Tuesday, February 25, 2014

see...? saiya budak baru belajar...T.T...

first, sorry sangat2...ada yg tersilap info...mungkin cerita lebih kurang tapi still x sedap hati kalau x perbetulkan...
berkenaan post #usharr surat cinta tu...tadabbur surat al-hujurat...
bila belek balik, ushar plak dalam tafseer ibn kathir...cerita hampir sma tapi x tepat sangat...
so, second saiya pastekan kt sini...tapi in english la...
sorry again...

here, versi tafseer ibn kathir:

ayat 1.

-`Ali bin Abi Talhah reported that Ibn `Abbas, may Allah be pleased with him,
                                                        [لاَ تُقَدِّمُواْ بَيْنَ يَدَىِ اللَّهِ وَرَسُولهِِ]
(Make not (a decision) in advance before Allah and His Messenger,) 
"Do not say anything that contradicts the Qur'an and Sunnah.'' Qatadah commented, "We were told that some people used to say, `Revelation should be sent down about such and such matters,' and, `such and
such practices should be rendered allowed.' Allah the Exalted disliked this attitude.

ayat 2-3

Allah the Exalted is teaching the believers that they should not raise their voices above the voice of the Prophet . It was stated that this Ayah was revealed about Abu Bakr and `Umar. Al-Bukhari recorded that Ibn Abi Mulaykah said, "The two righteous ones, Abu Bakr and `Umar, almost earned destruction when they raised their voices before the Prophet who was receiving the delegation of Bani Tamim. One of them
recommended Al-Aqra` bin Habis the member of the Banu Mujashi` while the other
recommended another man. Nafi` (a subnarrator) said: "I don't remember his name.'' Abu
Bakr said to `Umar, `You only wanted to contradict me,' while `Umar said, `I did not intend
to contradict you.' Their voices then became loud, thereupon Allah the Exalted sent down this
Ayah.

In another
narration collected by Al-Bukhari, he said that a delegation from the tribe of Banu Tamim
came to the Prophet and that Abu Bakr recommended Al-Qa`qa` bin Ma`bad to be appointed
as their leader, while `Umar recommended Al-Aqra` bin Habis. Muslim did not collect this
narration.

Abdullah bin Az-Zubayr said, "After that, `Umar's voice was so low that the
Messenger of Allah had to ask him to repeat what he said so that he could understand what he
was saying to him.

ayat 4-5

It was reported that this Ayah was revealed about Al-Aqra` bin Habis At-Tamimi, may Allah be pleased with him, according to more than one source. Imam Ahmad recorded that Al-Aqra` bin Habis said that he called the Messenger of Allah from behind his dwellings, saying, "O Muhammad! O Muhammad!'' "O Allah's Messenger!'' according to another narration, but the Messenger did not answer him, Al-Aqra`
said, "O Allah's Messenger.

insyaAllah versi ni lebih diyakini berbanding cerita saiya sebelum ni. maaf lagi, apa2 lagi yang silap atau ada info yang lagi tepat, mohon tegur dan betulkan...syukran kathir...

p/s: nak menulis kena lagi banyak membaca dan meneroka. jangan bergantung hanya kepada yang ada, tapi carilah yang lain untuk menyempurnakan / mengukuhkan  yang ada.... :) -muhasabahdiri-

~nurfarosfida1012@25022014:3.57pm~

Sunday, February 23, 2014

what is in our HEARTS???



Balik dari arabic class, x da la arabic sangat. Banyak jalan dari class. Sebab class cancel...huhuhu...T.T...arabic class on the street ja la...


Terkesan bila dengar islamic english song yang satu ni...dari sedare zain bikha...every single words dalam lagu dia ni sangat bermakna bagi saiya...memang suka lagu ni sebab lyrics dia...


kita buat summary sikit berdasarkan lagu ni....


faham x? hihihi...ni note saiya...nak lagi cun,buat la sendiri...
bila kita mengucapkan kalimah syahadah...automatically hidup kita wajib berpandukan al-quran dan as-sunnah...
bila kita jalani hidup sebagaimana yang digariskan dalam al-quran dan sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah dalam hadith baginda, kita akan tenang...
sebab apa???
sebab hati kita dipenuhi dengan sifat2 terpuji yang patut dimiliki oleh seorang muslim...
hati yang ikhlas
hati yang penuh dengan mahabbah
hati yang kuat dan tabah
hati yang jujur dan x menipu
hati yang buat apa yang betul
(betul = ikut al-quran dan hadith)

