Sunday, November 30, 2014

Bagaimana dirinya menjadi kecintaan Rasulullah?

Siti Khadijah ~InTeam

Kaulah lambang cinta sejati
Serikandi pertama tika Islam bermula
Hatimu menyalakan keyakinan
Hartamu membuktikan pengorbanan
Rasul keseorangan engkaulah teman
Dia tersisih engkau memilihnya
Dia terbuang engkau menyayanginya
Kerna iman kau sanggup berjuang
Siti Khadijah namamu indah
Qudwah hasanah tauladan ummh
Tika Rasul terpinggir engkaulah insan terhampir
Siti Khadijah mujahidah solehah
Agung jasamu di persada sejarah
Pemergianmu ditangisi Nabi
Sehingga kini tiada pengganti
Sunyi jalan menuju Allah
Menggamit hati mencari teman
Indah jalan menuju Allah
Jika teman seperti Khadijah
Masih ada lagi

            Boring-boring semalam teringat chat dengan bidadari bumi syam melalui Whatsapp beberapa hari lepas.

“you, i teringin nak menulis tapi i idea kering la you. You ada idea x?”
“i pun x da idea la. You nak tulis pasal apa?”
“tak kisah ja apa2 pun, asal yang boleh sentuh hati pembaca and yang boleh top up saham akhirat i nanti,”
“you tulis la pasal ciri-ciri wanita syurga,”
“hmmm, boleh juga tu. Cuma i kena kaji lebih la sikit. Dalam kepala i nak tulis cerita pasal bidadari bumi syam la,” sengih je sambil jawab.

Inspired from that chat, i wondering around my house searching for some books that can help me. Found one. “ Great Women Of Islam”  by Mahmood Ahmad Ghadanfar. This book written in English. Dengan istilah2 yang agak sukar nak diterjemahkan kalau guna kamus dwibahasa oxford fajar tu. Eh, iya ka? Ke awak tu yang malas buka kamus tu? *grin*

Nak jadi penulis, x boleh nak malas2 mencari rujukan. Apa yang kita nak sampaikan kita kena mesyi betul dulu. Self reminder.

About that book, ceritanya berkenaan sahabat2 serikandi zaman Rasulullah dulu. And first great women yang diceritakan adalah wanita agung kerinduan dan kecintaan Rasulullah. As in the lyric i wrote above. Saidatina Khadija bint Khawaylid radhiallahu anha.

Jom kita telusuri sejarahnya. Bagaimana kisah hidupnya? Bagaimana akhlaknya? Sehingga beliau dirindui Rasulullah biarpun beliau sudah meniggal dan Rasulullah sendiri didampingi isteri2 Baginda yang lain.


Salam Allah buat wanita mulia

Narrated Abu Hurairah r.a : Jibril (Gabriel) came to the Prophet SAW and said, “O Allah’s Messenger! This is Khadija, coming to you with a dish having meat soup (or some food or drink). When she reaches you, greet her on behalf of her Lord (Allah) and on my behalf, and give her the glad tidings of having a palace made of Qasab in Paradise, wherein there will be neither any noise nor any toil (fatigue,trouble, etc.).” –Al-Bukhari-

Kemuliaannya dan pengorbanannya menyebabkan Allah memuliakan beliau dengan salam yang dikirimkan melalui utusanNya, Malaikat Jibril.



Beliau wanita pertama yang dimuliakan sedemikian.
Beliau wanita pertama yang diangkat darjat menjadi pendamping hidup Rasulullah yang selama hayatnya Rasulullah tidak berkahwin lain.
Lebih 24 tahun mendampingi Rasulullah dengan segala ketaatan dan pengorbanan.
Beliau antara yang paling awal menerima ajaran Islam.
Di rumahnya Rasulullah menerima wahyu dari Allah.
Tidak putus menenangkan Baginda, menyokong dan mendokong Baginda, membantu Baginda sehingga saat diambil nyawa si isteri, luluh hati sang suami.


Keistimewaan Khadijah

Beliau menjadi ibu kepada wanita pertama di syurga (First Lady of Paradise), Saidatina Fatimah. Nenda kepada kesayangan Rasulullah, Saidina Hasan dan Saidina Hussain.

‘Abdullah bin ‘Abbas menceritakan, suatu hari Rasulullah melukis empat garisan lalu bertanya kepada para sahabat apakah maksudnya. Sahabat menjawab, “ engkau lebih mengetahui wahai Rasulullah.” Rasulullah kemudian memberitahu mereka, “ Empat garisan ini mewakili empat wanita agung di semesta ini. Mereka adalah Khadijah bint Khawaylid, Fatimah bint Muhammad, Maryam bint Imran (ibu kepada Nabi Isa a.s) dan Asiah bint Muzahim (isteri kepada Firaun).

Kecintaan Rasulullah

‘Aishah r.a narrates that whenever the Prophet SAW talked about Khadijah r.a, it was in terms of highest praise. One day, her innate feminine envy overtook her sense of decorum and she spoke in disparaging terms to her, wondering why the Prophet SAW missed her when he was blessed with a better, younger wife by Allah SWT. This dipleased him, but forbearing as he was, he just sighed and answered,

“ I have not yet found a better wife than her. She had faith in me when everyone, even members of my own family and tribe did not believe me, and accepted that I was truly a Prophet and a Messenger of Allah SWT. She converted to Islam, spent all hier wealth and worldly goods to help me spread this faith, and this too at a time when entire world seemes to have turned against me and persecuted me. And it is through her that Allah SWT blessed me with children.”


sekadar gambar hiasan
Truly deep. Thought that if i translated this into my own words, the feeling won’t be the same.
Ayat yang membuatkan hati jadi sebak, jiwa terasa sesak, mata terasa kesat berair. Begitu Rasulullah sangat menyayangi dan menghargai wanita ini. T.T

Kisah hidupnya

Dilahirkan di kota Makkah pada tahun 556 Masihi. Ibunya Fatimah bint Za’ed dan ayahnya, Khawaylid bin Asad merupakan ketua yang ternama dalam puak kabilah Quraish dan usahawan terkemuka yang meninggal dalam peperangan Fujjar.

Beliau dibesarkan dengan segala kemewahan sebelum berkahwin dengan Abu Halah Malek bin Nabash bin Zarrarah bin AT-Tamimi dan dikurniakan dua orang anak, Halah dan Hind.
Selepas kematian suami pertamanya, beliau kemudiannya menikahi ‘Atique bin ‘Aith bin ‘Abdullah Al-Makhzomi dan dikurniakan anak perempuan bernama Hindah. Pernikahan kedua ini juga tidak bertahan lama selepas mereka kemudiannya berpisah.

Selepas dua perkahwinan ini, beliau lebih menumpukan kepada perniagaan yang diwarisi dari ayahandanya. Prinsip dan sikap yang diamalkan membuatkan perniagaannya menjadi sangat maju dan terkenal di serata pelusuk dunia. Dari sinilah bermulanya perkenalan antara Rasulullah dan Saidatina Khadijah. Rasulullah diupah untuk membawa dagangan beliau dengan ditemani pembantunya, Maisarah.

Peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan Rasulullah dan Maisarah diceritakan kepada Saidatina Khadijah selepas saja mereka pulang. Dari situ, Allah bibitkan rasa mahabbah dalam hati Khadijah terhadap Rasulullah.

