Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...
Berkongsi kisah dan ibrah from jaulah ^_^
Asal nama kota ini datangnya daripada perkataan Baha
An-Nisa’(kecantikkan seorang wanita) bersempena puteri raja Rom ketika itu yang
sangat cantik.
Bahnasa ini dulunya sebuah kubu pertahanan kerajaan Rom yang
paling kuat dan kukuh. Diceritakan dalam kitab Fatahul Bahnasa, ketika Saidina
Amru bin Al-‘as ingin membuka kota Mesir ini dahulu, Bahnasa merupakan kubu
terakhir yang diserang oleh tentera Islam pada ketika itu. Saidina Amru bin
Al-‘As memohon bantuan ketenteraan daripada khalifah pada ketika itu iaitu
Saidina Umar Al-Khattab seramai 1000 orang namun yang dihantar oleh Saidina
Umar hanyalah seorang, iaitu saidina Qa’qa’. Beliau merupakan ahli Badar yang
telah tua. Namun wala’ dan tsiqahnya Saidina Amru kepada pimpinan sangat tinggi
sehingga tidak langsung beliau mempersoalkan apatah lagi mempertikaikan hal
ini.
![]() |
sebahagian daripada 5000 maqam yang ada |
Peperangan di bumi Bahnasa ini disertai oleh ramai para
sahabat termasuklah Saidina Khalid al-Walid bersama isterinya dan juga 70 orang
ahli Badar serta ramai lagi jundullah dan serikandi-serikandi yang lain.
Apabila bermulanya peperangan ini seramai hampir 5000 orang
telah syahid dan dimakamkan di bumi Bahnasa ini.
![]() |
takjub ana melihat scene ini, bagai tiada penghujung |
Antara makam yang ana ziarah
baru ini:
-Saidina ja’afar dan aqil bin abi talib (sepupu saidina
ali)
-Ali al jumam (qadi bahnasa)
-Saidina hassan bin soleh bin zainal abidin (datuknya
saidina hussein cucunda Rasulullah)
-Sayyidah Ruqaiyyah (anak sahabat)
-Keturunan muawiyah
-12 ahli badar
-Sayyidah khaulah al azwar
-Cucu imam hassan al basri (bukanlah syuhada perang
Bahnasa Cuma dimakamkan setelah musafir ke Bahnasa dan meninggal di situ)
![]() |
mendaki ke maqam cucu Hassan al Basri |
![]() |
pintu masuk ke maqam cucu Hassan al Basri |
-Muhammad bin abu dzar al ghiffari (abu dzar merupakan
sahabat)
-Abdul rahman bin muhammad bin abu bakar ( yakni anak
saidina abu bakar)
![]() |
salah satunya merupakan maqam anak Saidina Abu Bakar |
-Affan bin uthman bin affan (yakni anak saidina uthman)
![]() |
maqam anak Saidina Uthman; Affan bin Uthman bin Affan |
-Abu samarah ( ulama’ dinasti mamalik iaitu zaman selepas
zaman salahuddin al-ayubi)
-Sab’u banat ( tujuh gadis)
Dan tempat2 sejarah yang lain :
-Pohon sayyidah maryam
-Bahru yusuf
-Tiang tinggalan istana Rom
Ana cerita serba sedikit dari apa yang ana dapat based on
what ustaz pengiring ceritakan.
Saidina hassan bin soleh bin zainal abidin (datuknya
saidina hussein cucunda Rasulullah)
![]() |
Maqam Al-Hassan Ibn Soleh Ibn Zainal Abidin ibn Al-Hussein |
Di maqam ni ustaz x cerita berkenaan pemilik maqam ni tapi
ustaz cerita tentang datuk moyang salasilahnya. Nak menangis ana dengar pasal
kekasih Allah ini pastinya. Ustaz tanya, “apa beza antara saidina hassan dan
saidina hussein?”. Ada la suara menjawab, “atas dan bawah”.
Ustaz balas, “ betul la tu. Saidina hassan yang sulung,
saidina hussein yang adik. Cerita masa saidina hassan lahir, saidina Ali nak
letakkan nama ‘Harb’ (perang), jadinya pi jumpa Rasulullah minta restu.
