Siti Khadijah
~InTeam
Kaulah lambang cinta
sejati
Serikandi pertama
tika Islam bermula
Hatimu menyalakan
keyakinan
Hartamu membuktikan
pengorbanan
Rasul keseorangan
engkaulah teman
Dia tersisih
engkau memilihnya
Dia terbuang
engkau menyayanginya
Kerna iman kau
sanggup berjuang
Siti Khadijah
namamu indah
Qudwah hasanah
tauladan ummh
Tika Rasul
terpinggir engkaulah insan terhampir
Siti Khadijah
mujahidah solehah
Agung jasamu di
persada sejarah
Pemergianmu ditangisi
Nabi
Sehingga kini
tiada pengganti
Sunyi jalan
menuju Allah
Menggamit hati
mencari teman
Indah jalan
menuju Allah
Jika teman
seperti Khadijah
Masih ada lagi
Boring-boring semalam teringat chat
dengan bidadari bumi syam melalui Whatsapp beberapa hari lepas.
“you,
i teringin nak menulis tapi i idea kering la you. You ada idea x?”
“i
pun x da idea la. You nak tulis pasal apa?”
“tak
kisah ja apa2 pun, asal yang boleh sentuh hati pembaca and yang boleh top up
saham akhirat i nanti,”
“you
tulis la pasal ciri-ciri wanita syurga,”
“hmmm,
boleh juga tu. Cuma i kena kaji lebih la sikit. Dalam kepala i nak tulis cerita
pasal bidadari bumi syam la,” sengih je sambil jawab.
Inspired
from that chat, i wondering around my house searching for some books that can
help me. Found one. “ Great Women Of
Islam” by Mahmood Ahmad Ghadanfar. This book
written in English. Dengan istilah2 yang agak sukar nak diterjemahkan kalau
guna kamus dwibahasa oxford fajar tu. Eh, iya ka? Ke awak tu yang malas buka
kamus tu? *grin*
Nak
jadi penulis, x boleh nak malas2 mencari rujukan. Apa yang kita nak sampaikan
kita kena mesyi betul dulu. Self reminder.
About
that book, ceritanya berkenaan sahabat2 serikandi zaman Rasulullah dulu. And first
great women yang diceritakan adalah wanita agung kerinduan dan kecintaan
Rasulullah. As in the lyric i wrote above. Saidatina
Khadija bint Khawaylid radhiallahu anha.
Jom kita telusuri sejarahnya. Bagaimana kisah hidupnya? Bagaimana akhlaknya? Sehingga beliau dirindui Rasulullah biarpun beliau sudah meniggal dan Rasulullah sendiri didampingi isteri2 Baginda yang lain.
Jom kita telusuri sejarahnya. Bagaimana kisah hidupnya? Bagaimana akhlaknya? Sehingga beliau dirindui Rasulullah biarpun beliau sudah meniggal dan Rasulullah sendiri didampingi isteri2 Baginda yang lain.
Salam
Allah buat wanita mulia
Narrated Abu
Hurairah r.a : Jibril (Gabriel) came to the Prophet SAW and said, “O Allah’s
Messenger! This is Khadija, coming to you with a dish having meat soup (or some
food or drink). When she reaches you, greet her on behalf of her Lord (Allah)
and on my behalf, and give her the glad tidings of having a palace made of
Qasab in Paradise, wherein there will be neither any noise nor any toil
(fatigue,trouble, etc.).” –Al-Bukhari-
Kemuliaannya
dan pengorbanannya menyebabkan Allah memuliakan beliau dengan salam yang dikirimkan
melalui utusanNya, Malaikat Jibril.
Beliau
wanita pertama yang dimuliakan sedemikian.
Beliau
wanita pertama yang diangkat darjat menjadi pendamping hidup Rasulullah yang
selama hayatnya Rasulullah tidak berkahwin lain.
Lebih
24 tahun mendampingi Rasulullah dengan segala ketaatan dan pengorbanan.