Namun, beliau masih ragu-ragu memikirkan status, umurnya dan juga perbezaan antara beliau dan Rasulullah.

Mimpi Saidatina Khadijah

Suatu malam, beliau bermimpi mentari yang sangat bersinar turun dari syurga ke halaman rumahnya, menerangi segenap ruang rumahnya. Mimpi ini diceritakan kepada sepupunya yang ahli dalam mentafsir mimpi dan sangat dikenali keilmuannya, Waraqah bin Nofal. Saat mendengar cerita beliau, Waraqah bin Nofal tersenyum lalu berkata,

“ don’t worry, as this is the promising dream. The glorious sun you saw descending into your courtyard indicated that the Prophet SAW whose advent had been predicted in the Torah and the Injil was to grace your home and you would gain from his presence in your life.”

Selepas mendengar penerangan sepupunya itu, bertambahlah keyakinan beliau untuk menikahi Rasulullah. Namun, beliau masih tidak tahu bagaimana untuk menyampaikannya kepada Rasulullah.

Pinangan dari Nafeesah bint Manbah.

Nafeesah bint Manbah adalah teman rapat beliau yang membantu beliau menyampaikan niat hatinya kepada Rasulullah.
Nafeesah bint Manbah bertemu Rasulullah lalu menanyakan kepada Baginda setelah meminta izin, “apa yang menyebabkan engkau belum berkahwin, wahai Muhammad?” Rasulullah menjawab bahawa Baginda tidak mempunyai sumber kewangan. Lalu ditanya lagi Rasulullah, “ada seorang  wanita cantik yang berketurunan mulia dan kaya ingin menikahimu. Mahukah kamu menerimanya?”
Selepas mengetahui identiti wanita yang dimaksudkan oleh Nafeesah bint Mabah itu, Rasulullah bersetuju untuk menikahi Saidatina Khadijah.
Selepas itu, Rasulullah diwakili bapa saudaranya Saidina Hamzah r.a dan Abu Talib bertemu dengan bapa saudara Saidatina Khadijah, ‘Umar bin Asad membawa pinangan kepada Saidatina Khadijah.
Setelah ditetapkan tarikh maka berlangsunglah majlis pernikahan keduanya.

Anak-anak dari pernikahan suci

Hasil perkahwinan ini, Allah merahmati mereka dengan dikurniakan enam orang anak; 2 orang lelaki dan 4 orang perempuan.
sekadar gambar hiasan


Anak lelaki sulung Baginda, Qasim dan dari situ Rasulullah dikenali dengan gelaran Abu Qasim.
Anak lelaki kedua, ‘Abdullah yang turut digelar Tahir (yg suci) atau Tayyab ( yg baik).
Kedua-dua mereka meninggal ketika masih kecil sehingga golongan musyrikin berasa gembira dengan ketiadaan waris Rasulullah untuk menyambung tugasan Baginda.

Anak perempuan pasangan ini adalah Zainab, Ruqayyah, Umm Khulthom dan Fatimah. Keempat-empat mereka turut serta dalam peristiwa Hijrah bersama-sama dengan Rasulullah. Zainab berkahwin dengan Abul ‘Aas bin Rabee’ah dan Ruqayyah berkahwin dengan Saidina Uthman ra. Selepas Ruqayyah meninggal, Saidina Uthman berkahwin pula dengan Umm Kulthom. Fatimah pula berkahwin dengan Saidina ‘Ali bin Abi Talib. Kesemua anak perempuannya kecuali Fatimah meninggal semasa hayat Rasulullah kecuali Fatimah yang meninggal enam bulan selepas kewafatan Rasulullah.

Pelukan penenang sang isteri

Rasulullah sering bersendirian di Gua Hira untuk mencari ketenangan. Saat Jibril turun mengajarkan kepada Rasulullah wahyu yang pertama, menggigil ketakutan Rasulullah. Baginda pulang ke rumah dengan berpeluh dan menggigil. Si isterilah yang menenangkan Baginda. Mengusap lembut belakang Baginda dengan kata-kata yang menenangkan jiwa Rasulullah. Setelah tenang, Baginda menceritakan peristiwa di Gua Hira kepada isterinya.
Sang isteri tenang memujuk suami bahawa Allah tidak akan meninggalkan Baginda dan tidak pula akan membiarkan Baginda tanpa pertolongan.

Saidatina Khadijah kemudiannya membawa Rasulullah bertemu Waraqah bin Nofal yang kemudiannya memberitakan tentang Malaikat Jibril dan kenabiannya serta halangan-halangan yang bakal ditempuhi Baginda kelak. “A Prophet is never honored in his own land.” Ayat ini memberitahu bahawa itu adalah perkara biasa yang bakal ditempuhi oleh Baginda dan telah pun ditempuhi oleh Nabi-Nabi sebelumnya.


Pemergiannya tiada pengganti

Saidatina Khadijah wafat 3 tahun sebelum peristiwa Hijrah pada umur 65 tahun. Pengurusan jenazah wanita ini disempurnakan sendiri oleh Rasulullah.

Setelah kewafatan Saidatina Khadijah, Rasulullah amat berdukacita tetapi Baginda tidak pernah melupakan wanita agung ini.

Seorang sahabat meriwayatkan, sekiranya ada hadiah yang diterimanya, Baginda akan segera menghantar hadiah itu kepada seorang wanita yang menjadi teman Saidatina Khadijah.

Saidatina Aishah juga mengatakan, sekiranya ada kambing yang disembelih, Baginda akan menghantar sebahagian daging itu kepada sahabat Saidatina Khadijah.

Saidatina Aishah juga mengatakan bahawa beliau tidak pernah merasa cemburu kepada mana-mana isteri Rasulullah melainkan Saidatina Khadijah.

Bagaimana kita?

 Menyoroti kisah hidup wanita mulia kecintaan Rasulullah ini buat jiwa ini kacau, galau, sebak, takjub, kagum, juga cemburu.
Wanita hebat ini dimuliakan kerana pengorbanan dan kesetiaannya terhadap Nabi dan membantu perjuangan Rasulullah dari setiap sudut yang boleh. Bezanya dengan kita, banyak sudut yang kita bisa sumbangkan untuk perjuangan ini tapi sekadar mana kesanggupan kita berkorban? Jauh sekali diri kerdil kita ini dibandingkan dengan serikandi hebat ini.

Ambil masa sikit untuk plan balik masa depan kita. Wanita macam mana kita nak jadi dan apa perlu kita buat towards that mission? Agak sukar, namun Allah ada. Sucikan niat di hati, moga Allah bantu kita. Jika mereka boleh menyumbang menyebarkan Islam, kita sambutlah, sambunglah perjuangan mempertahankan keizzahan Islam pada zaman kita yang kucar-kacir ini.

Ambil ibrah dari sejarah. Cubit sedikit dari akhlak. Cantumkan dalam diri kita. Bentuk diri jadi muslimah besi. Serikandi di dunia, bidadari si syurga. Bila kata serikandi, of course kita kena kuat berjuang. Serikandi tak mungkin lemah. Kerana hadafnya besar membela ummah. Kautlah kekautan dari serata tempat, bantu pertahankan Islam. Moga Allah redha dengan usaha kecil kita ini biarpun tidak setanding Saidatina Khadijah.

Indah jalan menuju Allah,
Jika teman seperti Khadijah masih ada lagi.


