Sunday, November 30, 2014

Bagaimana dirinya menjadi kecintaan Rasulullah?

Siti Khadijah ~InTeam

Kaulah lambang cinta sejati
Serikandi pertama tika Islam bermula
Hatimu menyalakan keyakinan
Hartamu membuktikan pengorbanan
Rasul keseorangan engkaulah teman
Dia tersisih engkau memilihnya
Dia terbuang engkau menyayanginya
Kerna iman kau sanggup berjuang
Siti Khadijah namamu indah
Qudwah hasanah tauladan ummh
Tika Rasul terpinggir engkaulah insan terhampir
Siti Khadijah mujahidah solehah
Agung jasamu di persada sejarah
Pemergianmu ditangisi Nabi
Sehingga kini tiada pengganti
Sunyi jalan menuju Allah
Menggamit hati mencari teman
Indah jalan menuju Allah
Jika teman seperti Khadijah
Masih ada lagi

            Boring-boring semalam teringat chat dengan bidadari bumi syam melalui Whatsapp beberapa hari lepas.

“you, i teringin nak menulis tapi i idea kering la you. You ada idea x?”
“i pun x da idea la. You nak tulis pasal apa?”
“tak kisah ja apa2 pun, asal yang boleh sentuh hati pembaca and yang boleh top up saham akhirat i nanti,”
“you tulis la pasal ciri-ciri wanita syurga,”
“hmmm, boleh juga tu. Cuma i kena kaji lebih la sikit. Dalam kepala i nak tulis cerita pasal bidadari bumi syam la,” sengih je sambil jawab.

Inspired from that chat, i wondering around my house searching for some books that can help me. Found one. “ Great Women Of Islam”  by Mahmood Ahmad Ghadanfar. This book written in English. Dengan istilah2 yang agak sukar nak diterjemahkan kalau guna kamus dwibahasa oxford fajar tu. Eh, iya ka? Ke awak tu yang malas buka kamus tu? *grin*

Nak jadi penulis, x boleh nak malas2 mencari rujukan. Apa yang kita nak sampaikan kita kena mesyi betul dulu. Self reminder.

About that book, ceritanya berkenaan sahabat2 serikandi zaman Rasulullah dulu. And first great women yang diceritakan adalah wanita agung kerinduan dan kecintaan Rasulullah. As in the lyric i wrote above. Saidatina Khadija bint Khawaylid radhiallahu anha.

Jom kita telusuri sejarahnya. Bagaimana kisah hidupnya? Bagaimana akhlaknya? Sehingga beliau dirindui Rasulullah biarpun beliau sudah meniggal dan Rasulullah sendiri didampingi isteri2 Baginda yang lain.


Salam Allah buat wanita mulia

Narrated Abu Hurairah r.a : Jibril (Gabriel) came to the Prophet SAW and said, “O Allah’s Messenger! This is Khadija, coming to you with a dish having meat soup (or some food or drink). When she reaches you, greet her on behalf of her Lord (Allah) and on my behalf, and give her the glad tidings of having a palace made of Qasab in Paradise, wherein there will be neither any noise nor any toil (fatigue,trouble, etc.).” –Al-Bukhari-

Kemuliaannya dan pengorbanannya menyebabkan Allah memuliakan beliau dengan salam yang dikirimkan melalui utusanNya, Malaikat Jibril.



Beliau wanita pertama yang dimuliakan sedemikian.
Beliau wanita pertama yang diangkat darjat menjadi pendamping hidup Rasulullah yang selama hayatnya Rasulullah tidak berkahwin lain.
Lebih 24 tahun mendampingi Rasulullah dengan segala ketaatan dan pengorbanan.
Beliau antara yang paling awal menerima ajaran Islam.
Di rumahnya Rasulullah menerima wahyu dari Allah.
Tidak putus menenangkan Baginda, menyokong dan mendokong Baginda, membantu Baginda sehingga saat diambil nyawa si isteri, luluh hati sang suami.


Keistimewaan Khadijah

Beliau menjadi ibu kepada wanita pertama di syurga (First Lady of Paradise), Saidatina Fatimah. Nenda kepada kesayangan Rasulullah, Saidina Hasan dan Saidina Hussain.

‘Abdullah bin ‘Abbas menceritakan, suatu hari Rasulullah melukis empat garisan lalu bertanya kepada para sahabat apakah maksudnya. Sahabat menjawab, “ engkau lebih mengetahui wahai Rasulullah.” Rasulullah kemudian memberitahu mereka, “ Empat garisan ini mewakili empat wanita agung di semesta ini. Mereka adalah Khadijah bint Khawaylid, Fatimah bint Muhammad, Maryam bint Imran (ibu kepada Nabi Isa a.s) dan Asiah bint Muzahim (isteri kepada Firaun).