Beliau
antara yang paling awal menerima ajaran Islam.
Di
rumahnya Rasulullah menerima wahyu dari Allah.
Tidak
putus menenangkan Baginda, menyokong dan mendokong Baginda, membantu Baginda
sehingga saat diambil nyawa si isteri, luluh hati sang suami.
Keistimewaan
Khadijah
Beliau
menjadi ibu kepada wanita pertama di syurga (First Lady of Paradise), Saidatina
Fatimah. Nenda kepada kesayangan Rasulullah, Saidina Hasan dan Saidina Hussain.
‘Abdullah
bin ‘Abbas menceritakan, suatu hari Rasulullah melukis empat garisan lalu
bertanya kepada para sahabat apakah maksudnya. Sahabat menjawab, “ engkau lebih
mengetahui wahai Rasulullah.” Rasulullah kemudian memberitahu mereka, “ Empat
garisan ini mewakili empat wanita agung di semesta ini. Mereka adalah Khadijah bint Khawaylid, Fatimah bint Muhammad, Maryam bint Imran
(ibu kepada Nabi Isa a.s) dan Asiah bint
Muzahim (isteri kepada Firaun).
Kecintaan
Rasulullah
‘Aishah
r.a narrates that whenever the Prophet SAW talked about Khadijah r.a, it was in
terms of highest praise. One day, her innate feminine envy overtook her sense
of decorum and she spoke in disparaging terms to her, wondering why the Prophet
SAW missed her when he was blessed with a better, younger wife by Allah SWT. This
dipleased him, but forbearing as he was, he just sighed and answered,
“
I have not yet found a better wife than her. She had faith in me when everyone,
even members of my own family and tribe did not believe me, and accepted that I
was truly a Prophet and a Messenger of Allah SWT. She converted to Islam, spent
all hier wealth and worldly goods to help me spread this faith, and this too at
a time when entire world seemes to have turned against me and persecuted me. And
it is through her that Allah SWT blessed me with children.”
![]() |
sekadar gambar hiasan |
Truly
deep. Thought that if i translated this into my own words, the feeling won’t be
the same.
Ayat
yang membuatkan hati jadi sebak, jiwa terasa sesak, mata terasa kesat berair. Begitu
Rasulullah sangat menyayangi dan menghargai wanita ini. T.T
Kisah
hidupnya
Dilahirkan
di kota
Makkah
pada tahun 556
Masihi.
Ibunya Fatimah bint Za’ed dan
ayahnya, Khawaylid bin Asad
merupakan ketua yang ternama dalam puak kabilah Quraish dan usahawan terkemuka
yang meninggal dalam peperangan Fujjar.
Beliau
dibesarkan dengan segala kemewahan sebelum berkahwin dengan Abu Halah Malek bin Nabash bin Zarrarah bin
AT-Tamimi dan dikurniakan dua orang anak, Halah dan Hind.
Selepas
kematian suami pertamanya, beliau kemudiannya menikahi ‘Atique bin ‘Aith bin ‘Abdullah Al-Makhzomi dan dikurniakan anak
perempuan bernama Hindah. Pernikahan
kedua ini juga tidak bertahan lama selepas mereka kemudiannya berpisah.
Selepas
dua perkahwinan ini, beliau lebih menumpukan kepada perniagaan yang diwarisi
dari ayahandanya. Prinsip dan sikap yang diamalkan membuatkan perniagaannya
menjadi sangat maju dan terkenal di serata pelusuk dunia. Dari sinilah
bermulanya perkenalan antara Rasulullah dan Saidatina Khadijah. Rasulullah
diupah untuk membawa dagangan beliau dengan ditemani pembantunya, Maisarah.
Peristiwa
yang berlaku sepanjang perjalanan Rasulullah dan Maisarah diceritakan kepada
Saidatina Khadijah selepas saja mereka pulang. Dari situ, Allah bibitkan rasa
mahabbah dalam hati Khadijah terhadap Rasulullah.
