Saturday, January 11, 2014

roda kehidupan impian....

“ bila kita berada di atas, jangan kita lupa untuk melihat ke bawah,
 Kerana dari situ asalnya kita.
Bila kita berada di bawah, jangan kita malu untuk mendongak ke atas,
 Kerana dari situ kita sedar bahawa luasnya rahmat dan nikmat Allah.”


                Kata2 ni diinspirasikan dari abah soulmate saiya ^_^, disampaikan kepada saiya dan diedit sikit menjadi sedap bagi jiwa ini.

Menyedarkan diri dan memuhasabah jiwa bahawa semua yang kita rasakan menjadi milik kita hakikatnya bukan milik kita...hakikatnya tiada apa yang menjadi milik kita hatta diri ini sekalipun...segalanya hanya milikNya...

Tatkala berada di atas, jangan kita mendabik dada, mengorak langkah penuh bangga...kerana kita takkan sedar ada halangan di depan kita yang bisa menyungkurkan kita menyembah bumi dalam sekelip mata...

                Berada di atas dalam konteks yang ingin dimaksudkan ini bukan sekadar menjadi pemimpin atau berjaya..luaskan skop pemikiran kita...sebarang kelebihan walau sedikit pun dah menjadikan kita tinggi sikit jika dibandingkan dengan hamba Allah yang lain. Muhasabah diri balik dearest friends and dearest soul of mine. Andai ada yang memuji, don’t just simply say, “ x da la,”; “ biasa ja,”..instead of saying that...jom ubah yang lagi comel, “semuanya dari Allah dan akan kembali padaNya,”; kerana hakikatnya apa yang kita rasakan menjadi milik kita sebenarnya hanya pinjamanNya termasuklah ahli keluarga, harta and etc yang kita takkan mampu hitung.
                Oleh itu, apa yang kita impikan tak menjadi milik kita, jangan bersedih kerana ssemuanya milik Allah dan Dia berhak mengurniakan kepada sesiapa yang Dia nak. Redhalah...syukurlah kerana apa yang telah kita miliki  sekarang sudah lebih dari cukup  yang hakikatnya semuanya pinjaman dan pada saat kita kembali padaNya, semua ni akan dipersoalkan balik. Ke arah mana kita gunakan? Bagaimana kita manfaatkan? So, sedar ke belum? Yang apa yang kita ada sekarang ni sebenarnya amanah dan tanggungjawab. Jadikan semua yang kita ada sebagai platform mendekat padaNya. Manfaat sebaiknya demi meraih redhaNya.


                Dan ingatlah, suatu saat kita jatuh, jangan terus menyimpuh diri di bawah. Berusahalah untuk kembali bangkit. Muhasabah! Apa sebab kita jatuh? Apa sebab kita lemah? Apa yang menghalang kita dari bangkit semula dan maju ke hadapan? Masih adakah urusan kita yang belum selesai yang menghalang dan mengepung diri kita dari terus bangkit dan melangkah? Jangan terus menyalahkan halangan di depan yang menyebabkan kita jatuh sebaliknya muhasabah diri kenapa tak siapkan diri menghadapi cabaran itu? Mungkinkah kita terlalu laju mengorak langkah memanjat ke atas sehingga kita lupa bahawa dahan yang kita pegang sebenarnya rapuh? Tempat kita berpijak sebenarnya tak kukuh?
Mungkin juga semuanya telah kita jaga namun Allah sayang lebih. Dia hadirkan ujian dan tak Dia biarkan kita senang2 dapatakn sesuatu yang kita nak. Tak semudah tu Dia limpahkan kita dengan kesenangan, dibiarkan kita bersusah agar kita lebih menghargai sesuatu...

Biarlah seketika kita di bawah, tapi jangan malu untuk mendongak ke atas kerana matlamat dan impian yang ingin kita capai itu masih jauh dan terlalu tinggi. Perjalanan dan pengorbanan yang perit menjadi mahar untuk mencapai kejayaan yang kita impikan itu.

Saat jiwa terasa lelah, kaki lenguh melangkah, tangan sudah penat mencengkam, memanjat dan mendaki, berhentilah seketika...renung kembali ke belakang, lihatlah betapa panjangnya perjalanan yang kita dah tempuh dan berpa banyak pengorbanan yang telah kita lakukann. Semua yang di belakang tu dah berjaya kita tempuh dan lalui. Then, pandang depan semula, dongak ke atas. Perhatikan perjalanan yang bakalkita tempuh dan perhatikanlah langit yang luas terbentang. Luasnya rahmat dan nikmatNya, x terbanding dengan perjalanan singkat kita di persinggahan sementara ini. Mohon kekuatan seteguh gunung yang tak tergugah dengan ribut yang melanda. Minta ketenangan seluas langit yang membiru dan sedamai bayu yang menghembus lembut. Pinta bantuan dari Allah sebagaimana Dia telah membantu hambaNya yang lain. Hembus nafas...bersama segalan keperitan dan kepayahan dan hiruplah udara baru yang penuh ketenangan dan kedamaian. Moga Allah permudahkan kita menuju ke puncak kejayaan di dunia dan akhirat kelak.




            Hidup ni ibarat roda. kadang di atas dan ada saat kita di bawah. Tetaplah teguh...meski badai melanda, kerana perjalanan hidup ni x semudah yang dirancang, dan pasti perancangan Allah yang terbaik. Tatkala langkah telah bermula, teruskan cita hingga hujung nyawa. Kerana di akhir nanti, bahagia menanti. Tidak di dunia, pastinya yang abadi di akhirat.



p/s : Islam seperti roda. maka berputarlah kamu bersama Islam saat ia berputar. 
       menangnya Islam nanti, pastikan kita merupakan salah seorang penyumbangnya. 
       keep strong, keep smiling ^_^


~nurfarosfida1012@11012014.1.28pm~

                

No comments:

Post a Comment