Kecintaan Rasulullah

‘Aishah r.a narrates that whenever the Prophet SAW talked about Khadijah r.a, it was in terms of highest praise. One day, her innate feminine envy overtook her sense of decorum and she spoke in disparaging terms to her, wondering why the Prophet SAW missed her when he was blessed with a better, younger wife by Allah SWT. This dipleased him, but forbearing as he was, he just sighed and answered,

“ I have not yet found a better wife than her. She had faith in me when everyone, even members of my own family and tribe did not believe me, and accepted that I was truly a Prophet and a Messenger of Allah SWT. She converted to Islam, spent all hier wealth and worldly goods to help me spread this faith, and this too at a time when entire world seemes to have turned against me and persecuted me. And it is through her that Allah SWT blessed me with children.”


sekadar gambar hiasan
Truly deep. Thought that if i translated this into my own words, the feeling won’t be the same.
Ayat yang membuatkan hati jadi sebak, jiwa terasa sesak, mata terasa kesat berair. Begitu Rasulullah sangat menyayangi dan menghargai wanita ini. T.T

Kisah hidupnya

Dilahirkan di kota Makkah pada tahun 556 Masihi. Ibunya Fatimah bint Za’ed dan ayahnya, Khawaylid bin Asad merupakan ketua yang ternama dalam puak kabilah Quraish dan usahawan terkemuka yang meninggal dalam peperangan Fujjar.

Beliau dibesarkan dengan segala kemewahan sebelum berkahwin dengan Abu Halah Malek bin Nabash bin Zarrarah bin AT-Tamimi dan dikurniakan dua orang anak, Halah dan Hind.
Selepas kematian suami pertamanya, beliau kemudiannya menikahi ‘Atique bin ‘Aith bin ‘Abdullah Al-Makhzomi dan dikurniakan anak perempuan bernama Hindah. Pernikahan kedua ini juga tidak bertahan lama selepas mereka kemudiannya berpisah.

Selepas dua perkahwinan ini, beliau lebih menumpukan kepada perniagaan yang diwarisi dari ayahandanya. Prinsip dan sikap yang diamalkan membuatkan perniagaannya menjadi sangat maju dan terkenal di serata pelusuk dunia. Dari sinilah bermulanya perkenalan antara Rasulullah dan Saidatina Khadijah. Rasulullah diupah untuk membawa dagangan beliau dengan ditemani pembantunya, Maisarah.

Peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan Rasulullah dan Maisarah diceritakan kepada Saidatina Khadijah selepas saja mereka pulang. Dari situ, Allah bibitkan rasa mahabbah dalam hati Khadijah terhadap Rasulullah.

Namun, beliau masih ragu-ragu memikirkan status, umurnya dan juga perbezaan antara beliau dan Rasulullah.

Mimpi Saidatina Khadijah

Suatu malam, beliau bermimpi mentari yang sangat bersinar turun dari syurga ke halaman rumahnya, menerangi segenap ruang rumahnya. Mimpi ini diceritakan kepada sepupunya yang ahli dalam mentafsir mimpi dan sangat dikenali keilmuannya, Waraqah bin Nofal. Saat mendengar cerita beliau, Waraqah bin Nofal tersenyum lalu berkata,

“ don’t worry, as this is the promising dream. The glorious sun you saw descending into your courtyard indicated that the Prophet SAW whose advent had been predicted in the Torah and the Injil was to grace your home and you would gain from his presence in your life.”

Selepas mendengar penerangan sepupunya itu, bertambahlah keyakinan beliau untuk menikahi Rasulullah. Namun, beliau masih tidak tahu bagaimana untuk menyampaikannya kepada Rasulullah.

Pinangan dari Nafeesah bint Manbah.

Nafeesah bint Manbah adalah teman rapat beliau yang membantu beliau menyampaikan niat hatinya kepada Rasulullah.
Nafeesah bint Manbah bertemu Rasulullah lalu menanyakan kepada Baginda setelah meminta izin, “apa yang menyebabkan engkau belum berkahwin, wahai Muhammad?” Rasulullah menjawab bahawa Baginda tidak mempunyai sumber kewangan. Lalu ditanya lagi Rasulullah, “ada seorang  wanita cantik yang berketurunan mulia dan kaya ingin menikahimu. Mahukah kamu menerimanya?”
Selepas mengetahui identiti wanita yang dimaksudkan oleh Nafeesah bint Mabah itu, Rasulullah bersetuju untuk menikahi Saidatina Khadijah.
Selepas itu, Rasulullah diwakili bapa saudaranya Saidina Hamzah r.a dan Abu Talib bertemu dengan bapa saudara Saidatina Khadijah, ‘Umar bin Asad membawa pinangan kepada Saidatina Khadijah.
Setelah ditetapkan tarikh maka berlangsunglah majlis pernikahan keduanya.

Anak-anak dari pernikahan suci

Hasil perkahwinan ini, Allah merahmati mereka dengan dikurniakan enam orang anak; 2 orang lelaki dan 4 orang perempuan.
sekadar gambar hiasan


Anak lelaki sulung Baginda, Qasim dan dari situ Rasulullah dikenali dengan gelaran Abu Qasim.
Anak lelaki kedua, ‘Abdullah yang turut digelar Tahir (yg suci) atau Tayyab ( yg baik).
Kedua-dua mereka meninggal ketika masih kecil sehingga golongan musyrikin berasa gembira dengan ketiadaan waris Rasulullah untuk menyambung tugasan Baginda.