Ayuh! Sama2 bentuk diri jadi ‘Khadijah’ yang mengorbankan segalanya demi Islam. Moga kita juga bisa menjadi kecintaan dan kerinduan sayyiduna Rasulullah. 


nurfarosida1012@30112014_0138pm

Jom Teroka Ibrah Kota 5000 Syuhada!!!

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...

Berkongsi kisah dan ibrah from jaulah ^_^





Asal nama kota ini datangnya daripada perkataan Baha An-Nisa’(kecantikkan seorang wanita) bersempena puteri raja Rom ketika itu yang sangat cantik.

Bahnasa ini dulunya sebuah kubu pertahanan kerajaan Rom yang paling kuat dan kukuh. Diceritakan dalam kitab Fatahul Bahnasa, ketika Saidina Amru bin Al-‘as ingin membuka kota Mesir ini dahulu, Bahnasa merupakan kubu terakhir yang diserang oleh tentera Islam pada ketika itu. Saidina Amru bin Al-‘As memohon bantuan ketenteraan daripada khalifah pada ketika itu iaitu Saidina Umar Al-Khattab seramai 1000 orang namun yang dihantar oleh Saidina Umar hanyalah seorang, iaitu saidina Qa’qa’. Beliau merupakan ahli Badar yang telah tua. Namun wala’ dan tsiqahnya Saidina Amru kepada pimpinan sangat tinggi sehingga tidak langsung beliau mempersoalkan apatah lagi mempertikaikan hal ini.

sebahagian daripada 5000 maqam yang ada
Peperangan di bumi Bahnasa ini disertai oleh ramai para sahabat termasuklah Saidina Khalid al-Walid bersama isterinya dan juga 70 orang ahli Badar serta ramai lagi jundullah dan serikandi-serikandi yang lain.
Apabila bermulanya peperangan ini seramai hampir 5000 orang telah syahid dan dimakamkan di bumi Bahnasa ini. 

takjub ana melihat scene ini, bagai tiada penghujung

Antara makam yang ana ziarah baru ini:
-Saidina ja’afar dan aqil bin abi talib (sepupu saidina ali)
-Ali al jumam (qadi bahnasa)
-Saidina hassan bin soleh bin zainal abidin (datuknya saidina hussein cucunda Rasulullah)
-Sayyidah Ruqaiyyah (anak sahabat)
-Keturunan muawiyah
-12 ahli badar
-Sayyidah khaulah al azwar
-Cucu imam hassan al basri (bukanlah syuhada perang Bahnasa Cuma dimakamkan setelah musafir ke Bahnasa dan meninggal di situ)

mendaki ke maqam cucu Hassan al Basri

pintu masuk ke maqam cucu Hassan al Basri

-Muhammad bin abu dzar al ghiffari (abu dzar merupakan sahabat)
-Abdul rahman bin muhammad bin abu bakar ( yakni anak saidina abu bakar)
salah satunya merupakan maqam anak Saidina Abu Bakar

-Affan bin uthman bin affan (yakni anak saidina uthman)
maqam anak Saidina Uthman; Affan bin Uthman bin Affan
-Abu samarah ( ulama’ dinasti mamalik iaitu zaman selepas zaman salahuddin al-ayubi)
-Sab’u banat ( tujuh gadis)

Dan tempat2 sejarah yang lain :
-Pohon sayyidah maryam
-Bahru yusuf
-Tiang tinggalan istana Rom

Ana cerita serba sedikit dari apa yang ana dapat based on what ustaz pengiring ceritakan.

Saidina hassan bin soleh bin zainal abidin (datuknya saidina hussein cucunda Rasulullah)

Maqam Al-Hassan Ibn Soleh Ibn Zainal Abidin ibn Al-Hussein

Di maqam ni ustaz x cerita berkenaan pemilik maqam ni tapi ustaz cerita tentang datuk moyang salasilahnya. Nak menangis ana dengar pasal kekasih Allah ini pastinya. Ustaz tanya, “apa beza antara saidina hassan dan saidina hussein?”. Ada la suara menjawab, “atas dan bawah”.

Ustaz balas, “ betul la tu. Saidina hassan yang sulung, saidina hussein yang adik. Cerita masa saidina hassan lahir, saidina Ali nak letakkan nama ‘Harb’ (perang), jadinya pi jumpa Rasulullah minta restu. Rasulullah jawab, “ tak, dia adalah Hassan”. Kemudian lahir saidina hussein, nak diletakkan nama ‘Harb’ tu, tapi Rasulullah kata, “ tidak, dia Hussein”. Dan selepas saidina Hussein lahir seorang puteri. Saidina Ali nak letak nama tapi tiada idea. Rasulullah pi perang masa tu, jadinya tunggu sampai Rasulullah balik dan bila balik Rasulullah kata, “ dia Zainab”. Dan nama tu dikatakan bukan Rasulullah yang bagi tapi nama tu daripada Allah. Allah ilhamkan kepada Rasulullah. Wallahu a’lam macam mana.

Dan saidina Hassan ni dari kepala sampai pusat copypaste Rasulullah dan saidina Hussein dari pusat ke bawah copypaste Rasulullah. Jadinya, gabung dua beradik ni persis Rasulullah.”

Allahu...Allahu...teringat ana cerita saidina Bilal dalam ceramah yang ana dengar lama dulu.
Tak tahu nak kata rasa macam mana bila berada di maqam keturunan Rasulullah. Moga disampaikan salam rindu kita buat Rasulullah.

12 ahli Badar

sebahagian maqam ahli Badar yang menjadi syuhada bumi Bahnasa
p/s : abaikan para ikhwah di situ

Daripada 70 orang yang ikut serta dalam peperangan bahnasa ini, 12 daripada mereka telah syahid termasuklah Saidina Qa’Qa’ tadi. Saidina Qa’qa’ ini walaupun sudah tua namun apabila bermulanya peperangan beliau antara yang pertama menghayunkan pedangnya dan sangat pakar dalam merencanakan strategi. Seorang Saidina Qa’qa’ sudahpun menyamai 1000 orang tentera yang Saidina Amru minta daripada Saidina Umar.

Sayyidah Khaulah Al-Azwar

pintu masuk maqam Sayyidah Khaulah

Antara wanita yang turut serta dan syahid dalam peperangan bahnasa selain Sayyidah Ruqayyah dan ‘sab’u banat’. Sayyidah Khaulah melibatkan diri dalam peperangan ini untuk menebus adiknya yang ditawan oleh tentera Rom. Dengan memakai baju besi, penutup muka dan sangat tangkas dalam berperang, tiada siapapn yang menjangkakan bahawa dia adalah seorang wanita sehinggalah beliau gugur syahid barulah diketahui identitinya.

Maqam Sayyidah Khaulah


Abu Samarah


papan tanda maqam Abu Samarah

berjalan mendaki ke maqam Abu Samarah

Beliau dikatakan seorang ulama pada dinasti mamalik yang memiliki karamahnya iaitu maqam yang menempatkan jasadnya sentiasa sejuk walaupun musim panas.

Sab’u Banat (tujuh gadis)

Dikatakan tujuh gadis ini merupakan penduduk Bahnasa yang membenci kezaliman kerajaan Rom dan bila mendengar tentera Islam ingin menyerang Rom, maka mereka menyertai pasukan islam menentang tentera Rom. Ada yang mengatakan tidak semua mereka adalah islam dan ada yang mengatakan kesemua mereka Islam. Wallahu a’lam.

