Thursday, February 20, 2014

Muslimah : SRIKANDI di dunia, BIDADARI di syurga...


Fuh...fuh...fuh...gagau2 tangan buang sarang lelabah...tiup2 debu yang melekat tu....lama gilerr x share something kt sini...padahal banyak je dapat...tamak n sombong betul la, dapat tapi x nak share...then, here u go...
Wanna share something from what i got, tapi banyak benda nak cerita ni so kita buat berperingkat ea...share satu-satu....hadam dulu, then kita share lagi...


# 1 : di sebalik surah an-nur #

Imam mujahid meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w pernah bersbda yang bermaksud:
“ ajarkan anak2 lelaki kamu surah al-maidah dan ajarkan anak2 perempuan kamu surah an-nur”

Dapat dari perkongsian di satu program dari kakak yang memang cukup disegani and sekarang tengah ambil master...moga sukses selalu ye akak...
Kite cerita sikit2 berdasarkan note kecik kite je ye...mana yang silap betulkan ye...

Perkongsian ini berpandukan buku “ tafsir surah an-nur” karya sheikh abu al-‘alaa al-maududi.

Pertama sekali mengapa dinamakan surah ni dengan surah an-nur???
Sekali dengar, macam sinonim dengan wanita. Boleh jadi. Tapi berdasarkan buku ni, dinamakan surah an-nur kerana ayat yang terdapt di dalamnya. Ayat ke-35 yang berbunyi “Allahu nurussamawati wal ardh” : Allah yang menerangi langit dan bumi.
Berkenaan bila diturunkan terdapat khilaf sama ada surah an-nur atau surah al-ahzab yang diturunkan terlebih dahulu kerana didalam keduanya terdapat suruhan berkenaan mengenakan hijab. Tapi, pendapat yang paling rajih (disepakati) ialah surah an-nur diturunkan dahulu dan perintah berhijab dalam surah al-ahzab adalah untuk melengkapkan lagi suruhan berhijab dalam surah an-nur. ^_^



Antara kandungan dalam surah an-nur yang kite nak highlightkan and ceritakan di sini adalah berkenaan hadith al-ifki.
Dah nama tajuk pun pasal muslimah, srikandi, bidadari...so, kite nak fokus ke arah itu la ye.

Kisahnya....
Ketika itu, saidatina Aisyah berusia 14 tahun. Menjadi kebiasaan Rasulullah untuk menbawa salah seorang isterinya ketika bermusafir. Ketika ini rombongan Islam baru pulang dari peperangan bani mustholak. Peperangan ini adalah antara peperangan kecil yang berlaku pada zaman Rasulullah. Dalam perang ini, golongan munafiq turut menyertai kerana yakin bahawa islam akan menang, tidak akan terkorban dan akan mendapat harta ghanimah.

Dikatakan dalam perjalanan pulang, saidatina Aisyah ingin menunaikan hajat. Setelah kembali dari menunaikan hajat, Saidatina Aisyah tersedar bahawa kalungnya tercicir. Dikatakan juga kalung itu dipinjamnya dari saudaranya, Saidatina Asma’. Saidatina Aisyah turun kembali untuk mencari kalung dan tidak menyedari bahawa rombongan Islam berangkat tanpanya.

Saat Saidatina Aisyah berehat sambil menunggu sekiranya rombongan Islam akan kembali setelah memyedari ketiadaannya, lalulah seorang sahabat iaitu Sofwan bin Mu’attor. Sofwan mempersilakan Saidatina Aisyah untuk menaiki unta dan ditarik oleh Sofwan. Tatkala sampai ke kota, hal ini dilihat oleh orang munafiq dan mereka cuba untuk mencari point untuk melagakan antara kaum muhajirin dan ansar. Golongan munafiq ini diketuai oleh Abdullah bin Ubai lalu menyebarkan fitnah tentang isteri dan sahabat Rasulullah ini.

Antara faktor yang menyebabkan peristiwa ini semakin merebak dan meluas adalah kerana terdapat individu-individu mukmin yang turut menyokong hal ini. Mereka ialah :
1) Hassan bin Tsabit yang dikatakan iri dengan kelebihan yang diperoleh oleh Sofwan bin Mu’attor.
2) Hamnah binti Jahsy yang merupakan saudara kepada Saidatina Zainab binti Jahsy, isteri Nabi. Motifnya adalah untuk membantu saudaranya tapi tidak diketahui oleh Zainab binti Jahsy ini. Kisah perkahwinan Zainab binti Jahsy dengan Rasulullah disebut dalam surah al ahzab di mana Zainab merupakan janda kepada anak angkat Rasulullah iaitu Zaid bin Haritsah.
3) Mistah bin Usasah yang merupakan antara orang yang dijaga oleh Saidina Abu Bakar sendiri tetapi tiada motif baginya membenarkan peristiwa ini.

Rasulullah sendiri sangat terkesan dengan peristiwa ini dan bertanyakan pendapat banyak pihak termasuk Saidina Ali, Saidina Usamah bin Zaid dan Saidatina Zainab sendiri. Apabila Rasulullah bertanyakan kepada Saidatina Aisyah sendiri dan menyuruhnya bertaubat andai Saidatina Aisyah bersalah, Saidatina Aisyah dengan lantang dan tegas membela dirinya.

Selepas hampir sebulan peristiwa ini berlaku, turunlah wahyu Allah yang membersihkan Saidatina Aisyah daripada tuduhan jahat ini. Dan tiga orang mukmin tadi dijatuhkan hukuman qazaf dan kemudian diseru sekaliannya supaya berbaik-baik semula dan jangan diasingkan atau dipulaukan.

Banyak pengajaran yang kita dapat kutip dari sini. Antara point penting yang dapat ialah “sabar is the key”. Jika kita di pihak yang benar, maka yakinlah pertolongan Allah akan muncul juga. Dan jangan kita mudah percaya cakap orang tanpa diselidiki kesahihannnya. Beware of what you heard and what you wanna spread.




“ usah ditanyakan mengapa lewatnya turun wahyu itu,
bagi membuktikan kepalsuan tuduhan seorang pendusta...
Tapi lihatlah hikmahnya di sebalik tiap kejadian yang telah berlaku,
Tuhan tidak akan pernah mempersia-sia ketabahan seorang insan
dalam mengharungi arus kehidupan yang penuh mehnah ujian.”
                                                                                                    ~hijjaz~




p/s : - ejaan2 kat atas ni berdasarkan sebutan, dalam mr.lappy kite x da font jawi, kalalu ada lagi cun la kan? :(
        - macam biasa, saiya budak baru belajar, ambil mana yang betul, tegur mana yang salah, :)

~nurfarosfida1012@20022014-10.10pm~

No comments:

Post a Comment