Namun,
beliau masih ragu-ragu memikirkan status, umurnya dan juga perbezaan antara
beliau dan Rasulullah.
Mimpi
Saidatina Khadijah
Suatu
malam, beliau bermimpi mentari yang sangat bersinar turun dari syurga ke
halaman rumahnya, menerangi segenap ruang rumahnya. Mimpi ini diceritakan
kepada sepupunya yang ahli dalam mentafsir mimpi dan sangat dikenali
keilmuannya, Waraqah bin Nofal. Saat
mendengar cerita beliau, Waraqah bin Nofal tersenyum lalu berkata,
“ don’t worry,
as this is the promising dream. The glorious sun you saw descending into your
courtyard indicated that the Prophet SAW whose advent had been predicted in the
Torah and the Injil was to grace your home and you would gain from his presence
in your life.”
Selepas
mendengar penerangan sepupunya itu, bertambahlah keyakinan beliau untuk
menikahi Rasulullah. Namun, beliau masih tidak tahu bagaimana untuk
menyampaikannya kepada Rasulullah.
Pinangan
dari Nafeesah bint Manbah.
Nafeesah bint
Manbah
adalah teman rapat beliau yang membantu beliau menyampaikan niat hatinya kepada
Rasulullah.
Nafeesah
bint Manbah bertemu Rasulullah lalu menanyakan kepada Baginda setelah meminta
izin, “apa yang menyebabkan engkau belum berkahwin, wahai Muhammad?” Rasulullah
menjawab bahawa Baginda tidak mempunyai sumber kewangan. Lalu ditanya lagi
Rasulullah, “ada seorang wanita cantik
yang berketurunan mulia dan kaya ingin menikahimu. Mahukah kamu menerimanya?”
Selepas
mengetahui identiti wanita yang dimaksudkan oleh Nafeesah bint Mabah itu,
Rasulullah bersetuju untuk menikahi Saidatina Khadijah.
Selepas
itu, Rasulullah diwakili bapa saudaranya Saidina
Hamzah r.a dan Abu Talib bertemu
dengan bapa saudara Saidatina Khadijah, ‘Umar
bin Asad membawa pinangan kepada Saidatina Khadijah.
Setelah
ditetapkan tarikh maka berlangsunglah majlis pernikahan keduanya.
Anak-anak
dari pernikahan suci
Hasil
perkahwinan ini, Allah merahmati mereka dengan dikurniakan enam orang anak; 2
orang lelaki dan 4 orang perempuan.
![]() |
sekadar gambar hiasan |
Anak
lelaki sulung Baginda, Qasim dan
dari situ Rasulullah dikenali dengan gelaran Abu Qasim.
Anak
lelaki kedua, ‘Abdullah yang turut
digelar Tahir (yg suci) atau Tayyab ( yg baik).
Kedua-dua
mereka meninggal ketika masih kecil sehingga golongan musyrikin berasa gembira
dengan ketiadaan waris Rasulullah untuk menyambung tugasan Baginda.
Anak
perempuan pasangan ini adalah Zainab,
Ruqayyah, Umm Khulthom dan Fatimah. Keempat-empat mereka turut serta dalam
peristiwa Hijrah bersama-sama dengan Rasulullah. Zainab berkahwin dengan Abul ‘Aas
bin Rabee’ah dan Ruqayyah berkahwin dengan Saidina Uthman ra. Selepas Ruqayyah
meninggal, Saidina Uthman berkahwin pula dengan Umm Kulthom. Fatimah pula
berkahwin dengan Saidina ‘Ali bin Abi Talib. Kesemua anak perempuannya kecuali
Fatimah meninggal semasa hayat Rasulullah kecuali Fatimah yang meninggal enam
bulan selepas kewafatan Rasulullah.