kita bentuk hati kita sejak awal...sebab bila kita semakin dewasa, semakin meningkat usia, semakin terdedah dengan dunia yang macam2 sekarang ni...kita akan tahu...kita akan rasa...ada individu2 di sekeliling kita yang akan cuba jatuhkan kita, untuk kepentingan sendiri...jadi kita kena kuat...untuk beraksi sebagai jundullah yang nak menegakkan agama Allah...hati kita kena penuh dengan sifat2 yang mulia. sifat2 yang Allah suka...dengan itu, kita x kan gentar, x kan takut, dan x kan mundur...sebab jiwa kita besar, hati kita kuat...dan yang pasti...Allah ada bersama kita bila keyakinan kita pasakkan teguh dalam jiwa dan hati kita...


dan pastinya Allah akan lihat kepada amal kita dan kepada apa yang kita niatkan dalam hati. hatta sebesar biji sawi sekalipun Allah akan nilai. ini janji Allah dan Allah adalah yang paling menepati janji.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda,
"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."

(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)

so, Allah bagi pilihan...macam mana kita nak corakkan hati kita, kita yang pilih...hati kita ni center dalam badan...baik hati, baik semua and vice versa. so, dalam mendidik orang, didiklah juga hati sendiri. kerana kitalah jundullah...akhawat srikandi besi bakal bidadari di syurgaNya...ikhwah tentera al-fateh memburu syahid di jalanNya...
dan akhir sekali, andai x mampu lagi untuk mengangkat senjata mahupun pena, angkatlah diri untuk bangun malam mohon kekuatan dariNya....


 

p/s : - masih juga dalam proses mendidik hati, menguatkan diri untuk menjadi muttaqeen dan juga mujahideen, mengangkat pena juga senjata...sama2 yuk! tanam cintaNya, kejar redhaNya, buru syahid dan syurgaNya...:)

~nurfarosfida1012@23022014:8.43pm~




Usharr SURAT CINTA yuk!!!


# al-hujurat : 1-5 #

Maksud

1.       Wahai orang2 yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar; lagi Maha Mengetahui.
2.       Wahai orang2 yang beriman! Janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu menyaringkan suara (dengan lantang) semasa bercakap dengannya sebagaimana setengah kamu menyaringkan suaranya semasa bercakap dengan setengahnya yang lain. (Larangan yang demikian) supaya amal2 kamu tidak hapus pahalanya, sedang kamu tidak menyedarinya.
3.       Sesungguhnya orang2 yang merendahkan suaranya semasa mereka berada di sisi Rasulullah s.a.w, - merekalah orang2 yang telah dibersihkan Allah hati mereka untuk bertaqwa; mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.
4.       Sesungguhnya orang2 yang memanggilmu dari luar bilik2 (tempat ahlimu, wahai Muhammad), kebanyakan mereka tidak mengerti (adab dan tata tertib).
5.       Dan kalaulah mereka bersabar menunggu sehingga engkau keluar menemui mereka, tentulah cara yang demikian lebih baik bagi mereka; dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Kisah

·         Terdapat pelbagai riwayat, tapi kite x cerita semua la, kite cerita salah satu je ye...

Ayat 1 :
Dikisahkan sekumpulan daripada bani Tamim datang untuk berjumpa Rasulullah untuk berbaiah selepas daripada peristiwa Fathu Makkah. Kebiasaannya Rasulullah akan melantik seorang dari kalangan mereka sebagai ketua untuk berbaiah. Di sini, berlaku pertelingkahan kecil diantara sahabat Rasulullah iaitu Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar. Kedua sahabat ini mempunyai pilihan masing2 yang diyakini akan dipilih oleh Rasulullah sebagai ketua. Ketika itu, Rasulullah masih belum keluar bertemu dengan kumpulan bani Tamim ini. Justeru, Allah menurunkan ayat ini menegur sahabat supaya tidak membuat keputusan sebelum diputuskan oleh Allah dan RasulNya.

Ayat 2 & 3 :

Dikisahkan hal ini berlaku pada zaman Saidina Umar r.a. berlaku pergaduhan antara dua orang berdekatan makam Rasulullah. Lalu kedua orang ini ditegur oleh Saidina Umar dengan mengatakan sekalipun Rasulullah sudah wafat, adab dengan Rasulullah wajib terus dijaga.
Apatah lagi saat mereka di sisi Rasulullah. Begitulah juga dengan kita,sekalipun tidak pernah bertemu Rasulullah, bukan bermakna kita terlepas. Adab itu sangat tinggi nilainya apatah lagi bila menyebut berkenaan adab dengan baginda Rasulullah s.a.w.