Rasulullah jawab, “ tak, dia adalah Hassan”. Kemudian lahir saidina hussein,
nak diletakkan nama ‘Harb’ tu, tapi Rasulullah kata, “ tidak, dia Hussein”. Dan
selepas saidina Hussein lahir seorang puteri. Saidina Ali nak letak nama tapi
tiada idea. Rasulullah pi perang masa tu, jadinya tunggu sampai Rasulullah
balik dan bila balik Rasulullah kata, “ dia Zainab”. Dan nama tu dikatakan
bukan Rasulullah yang bagi tapi nama tu daripada Allah. Allah ilhamkan kepada
Rasulullah. Wallahu a’lam macam mana.
Dan saidina Hassan ni dari kepala sampai pusat copypaste
Rasulullah dan saidina Hussein dari pusat ke bawah copypaste Rasulullah.
Jadinya, gabung dua beradik ni persis Rasulullah.”
Allahu...Allahu...teringat ana cerita saidina Bilal dalam
ceramah yang ana dengar lama dulu.
Tak tahu nak kata rasa macam mana bila berada di maqam
keturunan Rasulullah. Moga disampaikan salam rindu kita buat Rasulullah.
12 ahli Badar
![]() |
sebahagian maqam ahli Badar yang menjadi syuhada bumi Bahnasa p/s : abaikan para ikhwah di situ |
Daripada 70 orang yang ikut serta dalam peperangan bahnasa
ini, 12 daripada mereka telah syahid termasuklah Saidina Qa’Qa’ tadi. Saidina
Qa’qa’ ini walaupun sudah tua namun apabila bermulanya peperangan beliau antara
yang pertama menghayunkan pedangnya dan sangat pakar dalam merencanakan
strategi. Seorang Saidina Qa’qa’ sudahpun menyamai 1000 orang tentera yang
Saidina Amru minta daripada Saidina Umar.
Sayyidah Khaulah Al-Azwar
![]() |
pintu masuk maqam Sayyidah Khaulah |
Antara wanita yang turut serta dan syahid dalam peperangan
bahnasa selain Sayyidah Ruqayyah dan ‘sab’u banat’. Sayyidah Khaulah melibatkan
diri dalam peperangan ini untuk menebus adiknya yang ditawan oleh tentera Rom.
Dengan memakai baju besi, penutup muka dan sangat tangkas dalam berperang,
tiada siapapn yang menjangkakan bahawa dia adalah seorang wanita sehinggalah
beliau gugur syahid barulah diketahui identitinya.
![]() |
Maqam Sayyidah Khaulah |
Abu Samarah
![]() |
papan tanda maqam Abu Samarah |
![]() |
berjalan mendaki ke maqam Abu Samarah |
Beliau dikatakan seorang ulama pada dinasti mamalik yang
memiliki karamahnya iaitu maqam yang menempatkan jasadnya sentiasa sejuk
walaupun musim panas.
Sab’u Banat (tujuh gadis)
Dikatakan tujuh gadis ini merupakan penduduk Bahnasa yang
membenci kezaliman kerajaan Rom dan bila mendengar tentera Islam ingin
menyerang Rom, maka mereka menyertai pasukan islam menentang tentera Rom. Ada
yang mengatakan tidak semua mereka adalah islam dan ada yang mengatakan kesemua
mereka Islam. Wallahu a’lam.
Dan antara karamah di maqam ini adalah kewujudan sebuah
perigi yang airnya masin. Di tengah-tengah padang pasir, Cuma perigi itu yang
airnya masin. Dan di belakang maqam ini ada sebidang tanah padang pasir yang
unik. Dikatakan apabila kita bergolek sedikit sahaja, akan jadi bergolek
jauh/banyak. Praktikalnya ana sendiri tak tahu macam mana tapi subhanallah,
kelebihan yang Allah berikan kepada mereka.
Pohon Maryam
![]() |
Pohon Sayyidah Maryam |
Pohon rendang ini pernah menjadi tempat persinggahan
Sayyidah Maryam bersama bayinya, Nabi Isa setelah dihalau keluar daripada bumi
Palestin. Ketika itu, Nabi Isa baru berusia dua bulan dan sangat dahaga. Perigi
yang berada berdekatan pohon itu dilihat kering. Dengan kuasa Allah, Dia
memperkenankan doa Sayyidah Maryam lalu air dari perigi itu naik sehingga
melimpah ruah.