Dan antara karamah di maqam ini adalah kewujudan sebuah perigi yang airnya masin. Di tengah-tengah padang pasir, Cuma perigi itu yang airnya masin. Dan di belakang maqam ini ada sebidang tanah padang pasir yang unik. Dikatakan apabila kita bergolek sedikit sahaja, akan jadi bergolek jauh/banyak. Praktikalnya ana sendiri tak tahu macam mana tapi subhanallah, kelebihan yang Allah berikan kepada mereka.

Pohon Maryam


Pohon Sayyidah Maryam

Pohon rendang ini pernah menjadi tempat persinggahan Sayyidah Maryam bersama bayinya, Nabi Isa setelah dihalau keluar daripada bumi Palestin. Ketika itu, Nabi Isa baru berusia dua bulan dan sangat dahaga. Perigi yang berada berdekatan pohon itu dilihat kering. Dengan kuasa Allah, Dia memperkenankan doa Sayyidah Maryam lalu air dari perigi itu naik sehingga melimpah ruah.

Pohon itu dikatakan sudah berusia lebih daripada 2014 tahun memandang kalendar Masihi dikira berdasarkan tahun kelahiran Nabi Isa dan pokok itu sudah wujud sebelum kelahiran Nabi Isa lagi. Allahu Akbar!

Pohon Sayyyidah Maryam : kelihatan bercabang, hakikatnya cuma satu punca.

Dan, jika dilihat dari zahirnya nampak seperti tiga pohon yang ada di situ, tetapi ammu penjaga tempat tu kata, di bawahnya hanya satu punca. Maksudnya pokok itu Cuma satu tetapi bercabang. Subhanallah!

Bahru Yusuf

masyarakat arab setempat menggunakan air dari Bahru Yusuf ini untuk kegunaan harian.

Bahru Yusuf merupakan sungai yang terhasil pada zaman Nabi Yusuf yang ketika itu ingin membuat saliran untuk mengairi tanaman tetapi tiada air. Lalu malaikat Jibril mencungkil tanah itu dengan hujung sayapnya dan terpancarlah air yang tidak pernah kering walaupun sungai nil kering. Dikatakan Bahru Yusuf ini turut bersambung dengan sungai nil yang terletak di Fayoum.

Kenapa dipanggil bahru (laut) bukan nahru (sungai)?
Ianya lebih kepada istilah masyarakat arab kerana di sempadan antara Mesir dan Sudan terdapat sungai nil yang apabila kita berdiri di tebing sini, tidak terlihat tebing di sebelah sana. Luasnya sungai nil itu. Maka dari situlah timbulnya istilah bahru bagi sungai2 di Mesir ini.

Asal-usul nama Fayoum pula ustaz cerita asalnya daripada perkataan 'alfu yaum' (seribu hari). Diceritakan pada zaman Nabi Yusuf dahulu, Nabi Yusuf yang pandai mentafsir mimpi mentafsirkan bumi Mesir bakal menghadapi kemarau selama tujuh tahun. Maka diarahkan masyarakat untuk bercucuk tanam selama seribu hari dan hasil tanaman itu disimpan untuk persediaan musim kemarau itu. Daripada 'alfu yaum' itu maka terhasillah Fayoum.

Tinggalan tiang istana Rom

nampak macam berada di Europe tak?

Dari jauh dah nampak sebatang tiang ni saja di tengah-tengah padang. Keluar dari maqam Abu Samarah dah nampak. Ana rasa macam berada di Europe bila nampak pemandangan tiang tu. Macam yang one of the seven wonders of the world yang stone ka apa ntah tu. Seriously tu yang ana fikir. Bila berjalan sampai dekat, masya Allah, besarnya tiang ni. Sebatang tiang ni saja dah besar ni, sebesar mana la istana kerajaan Rom tu dulu? Allah Maha Besar dan Allah jualah Yang Maha Kekal. Hebat lah macam mana pun, gah lah setara mana pun, once Allah takdirkan dah sampai masa, hancur dalam sekelip mata saja. Allahu Akbar!
saiz sebenar tiang ini.

Ni je kot ana share sikit berkenaan apa yang ana dapat dari jaulah kali ini. Betul2 buka mata hati ana. Tak puas sekali saja, i want more and more. Tamak kan? Tapi tak kisah. Berkatnya bumi Bahnasa ni semua orang kejar. Ustaz kata, siapa yang datang Bahnasa dengan ada hajat dan harapan, biiznillah bila keluar dari kota ini, akan dimakbulkan. Begitu juga siapa yang bersedih, kecewa bila datang kota ini, biiznillah bila keluar hilang semua itu.

Ana sendiri merasai. Bermulanya musafir ana dah start berdoa. Macam-macam dah minta ni, maklumlah doa sewaktu musafir mustajab. And, bila dah sampai sana, bukanlah doa ana itu dimakbulkan tetapi dijawab. Itu yang ana rasa. Indeed, Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.


Berkatnya kota bahnasa yang debu dan tanahnya dipijak oleh ribuan sahabat, tabi’ dan tabi’in, para auliya’ dan ulama’ sehingga dikatakan debu kota bahnasa ini lebih mulia daripada ulama dan alim selepas zaman itu. Diceritakan para ulama dari Iraq apabila ke bahnasa, sampai di sempadannya akan mencabut kasut lalu berjalan dengan kaki ayam sehingga keluar dari kota ini.

Dan para ulama dari Andalusia(sepanyol) bukan buka kasut sebaliknya berguling!! Sehingga keluar dari sempada bahnasa. Meremang bulu roma ana dengar. And sampai sekarang ana rasa izzahnya memakai kasut yang ana pakai sewaktu ke kota bahnasa itu. Kasut yang memijak debu2 itu. Seriously rasa izzah itu datang sendiri. Dont know how. Kuasa Allah.

Akhir pesan ana, ana bukanlah alim berkenaan sejarah. Ana sekadar berkongsi berdasarkan pemahaman dan ingatan. Mana yang salah atau nak ditambah tafaddhol. Moga suatu hari, ana boleh sampai lagi ke tempat tu dan sahabat2 lain pun biiznillah boleh sampai. 
Moga Allah redha.
                                                                                                                                                                   

ana selitkan sedikit nota/ayat berkenaan tawasul dan karamah yang dipetik dari kitab Risalah Ta'allim karangan asy-syahid Imam Hassan Al Banna (yang turut dimakamkan di Mesir, dan ana dah pernah ziarah ke makamnya)

"berdoa kepada Allah di samping bertawassul dengan salah satu makhluk-Nya adalah perselisihan pada cabang (furu') pada cara berdoa dan tidak termasuk dalam masalah 'aqidah."

"menziarahi kubur walau bagaimana keadaan sekalipun adalah sunnah yang disyari'atkan secara ma'thur. Tetapi meminta pertolongan kepada ahli kubur-walau siapa pun mereka- menyeru mereka kepada perkara tersebut, meminta hajat dari mereka sama ada dari jauh mahupun dekat, bernazar kepada mereka, mendirikan binaan di atas kubur mereka, menutupinya, meneranginya dengan lampu, mengusapnya, bersumpah dengan selain Allah dan apa jua yang disertai dengan bid'ah merupakan dosa besar yang wajib diperangi. Kita tidak mentakwil terhadap amalan2 tersebut demi menutup pintu fitnah (kemungkaran) yang lebih besar."