Ayat 4 & 5 :
Diceritakan selepas peristiwa Fathu Makkah, Rasulullah sedang berehat di dalam rumah Baginda. Datang dua orang arab badwi yang ingin bertemu dengan Rasulullah. Kita mengetahui bahawa sikap arab badwi ini selalunya kasar. Dan apabila memanggil Rasulullah yang sedang berehat di dalam rumah, terlihat tidak beradab. Dan seharusnya mereka lebih memilih untuk bersabar sehingga Rasulullah keluar bertemu mereka.

Ayat ini juga boleh dikatakan ayat pujukan Allah terhadap Rasulullah dengan ucapan “kebanyakan mereka tidak mengerti”. Dan kedatangan Rasulullah sendiri adalah untuk menyempurnakan akhlak.


Dihighlightkan di sini frasa SABAR. Dah tulis before, sabar is the key.
Sabar atas kejahatan orang atas kita.
Sabar atas ujian Allah
Sabar atas kesulitan yang berlaku.
Sabar. Sabar. Sabar. Keep it in your heart.

Ibrah luar dari ayat.
~ Dengan tadabbur kita belajar tentang :
·         * Sirah
·         * Akhlak / adab
·         *Tajwid
·         * Bahasa
·         * Hukum
·         * Etc

=  al-quran itu sememangnya panduan hidup yang lengkap. Dan telah Allah nyatakan bahawa, orang yang akan dapat keuntungannya adalah golongan yang berfikir – ULUL ALBAB.
So, yuk jadi golongan ulul albab. Yang berfikir tentang setiap yang berlaku dan mengambil ibrah. Bukan sekadar berfikir tapi mengambil ibrah dari setiap yang berlaku. Dan bukan juga berfikir tentang zat Allah, tapi berfikir tentang ciptaan dan kejadian yang berlaku. Sangat rugi andai kita lahir dalam nikmat terbesar, tapi kita x hargai dan manfaatkan sebaiknya nikmat yang Allah kurniakan ini padahal kita boleh dapat input yang sangat sangat sangat banyak - x terhitung - yang kita boleh dapat. And pastikan outputnya pun ada... :P






Moga Allah bantu, moga Allah redha...



P/s : - ready untuk arabic class through Quran plak jom! :) 
        - macam selalu, mana betul ambil, mana salah tegur...:)
  
~nurfarosfida1012@23022014:1.40pm~
  

Thursday, February 20, 2014

Muslimah : SRIKANDI di dunia, BIDADARI di syurga...


Fuh...fuh...fuh...gagau2 tangan buang sarang lelabah...tiup2 debu yang melekat tu....lama gilerr x share something kt sini...padahal banyak je dapat...tamak n sombong betul la, dapat tapi x nak share...then, here u go...
Wanna share something from what i got, tapi banyak benda nak cerita ni so kita buat berperingkat ea...share satu-satu....hadam dulu, then kita share lagi...


# 1 : di sebalik surah an-nur #

Imam mujahid meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w pernah bersbda yang bermaksud:
“ ajarkan anak2 lelaki kamu surah al-maidah dan ajarkan anak2 perempuan kamu surah an-nur”

Dapat dari perkongsian di satu program dari kakak yang memang cukup disegani and sekarang tengah ambil master...moga sukses selalu ye akak...
Kite cerita sikit2 berdasarkan note kecik kite je ye...mana yang silap betulkan ye...

Perkongsian ini berpandukan buku “ tafsir surah an-nur” karya sheikh abu al-‘alaa al-maududi.

Pertama sekali mengapa dinamakan surah ni dengan surah an-nur???
Sekali dengar, macam sinonim dengan wanita. Boleh jadi. Tapi berdasarkan buku ni, dinamakan surah an-nur kerana ayat yang terdapt di dalamnya. Ayat ke-35 yang berbunyi “Allahu nurussamawati wal ardh” : Allah yang menerangi langit dan bumi.
Berkenaan bila diturunkan terdapat khilaf sama ada surah an-nur atau surah al-ahzab yang diturunkan terlebih dahulu kerana didalam keduanya terdapat suruhan berkenaan mengenakan hijab. Tapi, pendapat yang paling rajih (disepakati) ialah surah an-nur diturunkan dahulu dan perintah berhijab dalam surah al-ahzab adalah untuk melengkapkan lagi suruhan berhijab dalam surah an-nur. ^_^



Antara kandungan dalam surah an-nur yang kite nak highlightkan and ceritakan di sini adalah berkenaan hadith al-ifki.
Dah nama tajuk pun pasal muslimah, srikandi, bidadari...so, kite nak fokus ke arah itu la ye.