Pohon itu dikatakan sudah berusia lebih daripada 2014 tahun
memandang kalendar Masihi dikira berdasarkan tahun kelahiran Nabi Isa dan pokok
itu sudah wujud sebelum kelahiran Nabi Isa lagi. Allahu Akbar!
![]() |
Pohon Sayyyidah Maryam : kelihatan bercabang, hakikatnya cuma satu punca. |
Dan, jika dilihat dari zahirnya nampak seperti tiga pohon
yang ada di situ, tetapi ammu penjaga tempat tu kata, di bawahnya hanya satu
punca. Maksudnya pokok itu Cuma satu tetapi bercabang. Subhanallah!
Bahru Yusuf
![]() |
masyarakat arab setempat menggunakan air dari Bahru Yusuf ini untuk kegunaan harian. |
Bahru Yusuf merupakan sungai yang terhasil pada zaman Nabi
Yusuf yang ketika itu ingin membuat saliran untuk mengairi tanaman tetapi tiada
air. Lalu malaikat Jibril mencungkil tanah itu dengan hujung sayapnya dan
terpancarlah air yang tidak pernah kering walaupun sungai nil kering. Dikatakan Bahru Yusuf ini turut bersambung dengan sungai nil yang terletak di Fayoum.
Kenapa dipanggil bahru (laut) bukan nahru (sungai)?
Ianya lebih kepada istilah masyarakat arab kerana di
sempadan antara Mesir dan Sudan terdapat sungai nil yang apabila kita berdiri
di tebing sini, tidak terlihat tebing di sebelah sana. Luasnya sungai nil itu.
Maka dari situlah timbulnya istilah bahru bagi sungai2 di Mesir ini.
Asal-usul nama Fayoum pula ustaz cerita asalnya daripada
perkataan 'alfu yaum' (seribu hari). Diceritakan pada zaman Nabi Yusuf dahulu,
Nabi Yusuf yang pandai mentafsir mimpi mentafsirkan bumi Mesir bakal menghadapi
kemarau selama tujuh tahun. Maka diarahkan masyarakat untuk bercucuk tanam
selama seribu hari dan hasil tanaman itu disimpan untuk persediaan musim
kemarau itu. Daripada 'alfu yaum' itu maka terhasillah Fayoum.
Tinggalan tiang istana Rom
![]() |
nampak macam berada di Europe tak? |
Dari jauh dah nampak sebatang tiang ni saja di tengah-tengah
padang. Keluar dari maqam Abu Samarah dah nampak. Ana rasa macam berada di Europe bila nampak pemandangan tiang tu. Macam yang one of the seven wonders of
the world yang stone ka apa ntah tu. Seriously tu yang ana fikir. Bila berjalan
sampai dekat, masya Allah, besarnya tiang ni. Sebatang tiang ni saja dah besar
ni, sebesar mana la istana kerajaan Rom tu dulu? Allah Maha Besar dan Allah
jualah Yang Maha Kekal. Hebat lah macam mana pun, gah lah setara mana pun, once
Allah takdirkan dah sampai masa, hancur dalam sekelip mata saja. Allahu Akbar!
![]() |
saiz sebenar tiang ini. |
Ni je kot ana share sikit berkenaan apa yang ana dapat dari
jaulah kali ini. Betul2 buka mata hati ana. Tak puas sekali saja, i want more
and more. Tamak kan? Tapi tak kisah. Berkatnya bumi Bahnasa ni semua orang
kejar. Ustaz kata, siapa yang datang Bahnasa dengan ada hajat dan harapan,
biiznillah bila keluar dari kota ini, akan dimakbulkan. Begitu juga siapa yang
bersedih, kecewa bila datang kota ini, biiznillah bila keluar hilang semua itu.
Ana sendiri merasai. Bermulanya musafir ana dah start
berdoa. Macam-macam dah minta ni, maklumlah doa sewaktu musafir mustajab. And,
bila dah sampai sana, bukanlah doa ana itu dimakbulkan tetapi dijawab. Itu yang
ana rasa. Indeed, Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.
Berkatnya kota bahnasa yang debu dan tanahnya dipijak oleh
ribuan sahabat, tabi’ dan tabi’in, para auliya’ dan ulama’ sehingga dikatakan
debu kota bahnasa ini lebih mulia daripada ulama dan alim selepas zaman itu.