# perlu faham beza antara tawassul dan menyembah kuburan. Tawassul itu kita berdoa kepada Allah dengan berwasilahkan kehebatan/kemuliaan orang2 yang dekat dengan Allah (para 'alim ulama, sahabat, keturunan Rasulullah dsb.) sedang menyembah kuburan itu, kita menganggap si mati lah yang berkuasa memberi kita segalanya dan memakbulkan doa kita dengan mengenepikan kekuasaan Allah.

"mengasihi, menghormati, dan memuji orang soleh lantaran amalan baik mereka merupakan qurbah (mendekatkan diri) kepada Allah. Para auliya' ialah mereka yang dinyatakan dalam firman Allah, "Mereka yang beriman dan bertaqwa kepada Allah." Karamah yang berlaku ke atas mereka adalah thabit dengan syarat2 yang syar'i. di samping itu, kita beri'tiqad mereka tiada kuasa memberi manfaat dan mudharat kepada diri mereka sendiri sama ada semasa hidup atau selepas mereka mati. lebih2 lagi untuk menghulurkan semua itu kepada orang lain."

Syarat2 yang syar'i bagi karamah sebagaimana yang dinyatakan dalam kitab ini, "jika perkara luar biasa itu dimiliki oleh orang mukmin yang bertaqwa, yang menurut Rasulullah, sama ada zahir atau batin, ini dianggap sebagai karamah dan pemiliknya dianggap wali."

###
perkara luar biasa/kelebihan yang berlaku kepada para nabi - mukjizat
perkara luar biasa/kelebihan yang berlaku kepada para nabi sebelum diangkat menjadi nabi - irhas
perkara luar biasa/kelebihan yang berlaku kepada mukmin yang bertaqwa - karamah
perkara luar biasa/kelebihan yang berlaku kepada orang biasa - ma'unah
perkara luar biasa/kelebihan yang berlaku kepada munafiq, orang yang melakukan maksiat, fasiq, kafir - istidraj

wallahu a'lam.
nurfarosfida1012@30112014_11.56am


Wednesday, October 29, 2014

Terasa Beruntung Tapi Di Mana Syukurnya?

Dah lama menyepi, tak bermakna hati ini pun sunyi melupakan. Takkan mungkin bisa nak ditinggalkan laman ini. Andai ditinggalkan, terasa dikhianti niat asalku terhasilnya laman ini.

And again, setelah sekian lama terhenti...Bismillahirrahmanirrahim...

Here u go...
Got something from one of ceramah yang tiba-tiba baru terdetik nak dengar walhal sudah lama bersarang dalam hard disc. Ustaz mana yang menyampaikan saiya tak pasti. Tentang 5 keistimewaan menjadi umat Rasulullah.

Pernah suatu hari, Rasulullah berdukacita dan Malaikat Jibril pun turun, “ wahai Muhammad, apa yang engkau dukacitakan? Allah beri keistimewaan kepada umatmu 5 perkara :

1.       Aku mengikut persangkaan hambaKu kepadaKu

Bila kita solat, kita bersangka baik dengan Allah, solat kita Allah terima. Bila kita bertaubat, kita bersangka baik dengan Allah, taubat kita Allah terima. Bila kita berdoa, kita sangka baik dengan Allah, doa kita Allah makbulkan. Ketika seseorang hendak meninggal, dia bersangka baik dengan Allah, Allah akan ampunkan dosanya.
Orang alim, saat meningal, kita tengok dia terseksa.  Apa kita kata? Allah angkat darjat dia dari yang sedia ada.
Orang fasiq, saat meninggal dia terseksa. Respon kita? Mudah-mudahan Allah ampunkan dosanya.

Sebab tu bila kita tengok orang yang meninggal, dahinya berpeluh, kering bibirnya, berair matanya menunjukkan rahmat Allah telah turun. Berpeluh dahinya tanda dia malu kepada Allah bertemu Allah dengan membawa dosa menggunung. Tapi kerana dia pandai malu dengan dosanya, biiznillah dengan rahmat Allah, Allah ampunkan dia. Mengalir air matanya kerana takut dengan azab Allah. Maka dengan rahmat Allah juga diampunkan dosanya.

Tapi semua ni hanya alamat dari orang-orang yang berilmu dan berpengalaman. Jangan kita guna untuk menghukum orang pula.

2.       Sesiapa yang menutup aib orang Islam, Allah akan menutup aibnya di hari akhirat

Selalu kita dengar phrase ni, tapi tak sangka kan yang ni pun keistimewaan yang Allah anugerahkan kepada kita?

3.       Dosa orang-orang yang beriman itu terampun dengan menyebut kalimah ‘Laa Ilaha Illallah’

“sesiapa yang akhir kalamnya laa ilaaha illallah, akan dimasukkan ke syurga tanpa hisab”
Sebab itu disunatkan kita mengajarkan orang yang hendak meninggal supaya mengucap kalimah ini. Habis pendek, tersekat-sekat dan nak memudahkan cukuplah kalimah Allah.

4.       Taubat hamba itu diterima oleh Allah sebelum nyawa sampai di sini ( kerongkongan)

Pernah suatu hari Malaikat Jibrail turun. “ wahai Muhammad, Allah ampunkan dosa umatmu setahun sebelum dia meninggal.
“ wahai Jibril, lama sangat tempoh tu,” Rasulullah menjawab. Malaikat jibrail pun balik, tidak berapa lama kemudian turun balik, “ wahai Muhammad Allah berkirim salam kepadaMu. Allah ampunkan dosa umatmu sebulan sebelum dia meninggal.”
“ lama sangat tu wahai jibril,” Rasulullah membalas. Malaikat Jibrail pun balik dan turun semula tidak lama selepas itu, “ wahai Muhammad, Allah berkirim salam kepadamu. Allah ampunkan dosa umatmu sehari sebelum dia meninggal.”
“ wahai Jibril, itupun lama,” balas Rasulullah. Malaikat Jibrail pun balik dan tidak lama turun pula, “ Wahai Muhammad, Allah berkirim salam kepadamu. Allah ampunkan dosa umatmu satu jam sebelum dia meninggal,”
“wahai jibril, itupun lama,” baliklah jibril kemudian turun pula, “ wahai muhammad, Allah ampunkan dosa umatmu sebelum dia ‘ghar-ghar’( sebelum nyawa sampai).” Barulah Rasulullah diam menunjukkan Nabi sayang kepada kita. Sama seperti peristiwa difardukan solat semasa malam isra’ mikraj cuma berbeza Malaikat Jibril menjadi perantara.


5.       Dosa orang yang telah meninggal dunia terampun dengan doa orang-orang yang hidup

Doa untuk ibu bapa kita, doa untuk seluruh umat Islam. Jadinya bila berdoa tu, jangan selfish. Jangan doa untuk diri sendiri sja, doakan sama orang-orang lain. Mudah-mudahan bila kita mati nanti, orang yang hidup akan turut mendoakan kita.
3 amalan yang tidak terputus pahala walaupun seseorang itu sudah meninggal. Anak soleh yang mendoakan orang tuanya, ilmu yang bermanfaat dan sedekah jariah.

