Sunday, February 23, 2014

Usharr SURAT CINTA yuk!!!


# al-hujurat : 1-5 #

Maksud

1.       Wahai orang2 yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar; lagi Maha Mengetahui.
2.       Wahai orang2 yang beriman! Janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu menyaringkan suara (dengan lantang) semasa bercakap dengannya sebagaimana setengah kamu menyaringkan suaranya semasa bercakap dengan setengahnya yang lain. (Larangan yang demikian) supaya amal2 kamu tidak hapus pahalanya, sedang kamu tidak menyedarinya.
3.       Sesungguhnya orang2 yang merendahkan suaranya semasa mereka berada di sisi Rasulullah s.a.w, - merekalah orang2 yang telah dibersihkan Allah hati mereka untuk bertaqwa; mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.
4.       Sesungguhnya orang2 yang memanggilmu dari luar bilik2 (tempat ahlimu, wahai Muhammad), kebanyakan mereka tidak mengerti (adab dan tata tertib).
5.       Dan kalaulah mereka bersabar menunggu sehingga engkau keluar menemui mereka, tentulah cara yang demikian lebih baik bagi mereka; dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Kisah

·         Terdapat pelbagai riwayat, tapi kite x cerita semua la, kite cerita salah satu je ye...

Ayat 1 :
Dikisahkan sekumpulan daripada bani Tamim datang untuk berjumpa Rasulullah untuk berbaiah selepas daripada peristiwa Fathu Makkah. Kebiasaannya Rasulullah akan melantik seorang dari kalangan mereka sebagai ketua untuk berbaiah. Di sini, berlaku pertelingkahan kecil diantara sahabat Rasulullah iaitu Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar. Kedua sahabat ini mempunyai pilihan masing2 yang diyakini akan dipilih oleh Rasulullah sebagai ketua. Ketika itu, Rasulullah masih belum keluar bertemu dengan kumpulan bani Tamim ini. Justeru, Allah menurunkan ayat ini menegur sahabat supaya tidak membuat keputusan sebelum diputuskan oleh Allah dan RasulNya.

Ayat 2 & 3 :

Dikisahkan hal ini berlaku pada zaman Saidina Umar r.a. berlaku pergaduhan antara dua orang berdekatan makam Rasulullah. Lalu kedua orang ini ditegur oleh Saidina Umar dengan mengatakan sekalipun Rasulullah sudah wafat, adab dengan Rasulullah wajib terus dijaga.
Apatah lagi saat mereka di sisi Rasulullah. Begitulah juga dengan kita,sekalipun tidak pernah bertemu Rasulullah, bukan bermakna kita terlepas. Adab itu sangat tinggi nilainya apatah lagi bila menyebut berkenaan adab dengan baginda Rasulullah s.a.w.

Ayat 4 & 5 :
Diceritakan selepas peristiwa Fathu Makkah, Rasulullah sedang berehat di dalam rumah Baginda. Datang dua orang arab badwi yang ingin bertemu dengan Rasulullah. Kita mengetahui bahawa sikap arab badwi ini selalunya kasar. Dan apabila memanggil Rasulullah yang sedang berehat di dalam rumah, terlihat tidak beradab. Dan seharusnya mereka lebih memilih untuk bersabar sehingga Rasulullah keluar bertemu mereka.

Ayat ini juga boleh dikatakan ayat pujukan Allah terhadap Rasulullah dengan ucapan “kebanyakan mereka tidak mengerti”. Dan kedatangan Rasulullah sendiri adalah untuk menyempurnakan akhlak.


Dihighlightkan di sini frasa SABAR. Dah tulis before, sabar is the key.
Sabar atas kejahatan orang atas kita.
Sabar atas ujian Allah
Sabar atas kesulitan yang berlaku.
Sabar. Sabar. Sabar. Keep it in your heart.

Ibrah luar dari ayat.
~ Dengan tadabbur kita belajar tentang :
·         * Sirah
·         * Akhlak / adab
·         *Tajwid
·         * Bahasa
·         * Hukum
·         * Etc

=  al-quran itu sememangnya panduan hidup yang lengkap. Dan telah Allah nyatakan bahawa, orang yang akan dapat keuntungannya adalah golongan yang berfikir – ULUL ALBAB.
So, yuk jadi golongan ulul albab. Yang berfikir tentang setiap yang berlaku dan mengambil ibrah. Bukan sekadar berfikir tapi mengambil ibrah dari setiap yang berlaku. Dan bukan juga berfikir tentang zat Allah, tapi berfikir tentang ciptaan dan kejadian yang berlaku. Sangat rugi andai kita lahir dalam nikmat terbesar, tapi kita x hargai dan manfaatkan sebaiknya nikmat yang Allah kurniakan ini padahal kita boleh dapat input yang sangat sangat sangat banyak - x terhitung - yang kita boleh dapat. And pastikan outputnya pun ada... :P






Moga Allah bantu, moga Allah redha...



P/s : - ready untuk arabic class through Quran plak jom! :) 
        - macam selalu, mana betul ambil, mana salah tegur...:)
  
~nurfarosfida1012@23022014:1.40pm~
  

No comments:

Post a Comment