Kisahnya....
Ketika itu, saidatina Aisyah berusia 14 tahun. Menjadi kebiasaan Rasulullah untuk menbawa salah seorang isterinya ketika bermusafir. Ketika ini rombongan Islam baru pulang dari peperangan bani mustholak. Peperangan ini adalah antara peperangan kecil yang berlaku pada zaman Rasulullah. Dalam perang ini, golongan munafiq turut menyertai kerana yakin bahawa islam akan menang, tidak akan terkorban dan akan mendapat harta ghanimah.

Dikatakan dalam perjalanan pulang, saidatina Aisyah ingin menunaikan hajat. Setelah kembali dari menunaikan hajat, Saidatina Aisyah tersedar bahawa kalungnya tercicir. Dikatakan juga kalung itu dipinjamnya dari saudaranya, Saidatina Asma’. Saidatina Aisyah turun kembali untuk mencari kalung dan tidak menyedari bahawa rombongan Islam berangkat tanpanya.

Saat Saidatina Aisyah berehat sambil menunggu sekiranya rombongan Islam akan kembali setelah memyedari ketiadaannya, lalulah seorang sahabat iaitu Sofwan bin Mu’attor. Sofwan mempersilakan Saidatina Aisyah untuk menaiki unta dan ditarik oleh Sofwan. Tatkala sampai ke kota, hal ini dilihat oleh orang munafiq dan mereka cuba untuk mencari point untuk melagakan antara kaum muhajirin dan ansar. Golongan munafiq ini diketuai oleh Abdullah bin Ubai lalu menyebarkan fitnah tentang isteri dan sahabat Rasulullah ini.

Antara faktor yang menyebabkan peristiwa ini semakin merebak dan meluas adalah kerana terdapat individu-individu mukmin yang turut menyokong hal ini. Mereka ialah :
1) Hassan bin Tsabit yang dikatakan iri dengan kelebihan yang diperoleh oleh Sofwan bin Mu’attor.
2) Hamnah binti Jahsy yang merupakan saudara kepada Saidatina Zainab binti Jahsy, isteri Nabi. Motifnya adalah untuk membantu saudaranya tapi tidak diketahui oleh Zainab binti Jahsy ini. Kisah perkahwinan Zainab binti Jahsy dengan Rasulullah disebut dalam surah al ahzab di mana Zainab merupakan janda kepada anak angkat Rasulullah iaitu Zaid bin Haritsah.
3) Mistah bin Usasah yang merupakan antara orang yang dijaga oleh Saidina Abu Bakar sendiri tetapi tiada motif baginya membenarkan peristiwa ini.

Rasulullah sendiri sangat terkesan dengan peristiwa ini dan bertanyakan pendapat banyak pihak termasuk Saidina Ali, Saidina Usamah bin Zaid dan Saidatina Zainab sendiri. Apabila Rasulullah bertanyakan kepada Saidatina Aisyah sendiri dan menyuruhnya bertaubat andai Saidatina Aisyah bersalah, Saidatina Aisyah dengan lantang dan tegas membela dirinya.

Selepas hampir sebulan peristiwa ini berlaku, turunlah wahyu Allah yang membersihkan Saidatina Aisyah daripada tuduhan jahat ini. Dan tiga orang mukmin tadi dijatuhkan hukuman qazaf dan kemudian diseru sekaliannya supaya berbaik-baik semula dan jangan diasingkan atau dipulaukan.

Banyak pengajaran yang kita dapat kutip dari sini. Antara point penting yang dapat ialah “sabar is the key”. Jika kita di pihak yang benar, maka yakinlah pertolongan Allah akan muncul juga. Dan jangan kita mudah percaya cakap orang tanpa diselidiki kesahihannnya. Beware of what you heard and what you wanna spread.




“ usah ditanyakan mengapa lewatnya turun wahyu itu,
bagi membuktikan kepalsuan tuduhan seorang pendusta...
Tapi lihatlah hikmahnya di sebalik tiap kejadian yang telah berlaku,
Tuhan tidak akan pernah mempersia-sia ketabahan seorang insan
dalam mengharungi arus kehidupan yang penuh mehnah ujian.”
                                                                                                    ~hijjaz~




p/s : - ejaan2 kat atas ni berdasarkan sebutan, dalam mr.lappy kite x da font jawi, kalalu ada lagi cun la kan? :(
        - macam biasa, saiya budak baru belajar, ambil mana yang betul, tegur mana yang salah, :)

~nurfarosfida1012@20022014-10.10pm~