Apa-apapun, hanya rahmat Allah yang akan menyelamatkan kita dari azab seksaan akhirat nanti. Jangan hanya ditunggu sampai nyawa di hujung baru nak bertaubat. Kita tak tahu pengakhiran kita macam mana. Tak semua akan ikut perancangan dan plan kita. Persiapkan diri kita dari awal, kita takkan rugi. Di dunia ni lah, kita bina tempat rehat yang selesa untuk hari akhirat nanti.

Pernah diceritakan zaman Bani israel dulu, ada seorang yang beribadat di atas bukit selama 500 tahun. Dekelilingi air masin, air tawar memancar dri tmpt dia beramal, buah delima subur berbuah. Dia berdoa,” ya Allah, matikan aku semasa aku sujud.”
Di akhirat kelak, Allah perintahkan, “ masukkan dia ke syurgaKu dengan rahmatKu.” Hamba itu menolak dan meminta untuk dimasukkan ke syurga dengan amalannya. Maka Allah perintahkan malaikat menimbang amalan selama 500 tahunnya itu dengan nikmat Allah sekadar mata memandang. Ternyata rahmat dan nikmat Allah lebih berat dari amalan selama 500 tahun itu.

“ dah tu, kalau pulun sekarang pun apa gunanya? Nanti Allah timbang dengan rahmatNya tak lepas juga kita ni.”

Itulah istimewa sesiapa yang dinaungi rahmat Allah. Dan secara sunnatullahnya pun, siapa buat dia dapat. Kita sendiri pun, nak sesuatu dari mak ayah kita, kita buat baik dulu, ya tak? Macam tu jugak la kita dengan Allah. Allah bagi akal, fikirkan sebaiknya.

Allah dah bagi terlalu banyak dekat kita. Keistimewaanya menjadi umat Nabi Muhammad. Umat yang terakhir tetapi akan menjadi yang pertama dihisab di akhirat kelak sehingga Nabi Adam berkata, “untungnya menjadi umat Muhammad. Aku buat silap diusir dari syurga. Umat Muhammad buat dosa, bertaubat akan dimasukkan ke syurga. Aku berbuat dosa dan meminta ampun, taubatku diterima di Mekah. Umat Muhammad berbuat dosa, taubat mereka diterima dari mana-mana tempat. Aku berbuat dosa, tertanggal semua pakaianku. Umat Muhammad berbuat dosa, Allah tutup aib mereka sehingga hari kiamat.”

Tidakkah kita merasa beruntung menjadi umat nabi Muhammad? Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? Andai terasa beruntung, terasa istimewa, mana lafaz syukur kita? Mana bukti kesyukuran kita? Sekadar di bibir tak bermakna tanpa dizahirkan dengan pembuktian fizikal. Sekadar memenuhi tuntutan fardhi, solat...puasa...tahajud...qiam...dah cukup ke? Terima kasih kita kepada Rasulullah mana? Sunnah terbesarnya kita laksanakan tak? Apa sunnah terbesarnya? Dakwah! Sampaikan dariku walaupun sepotong ayat. Kalau nak dikeluarkan dalil-dalil dan hadis-hadis berkenaan suruhan berdakwah, i need a new post for that only. Next time biiznillah.

Sahabat and dear self, jangan hanya pandai bercakap tapi tak laksanakan. Memang! tak mudah. Sebab jalan nak ke syurga itu bukan mudah dan syurga pun bukanlah untuk orang yang bermudah-mudah di dunia. Diri sendiri pun takut nak bercakap kerana apa yang kita cakap akan Allah uji kepada kita selepas ni. Tapi tak salah kita push diri kita to be a better person, umat yang terbaik, umat yang boleh Rasulullah banggakan di hari akhirat kelak. Sama-samalah kita...

Last but not least,
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Allahumma solli ala saidina wa habibina wa maulana Muhammad.

p/s: Ayat yang saiya sendiri tidak berapa puas hati. Dont know why but can’t help for now. Ambil mana yang baik, mana yang silap perbetulkan. Sekadar berkongsi berdasarkan apa yang didengar. May Allah bless. Salam maal hijrah 1436. Doakan sama-sama.

maaf tiada gambar. line kurang tenaga skit this time.

nurfarosfida1012-29102014@08.36pm


Wednesday, July 9, 2014

Misi Ramadan 1435



Misi Ramadhan 1435
1.       Khatam tadarus dan tadabbur Al-Quran
2.       Qiam dan terawih setiap hari
3.       Sedekah jariah, sedia juadah berbuka

Buku catatannya ditutup setelah catatan menyambut Ramadannya itu siap ditulis. Mengharapkan Ramadan kali ini bisa menjadi yang terbaik buatnya.

“ Wawa, malam ni iftar di markaz jom. Ada ceramah sikit, sambut Ramadan ni,” ajak Hawa Yumna, teman baik Khaulah Al-Azwar sepanjang di bumi Mesir ini. Dia sekadar mengangguk memberi persetujuan. Ya. Namanya Khaulah Al-Azwar. Meminjam nama srikandi berkuda misteri yang digeruni pada zaman Rasulullah dahulu. Namun dia bukanlah seperti srikandi itu. Baru juga dia mengenal sinar hidayah yang sebenar tatkala menjejak kaki di bumi berdebu ini. Di celah debu-debu Mesir ini ditemukannya permata. Mengharapkan permata itu sempat digilap sebaiknya sebelum dia kembali.

“ Jangan kita menjadi hamba Ramadan. Bulan Ramadan pulun bersungguh kejar semua benda, habis Ramadan terkubur segala amalan macam tu je. Jadilah hamba kepada Tuhan bulan Ramadan tu. insyaAllah habis ramadan, amalan kita sepanjang Ramadan sebati dengan kita dan dapat diteruskan walaupun bukan berada di bulan Ramadan. Bukan bermakna bulan Ramadan ni ibadah kita sambil lewa. Buat ibadah dan amalan sungguh-sungguh sebab kita nakkan keberkatan Ramadan tu. Dan mungkin ini akan jadi Ramadan terakhir kita juga untuk kita kejar segala kelebihan Ramadan yang takkan ada pada bulan-bulan yang lain.”

Zapp!!!

Bergetar jantungnya mendengar kalimah itu. “ Mungkin ini Ramadan terakhir kita.” Khaulah Al-Azwar teringat kembali beberapa sahabat yang dikenalinya, yang sebaya dengannya dijemput Allah sebelum sempat merasa kenikmatan Ramadan kali ini. Alhamdulillah, dirinya masih diberi kesempatan. Moga kesempatan ini berpanjangan sehingga ke penghujung Ramadan ini Ya Allah. Sempat dia memanjatkan segaris doa di dalam hatinya.

“Best kan Ramadan kali ni walaupun baru first day. Tapi tak sempat nak habiskan ramadan kat sini. Nanti kita dah nak balik malaysia,” ujar Hawa Yumna dalam perjalanan pulang dari Masjid Ar-Rahman usai bertarawih malam itu.