Diceritakan para ulama dari Iraq apabila ke bahnasa, sampai di sempadannya akan
mencabut kasut lalu berjalan dengan kaki ayam sehingga keluar dari kota ini.
Dan para ulama dari Andalusia(sepanyol) bukan buka kasut
sebaliknya berguling!! Sehingga keluar dari sempada bahnasa. Meremang bulu roma
ana dengar. And sampai sekarang ana rasa izzahnya memakai kasut yang ana pakai
sewaktu ke kota bahnasa itu. Kasut yang memijak debu2 itu. Seriously rasa izzah
itu datang sendiri. Dont know how. Kuasa Allah.
Akhir pesan ana, ana bukanlah alim berkenaan sejarah. Ana
sekadar berkongsi berdasarkan pemahaman dan ingatan. Mana yang salah atau nak
ditambah tafaddhol. Moga suatu hari, ana boleh sampai lagi ke tempat tu dan
sahabat2 lain pun biiznillah boleh sampai.
Moga Allah redha.
ana selitkan sedikit nota/ayat berkenaan tawasul dan karamah yang dipetik dari kitab Risalah Ta'allim karangan asy-syahid Imam Hassan Al Banna (yang turut dimakamkan di Mesir, dan ana dah pernah ziarah ke makamnya)
"berdoa kepada Allah di samping bertawassul dengan salah satu makhluk-Nya adalah perselisihan pada cabang (furu') pada cara berdoa dan tidak termasuk dalam masalah 'aqidah."
"menziarahi kubur walau bagaimana keadaan sekalipun adalah sunnah yang disyari'atkan secara ma'thur. Tetapi meminta pertolongan kepada ahli kubur-walau siapa pun mereka- menyeru mereka kepada perkara tersebut, meminta hajat dari mereka sama ada dari jauh mahupun dekat, bernazar kepada mereka, mendirikan binaan di atas kubur mereka, menutupinya, meneranginya dengan lampu, mengusapnya, bersumpah dengan selain Allah dan apa jua yang disertai dengan bid'ah merupakan dosa besar yang wajib diperangi. Kita tidak mentakwil terhadap amalan2 tersebut demi menutup pintu fitnah (kemungkaran) yang lebih besar."
# perlu faham beza antara tawassul dan menyembah kuburan. Tawassul itu kita berdoa kepada Allah dengan berwasilahkan kehebatan/kemuliaan orang2 yang dekat dengan Allah (para 'alim ulama, sahabat, keturunan Rasulullah dsb.) sedang menyembah kuburan itu, kita menganggap si mati lah yang berkuasa memberi kita segalanya dan memakbulkan doa kita dengan mengenepikan kekuasaan Allah.
"mengasihi, menghormati, dan memuji orang soleh lantaran amalan baik mereka merupakan qurbah (mendekatkan diri) kepada Allah. Para auliya' ialah mereka yang dinyatakan dalam firman Allah, "Mereka yang beriman dan bertaqwa kepada Allah." Karamah yang berlaku ke atas mereka adalah thabit dengan syarat2 yang syar'i. di samping itu, kita beri'tiqad mereka tiada kuasa memberi manfaat dan mudharat kepada diri mereka sendiri sama ada semasa hidup atau selepas mereka mati. lebih2 lagi untuk menghulurkan semua itu kepada orang lain."
Syarat2 yang syar'i bagi karamah sebagaimana yang dinyatakan dalam kitab ini, "jika perkara luar biasa itu dimiliki oleh orang mukmin yang bertaqwa, yang menurut Rasulullah, sama ada zahir atau batin, ini dianggap sebagai karamah dan pemiliknya dianggap wali."
###
perkara luar biasa/kelebihan yang berlaku kepada para nabi - mukjizat
perkara luar biasa/kelebihan yang berlaku kepada para nabi sebelum diangkat menjadi nabi - irhas
perkara luar biasa/kelebihan yang berlaku kepada mukmin yang bertaqwa - karamah
perkara luar biasa/kelebihan yang berlaku kepada orang biasa - ma'unah
perkara luar biasa/kelebihan yang berlaku kepada munafiq, orang yang melakukan maksiat, fasiq, kafir - istidraj
wallahu a'lam.
nurfarosfida1012@30112014_11.56am
No comments:
Post a Comment