Pelukan
penenang sang isteri
Rasulullah
sering bersendirian di Gua Hira untuk mencari ketenangan. Saat Jibril turun
mengajarkan kepada Rasulullah wahyu yang pertama, menggigil ketakutan
Rasulullah. Baginda pulang ke rumah dengan berpeluh dan menggigil. Si isterilah
yang menenangkan Baginda. Mengusap lembut belakang Baginda dengan kata-kata
yang menenangkan jiwa Rasulullah. Setelah tenang, Baginda menceritakan
peristiwa di Gua Hira kepada isterinya.
Sang
isteri tenang memujuk suami bahawa Allah tidak akan meninggalkan Baginda dan
tidak pula akan membiarkan Baginda tanpa pertolongan.
Saidatina
Khadijah kemudiannya membawa Rasulullah bertemu Waraqah bin Nofal yang
kemudiannya memberitakan tentang Malaikat Jibril dan kenabiannya serta
halangan-halangan yang bakal ditempuhi Baginda kelak. “A Prophet is
never honored in his own land.” Ayat ini memberitahu bahawa itu adalah perkara
biasa yang bakal ditempuhi oleh Baginda dan telah pun ditempuhi oleh Nabi-Nabi
sebelumnya.
Pemergiannya
tiada pengganti
Saidatina
Khadijah wafat 3 tahun sebelum peristiwa Hijrah pada umur 65 tahun. Pengurusan jenazah
wanita ini disempurnakan sendiri oleh Rasulullah.
Setelah
kewafatan Saidatina Khadijah, Rasulullah amat berdukacita tetapi Baginda tidak
pernah melupakan wanita agung ini.
Seorang
sahabat meriwayatkan, sekiranya ada hadiah yang diterimanya, Baginda akan
segera menghantar hadiah itu kepada seorang wanita yang menjadi teman Saidatina
Khadijah.
Saidatina
Aishah juga mengatakan, sekiranya ada kambing yang disembelih, Baginda akan
menghantar sebahagian daging itu kepada sahabat Saidatina Khadijah.
Saidatina
Aishah juga mengatakan bahawa beliau tidak pernah merasa cemburu kepada
mana-mana isteri Rasulullah melainkan Saidatina Khadijah.
Bagaimana
kita?
Menyoroti kisah hidup wanita mulia kecintaan
Rasulullah ini buat jiwa ini kacau, galau, sebak, takjub, kagum, juga cemburu.
Wanita
hebat ini dimuliakan kerana pengorbanan dan kesetiaannya terhadap Nabi dan
membantu perjuangan Rasulullah dari setiap sudut yang boleh. Bezanya dengan
kita, banyak sudut yang kita bisa sumbangkan untuk perjuangan ini tapi sekadar
mana kesanggupan kita berkorban? Jauh sekali diri kerdil kita ini dibandingkan
dengan serikandi hebat ini.
Ambil
masa sikit untuk plan balik masa depan kita. Wanita macam mana kita nak jadi
dan apa perlu kita buat towards that mission? Agak sukar, namun Allah ada. Sucikan
niat di hati, moga Allah bantu kita. Jika mereka boleh menyumbang menyebarkan
Islam, kita sambutlah, sambunglah perjuangan mempertahankan keizzahan Islam
pada zaman kita yang kucar-kacir ini.
Ambil
ibrah dari sejarah. Cubit sedikit dari akhlak. Cantumkan dalam diri kita. Bentuk
diri jadi muslimah besi. Serikandi di dunia, bidadari si syurga. Bila kata
serikandi, of course kita kena kuat berjuang. Serikandi tak mungkin lemah. Kerana
hadafnya besar membela ummah. Kautlah kekautan dari serata tempat, bantu
pertahankan Islam. Moga Allah redha dengan usaha kecil kita ini biarpun tidak
setanding Saidatina Khadijah.
Indah
jalan menuju Allah,
Jika
teman seperti Khadijah masih ada lagi.
Ayuh!
Sama2 bentuk diri jadi ‘Khadijah’ yang mengorbankan segalanya demi Islam. Moga kita juga bisa menjadi kecintaan dan kerinduan sayyiduna Rasulullah.
nurfarosida1012@30112014_0138pm