“ tak pe. Kat mana-mana pun sama ja Ramadan. Bezanya cara kita mengimarahkan dan meraikan Ramadan tu. Kalau di Malaysia, suasananya lain. Kalau di sini, suasananya lain. Suasana tu bagi semangat kat kita tapi jangan pula kita down bila tak da suasana yang membangkitkan kita. Kitalah yang bawa tanggungjawab mencetuskan suasana macam tu kat tempat kita. Am i right?” spontan ayat itu keluar dari bibirnya menjawab kata-kata sahabatnya. Namun, bila difikirkan semula, itulah hakikatnya. Mereka menggalas bebanan tanggungjawab untuk muslim di Malaysia turut merasai sebgaimana yang mereka rasai di sini. Rasa nikmatnya meraikan dan mengimarahkan Ramadan. Bukannya nikmatnya ternanti-nanti Syawal yang akan tiba selepas Ramadan. Mereka bukan anak kecil yang dimomokkan dengan duit raya, dengan juadah sedap tatkala berbuka, dengan baju raya, baru mereka akan berpuasa. Mereka sudah terlebih dewasa utnutk menilai erti dan maksud sebenar berpuasa. Walaupun berbuka hanya dengan air sejuk dan kurma, tapi itulah bagi mereka nikmatnya Ramadan.

            #                             #                             #                             #                             #

Sepuluh pertama Ramadan berlalu bersama rahmat yang dijanjikan. Menyusul fasa pengampunan dari Allah pada pertengahannya. Dunia Islam dikejutkan dengan serangan bertubi-tubi ke atas saudara seakidah mereka di Gaza, Palestin.
Tidur malam Khaulah sejak mendengar khabar itu bagaikan tidak tenang. Terasa sesuatu yang hilang daripadanya. Terasa bagai ada yang tidak lengkap selama hidupnya. Hawa Yumna di katil sebelahnya sudah lama dibuai mimpi setelah pulang dari masjid sebentar tadi. Jam pun sudah menginjak ke angka 12.00, namun matanya belum mahu terpejam.

"Khaulah Al-Azwar...kau Khaulah Al-Azwar..!!” bisikan itu menemani lenanya malam itu. Bisikan yang menyeru-nyeru namanya tanpa henti.

Khaulah al-azwar. Khaulah al-azwar. Khaulah al-azwar.

Terdengar bunyi bingit di  sekelilingnya, Khaulah Al-Azwar membuka matanya perlahan-lahan. Terkedu dia melihat suasana di depannya. Suasana peperangan. Perang??? Semakin dia keliru. Apa yang terjadi sebenarnya ini. Seorang anak kecil dalam lingkungan usia 10 tahun berdiri tidak jauh darinya. Nampak comot mukanya dengan singlet nipisnya dan seluar pendeknya. Di tangan ada plastik berisi batu. Matanya melilau seperti mencari-cari tetapi Khaulah Al-Azwar tidak pasti sama ada kanak-kanak tiu sedang mencari sesuatu atau lari dari sesuatu. Seketika matanya bersabung dengan mata anak kecil itu. Dia tidak mampu mentafsir makna di sebailk sinar mata anak itu, namun ada sesuatu yang dia faham. Pengharapan. Jelas kanak-kanak itu mengharapkan sesuatu.

Bunyi bising dan tembakan terdengar lagi. Khaulah Al-Azwar segera mencari tempat perlindungan tatkala melihat beberapa tentera memegang senjata semakin menghampiri mereka. Dari jauh terlihat kereta kebal yang juga semakin menghampiri ke arah mereka. Tapi, kanak-kanak tadi masih berdiri di situ. Tidak berganjak walau setapak. Menggenggam plastik berisi batu. Kemas. Tanpa gentar. Khaulah Al-Azwar cuba memanggilnya agar bersembunyi namun tidak diendahkannya. Terus dilemparkan plastik yang digenggamnya tadi bila tentera itu semakin dekat dengannya. Tepat mengenai seorang tentera yang berjalan ke arahnya dan berjaya menumbangkannya. Terus tentera-tentera yang lain mengangkat senjata dan mengacukan ke arah kanak-kanak itu. Bersedia untuk melepaskan tembakan dan Khaulah Al-Azwar terus terkaku di situ. Bagaikan menonton drama peperangan yang tragis.

Bang!!!

Menggeletar tubuhnya menyaksikan kanak-kanak kecil itu ditembak tanpa teragak-agak. Tentera-tentera bersenjata itu berlalu dari situ selepas melepaskan tembakan rambang beberapa ketika. Khaulah Al-Azwar yang bersembunyi di balik sebuah dinding yang hampir roboh terselamat. Perlahan dihampirinya kanak-kanak tadi. Kanak-kanak itu sekadar tersenyum kepadanya sehinggalah Khaulah Al-Azwar rapat kepadanya dan memangkunya. Perlahan wajah manis tersenyum itu bertukar menjadi wajah sedih yang menyesal bersama tangisan yang bercampur dengan darah.
“Kau Khaulah Al-Azwar, kenapa kau lari sembunyi? Kenapa kau tak lawan tentera-tentera tu?” perlahan dan tersekat-sekat suara kecil itu menyapa. Khaulah Al-Azwar terkedu lagi. Terketar-ketar bibirnya ingin menjawab namun tiada jawapan yang pasti. Dan tika itu terdengar lagi bunyi tembakan dan tubuhnya terasa sakit yang teramat. Terus dia rebah tanpa sempat mengetahui apa yang sedang berlaku.

     #                             #                             #                             #                             #                             #

“Macam mana boleh demam ni? Semalam elok je balik tarawih semalam?” Hawa Yumna bersuara sambil tangannya mengelap tubuh Khaulah Al-Azwar. Khaulah Al-Azwar sekadar diam. Tapi mindanya masih memikirkan mimpinya semalam. Perlahan air matanya  mengalir. Dia Khaulah Al-Azwar tapi dia tidak seberani Khaulah Al-Azwar. Dia pengecut. Saudaranya mengharapkan dia, tapi dia terus kaku dan lari memnyelamatkan diri sendiri.

“sakit sangat ke Wawa? Sabar la ye, sakit tu boleh menghapuskan dosa,” lembut Hawa Yumna memujuknya. Tapi bukan kerana sakit dia menangis. Tapi kerana dia tidak mampu berbuat apa-apa sedangkan dia seorang Khaulah Al-Azwar. Dia tidak mampu berbuat apa-apa sedangkan dia seorang muslim.dia tidak mampu berbuat apa-apa bahkan lari.
Astaghfirullah hal azim!
Astaghfirullah hal azim!
Astaghfirullah hal azim!

      #                        #                             #                            #                          #                         #

 bicara: mereka saudara kita tapi apa sumbangan kita kepada mereka. kalut mendoakan kebahagiaan hidup sendiri, kesejahteraan hidup mak ayah family...semua tu x salah tapi jadi kesalahan bila kita lupakan meraka-mereka yang sedang berjuang memburu syahid di sana. mereka bersahur di dunia dan mungkin berbuka di syurga. kita sibuk memikirkan nak sahur apa, nak berbuka dengan apa. tapi mereka tak sempat pun nak fikirkan semua tu. anak kecil hilang mak ayah tapi kita???? berseronok bersenang lenang lagi. bangkit dari tidur sahabat. dalam Ramadan yang kita harapkan agar menjadi yang terbaik buat kita jangan kita lupakan saudara kita yang di sana. andai suata hari kita bersua mereka dan ditanya apa yang kau buat untuk bantu kami??? siapkah kita untuk menjawab persoalan itu kalau saat ini kita masih leka lalai dan lupa pada mereka?? kita tak mampu berjihad di sana bersama mereka kerana kita masih punya tanggungjawab lain yang masih belum sempurna di sini. semampu mungkin, doakan mereka...doakan meraka diberi kekuatan, doakan agar Allah menghantar tentera2Nya membantu mereka, doakan...doakan...doakan...berterusan tanpa henti...sehingga mereka mendapatkan kembali hak mereka...kita leka bila dunia sepi tanpa khabar mereka, dan kembali sedar bila hal sebegini berlaku...cermin diri, muhasabah diri,,,apa yang dah kita lakukan untuk mereka dan bandingkan dengan apa yang dah kita lakuakan untuk diri kita...besar kn gap dia????
misi ramadan kita sekadar khatam al-quran, terawih, qiam...tapi misi ramadan 1435 mereka adalah kemenangan ataupun syahid!!!!

p/s: i'm talking to myself...trying to remind me myself, that i'm doing nothing right now for them...keep praying dear self...

