengadu padaNya...ingat! ujian Allah tanda sayang dan rinduNya. Maka beruntunglah orang-orang yang diuji.
^_^ especially ujian hati dan rasa, it’s complicated but still...keep smiling J
~nurfarosfida1012@07012014.6.36pm~
No comments:
Post a Comment