Anak perempuan pasangan ini adalah Zainab, Ruqayyah, Umm Khulthom dan Fatimah. Keempat-empat mereka turut serta dalam peristiwa Hijrah bersama-sama dengan Rasulullah. Zainab berkahwin dengan Abul ‘Aas bin Rabee’ah dan Ruqayyah berkahwin dengan Saidina Uthman ra. Selepas Ruqayyah meninggal, Saidina Uthman berkahwin pula dengan Umm Kulthom. Fatimah pula berkahwin dengan Saidina ‘Ali bin Abi Talib. Kesemua anak perempuannya kecuali Fatimah meninggal semasa hayat Rasulullah kecuali Fatimah yang meninggal enam bulan selepas kewafatan Rasulullah.

Pelukan penenang sang isteri

Rasulullah sering bersendirian di Gua Hira untuk mencari ketenangan. Saat Jibril turun mengajarkan kepada Rasulullah wahyu yang pertama, menggigil ketakutan Rasulullah. Baginda pulang ke rumah dengan berpeluh dan menggigil. Si isterilah yang menenangkan Baginda. Mengusap lembut belakang Baginda dengan kata-kata yang menenangkan jiwa Rasulullah. Setelah tenang, Baginda menceritakan peristiwa di Gua Hira kepada isterinya.
Sang isteri tenang memujuk suami bahawa Allah tidak akan meninggalkan Baginda dan tidak pula akan membiarkan Baginda tanpa pertolongan.

Saidatina Khadijah kemudiannya membawa Rasulullah bertemu Waraqah bin Nofal yang kemudiannya memberitakan tentang Malaikat Jibril dan kenabiannya serta halangan-halangan yang bakal ditempuhi Baginda kelak. “A Prophet is never honored in his own land.” Ayat ini memberitahu bahawa itu adalah perkara biasa yang bakal ditempuhi oleh Baginda dan telah pun ditempuhi oleh Nabi-Nabi sebelumnya.


Pemergiannya tiada pengganti

Saidatina Khadijah wafat 3 tahun sebelum peristiwa Hijrah pada umur 65 tahun. Pengurusan jenazah wanita ini disempurnakan sendiri oleh Rasulullah.

Setelah kewafatan Saidatina Khadijah, Rasulullah amat berdukacita tetapi Baginda tidak pernah melupakan wanita agung ini.

Seorang sahabat meriwayatkan, sekiranya ada hadiah yang diterimanya, Baginda akan segera menghantar hadiah itu kepada seorang wanita yang menjadi teman Saidatina Khadijah.

Saidatina Aishah juga mengatakan, sekiranya ada kambing yang disembelih, Baginda akan menghantar sebahagian daging itu kepada sahabat Saidatina Khadijah.

Saidatina Aishah juga mengatakan bahawa beliau tidak pernah merasa cemburu kepada mana-mana isteri Rasulullah melainkan Saidatina Khadijah.

Bagaimana kita?

 Menyoroti kisah hidup wanita mulia kecintaan Rasulullah ini buat jiwa ini kacau, galau, sebak, takjub, kagum, juga cemburu.
Wanita hebat ini dimuliakan kerana pengorbanan dan kesetiaannya terhadap Nabi dan membantu perjuangan Rasulullah dari setiap sudut yang boleh. Bezanya dengan kita, banyak sudut yang kita bisa sumbangkan untuk perjuangan ini tapi sekadar mana kesanggupan kita berkorban? Jauh sekali diri kerdil kita ini dibandingkan dengan serikandi hebat ini.

Ambil masa sikit untuk plan balik masa depan kita. Wanita macam mana kita nak jadi dan apa perlu kita buat towards that mission? Agak sukar, namun Allah ada. Sucikan niat di hati, moga Allah bantu kita. Jika mereka boleh menyumbang menyebarkan Islam, kita sambutlah, sambunglah perjuangan mempertahankan keizzahan Islam pada zaman kita yang kucar-kacir ini.

Ambil ibrah dari sejarah. Cubit sedikit dari akhlak. Cantumkan dalam diri kita. Bentuk diri jadi muslimah besi. Serikandi di dunia, bidadari si syurga. Bila kata serikandi, of course kita kena kuat berjuang. Serikandi tak mungkin lemah. Kerana hadafnya besar membela ummah. Kautlah kekautan dari serata tempat, bantu pertahankan Islam. Moga Allah redha dengan usaha kecil kita ini biarpun tidak setanding Saidatina Khadijah.

Indah jalan menuju Allah,
Jika teman seperti Khadijah masih ada lagi.


Ayuh! Sama2 bentuk diri jadi ‘Khadijah’ yang mengorbankan segalanya demi Islam. Moga kita juga bisa menjadi kecintaan dan kerinduan sayyiduna Rasulullah. 


nurfarosida1012@30112014_0138pm

No comments:

Post a Comment