 -nurfarosfida1012@2ndphaseoframadan:2200-


Thursday, April 24, 2014

semua itu sunnah!

Hurm...sejak bila mula ambil upah cuci sawang tanpa gaji nih...>.<...

Anyway...assalamualaikum...lama dah x muncul kat sini...jari dok meanip ja, tapi menaip benda lain haa...idea datang je, tapi sekadar tersusun dalam kotak minda, then...fuhh...angin datang tiup terbang ke mana ntah dah idea tu...sorry lama x sharing kat sini...ada komitmen lain yang perlu diutamakan...dan jengah kejap kat sini ni sekadar nak hilangkan rasa bersalah tinggalkan laman ni berdebu tanpa apa-apa yang bermanfaat (yang baru)...

And now, wanna share something i got...randomly tulis je nih...

Few days ago...
Ude jalan dengan anjang, harapannya nak pergi usrah. Dengan semangatnya sambil borak2 yang x la kosong sangat kot (iye ke?..insyaAllah), nak berusrah di taman...adik beradik usrah yang lain dah menuggu rasanya dengan kak naqibah sekali...alhamdulillah hari tu Allah nak didik ude dengan anjang  hidup tanpa gadjet...:), phone anjang dia tinggal kat rumah, phone ude pula, innalillah dah bateri dia...
Jalan sampai taman, eh! Pagar biasa kitorang masuk pakcik tu tutup..anjang kata ada jalan lain...kite pun jalan...yeah, ada jalan lain...dengan harapan adalah adik beradik kitorang kat situ...
T.T....
“akak...korang kat mana?” adik beradik kitorang x de kat situ...mungkin tukar tempat tapi mana kitorang nak cari....huhuhu...dah beli air untuk adik beradik kitorang...tapi...x pe la...positifkan diri....
“kite date dua la anjang kat taman nih...”
Anjang pun, “jom!”



Duduk2...lepak2...baring2...eh! ada kucing comel 3 ekor...
Kebetulan ada keropok ikan la...slow2 approach kucing tu...kucing kat sini lain sikit, dia x manja macam kucing kat malaysia sangat...
Tapi approach slow2 dengan keropok ikan tu...
Lama2...
Yeay! “anjang, kucing ni makan kat tangan ude” hihihi...gelak suka la dia tu...
Pastu ada sorang budak ni, lelaki...dia usha macam pelik je...mungkin sebab x pernah tengok orang bagi makan kucing macam tu kot...
Dia pun try nak bagi makan juga, tapi cara dia salah sikit kot...kucing tu lari...budak tu kojarrr la kucing tu...hihihi...comell je tengok...

Pastu ude ngan anjang buka majlis...al-fatihah...
Anjang awal2 dah chup jadi pengerusi majlis...ok, fine...
“ anjang tengok kucing tu tadi, anjang pikiaq apa? Ude bagi makan dia..?”
“ermmm...tringat satu analogi...anjing dengan kucing...kalau anjing, dia anggap kita tuan dia...apa kita suruh dia akan follow...tapi kalau kucing, dia rasa macam dia tuan, tidur  mau tempat elok...kadang2 cakar kita...suka manja2...nak kita melayan dia...hihihi”
“kenapa x kata kucing tu teman?”
“tu anjang nak share analogi anjing dengan kucing tu...”

“hihihi...ok, fine...saje usik je pun...kalau ude, ude nampak macam kita nak approach mad’u kita...kita tak boleh direct kejar dia...macam adik tadi buat...kita kena approach slo2, bawa apa yang dia suka...lama2 dia yang akan dekat dengan kita...cari persamaan jangan pandang perbezaan...kita Cuma kena sabar je sikit...sebabnya perjalanan ni panjang...dan hakikat sebenarnya bukan kita nak sampai ke hujung jalan tu, tapi kita nak mati di perjalanan kita. So, jangan kita fikir nak cepat2 je tarik orang tu, last2 dia pun naik meluat dengan kita. Qudwah kita kena cun, tu yang akan jadi daya penarik kita nanti dalam berdakwah. Macam Rasulullah dulu. Tentangan apa yang Rasulullah x dapat, cacian, makian...semua dah pernah Rasulullah lalui...so, jalan yang macam tu memang sunnah. Perit. Penat. Sakit. Semua tu sunnah.
Jadi, jangan kita fikir nak orang cepat2 berubah, nak orang cepat2 tertarik dengan dakwah kita...yes, betul kita nak ajak dia keapda Allah, tapi cara kena betul. Kita x boleh paksa..kita hanya mampu ajak...ajak...dan terus mengajak...sebab kerja nak bagi hidayah ni buka jerja kita, semua tu Allah yang buat. Kita ni mungkin Allah nak bagi peluang topup pahala, mungkin Allah nak jadikan pemudah cara buat mad’u kita tu...so, never give up...keep walking...grab our friends’ hands...run toward His jannah...insyaAllah...”


Panjang lebar ude bagi analogi dia...hihihi

Then kitorang melukis, al-maklumlah baru pagi tu masuk bengkel melukis anime...ni pun skill nak dakwah...boleh guna nih...
Tiba2 budak tadi datang balik...
Sembang2...
Nama dia adam...
Teringat adam dekat rumah...rindu...
Kitorang ajak dia melukis...dia lukis ikan, orang...lidi la tapi...hihihi comell je tengok...
Kite tanya datang dengan sapa, dengan mak katanya...mak dia kat hospital belakang taman tu, sakit...ya Allah, berdikari sungguh jundullah sorang ni...
Walaupun dia x berapa faham kitorang cakap apa, and apa yang kitorang cakap pun dia x berapa faham sampai dia tnya korang ni dari mana?
Hihihi..
Anjang pun lukis la peta sikit...yang x berapa nak peta...tunjuk kat dia...sini Mesir...sini malaysia...kami dok sini...
Pastu dah petang...kitorang cakap nak balik...dia ckap bye2...


Allah...hari ni, walaupun tersesat dari usrah, tapi tarbiyah Allah datang dengan pelbagai cara...untuk orang yang nak berfikir...orang yang tak berfikir, dia x kan sedar apa yang dia lalui tu Allah sedang didik dia sebenarnya...
Belajar dari alam, belajar dari haiwan, belajar dari kanak2...Allah...indahnya tarbiyahMu ini...
Berpisah di pertengahan jalan dengan anjang...jalan kaki balik sorang2...sambil jalan tu la baru tringat...nggak ditutup majlis kita anjang...hihihi...

---sampai rumah tengok kasut penuh depan rumah...sob...sob...kat sini rupanya diorang berusrah...rumah sendiri kot...huhuhu---


p/s : ambil mana yang bermanfaat abaikan mana yang merapu tu...<3
     : abaikan juga gambar yang x kena dgn crita :P